Veen's POV
"Kau jangan nak buat kerja gila lagi," marah Nazmi.
"Apa kau ni?!" suaraku mula meninggi.
Aku just nak sambung belajar dekat Sabah. Salahkah?
"Huh! Kau tak payah nak merajuk jauh-jauh sangat boleh tak?" perli Nazmi.
Sumpah sentap. Tak tipu.
"Bukan urusan kau," kataku sinis.
"Dari awal aku dah ingatkan kau," kata Nazmi.
"Don't start it, Nazmi," kataku.
Aku terus berlalu keluar dari rumah. Aku menuju ke taman sendirian. Kakiku melangkah menghampiri buaian.
Sedang aku bermain buaian, tiba-tiba ada tangan yang menutup mataku dari belakang. Aku tersenyum sambil memandang ke belakang. Dan ia ialah... No one. Tiada sesiapa.
Hanya khayalan aku.
Damn.
______________________________
"Bye bye Momocha," aku mencium dahi Momocha.
"Kau nak pergi mana?" tanya mama Aus dengan suara yang seperti biasa. Kerek.
"Saya nak sambung belajar," kataku tanpa memandangnya.
"Dekat mana?" soalnya lagi.
Aku hanya membalas pertanyaan dia dengan senyuman.
"Jawablah dekat mana," katanya lagi.
"Saya takut kalau Aus balik nanti, dia tanya mak cik. Walaupun saya tak pasti yang dia akan tanya mak cik," ayat macam melalut.
"Aku bayar gaji kau," katanya tiba-tiba.
"Gaji?" aku tak faham.
"Kau jaga aku. Aku bayar," katanya.
Aku terkesima. Air mataku berlinangan. Saya tahu yang mak cik dah boleh terima saya. Tapi ada ego di sebalik diri mak cik.
"Aku bayar dua kali ganda dari gaji Mak Esah," katanya.
Makin laju air mataku jatuh. Dia nak aku terus jaga dia tapi dia ego. That why dia kata dia nak gajikan aku.
"Terima kasih tapi saya tetap nak pergi," kataku.
"Aku call Aus," katanya.
"Mak cik.." panggilku lembut.
"Saya sayang mak cik bukan sebab Aus. Dan bukan sebab sifat kemanusiaan. Tapi saya sayang mak cik sebab saya memang sayang mak cik," kataku.
"Tapi kau pergi sebab Aus, kan?" katanya.
"Antara saya dan Aus. Biarlah kami sendiri yang uruskan," aku tersenyum padanya.
________________________________
People start to cross the line.
_____________________________
"Aku bukan nak pergi London ke. Paris ke," aku mula bercekak dengan Nazmi.
"Kau tak payah nak macam ni sangat sebab jantan tulah," marah Nazmi.
"Apa masalah kau?! Aku nak pergi sambung belajar! Benda ni tak ada kaitan dengan Aus!" jeritku.
"Alah! Tu semua cuma alasan kau! Kau sebenarnya dah meroyan dengan Aus. Lepas tu kau nak pergi jauh dari sini. Dia tu kaya, kau lari jauh mana pun mesti dia boleh cari. Tak payah nak dramatic sangat!" marah Nazmi.
"Shut up!! Tak payah nak judge apa yang aku buat! Kau tak tahu apa-apa!" jeritku.
Aku terus berlalu sambil menolak bagasi aku.
"Dah! Dah! Tak elok gaduh-gaduh. Dah nak pergi jauh ni," tegur abah.
Nazmi yang mulakan tapi aku yang ditegur.
"Belajar rajin-rajin," kata emak.
Aku menyalami emak dan abah.
"Huh! Kau dekat sana belajar. Jangan cari jantan. Nanti meroyan lagi."
"PANGG!!" aku melempang Nazmi.
Nazmi memandang aku dengan begis.
"PANGG!!!" Nazmi melempang aku semula.
Aku memandang dia. Tanpa sedar cecair merah mengalir dari tepi bibirku. Nazmi tersentak.
"Veen.."
"Thanks," kataku sambil tersenyum.
Aku terus melangkah ke balai pelepasan.
_____________________________________
Aku tak akan toleh ke belakang lagi. Selamat tinggal semua..
YOU ARE READING
Merah bukan nakal
General Fiction'Perlanggaran di depan pagar sekolah bukanlah satu kesilapan.' Mahveen gadis manja, nakal, degil dan riang. Dia sangat di sayangi oleh Aus. Mereka adalah kawan tapi layanan mereka lebih dari itu. Di mana Aus berada, Mahveen akan kejar tapi... Kerana...