Bab 19

186 13 4
                                    

Sudah 2 hari berlalu , Farisya masih di hospital . Ada lah Izz datang untuk melawat , tapi Farisya masih mengaku dia tidak ingat ataupun kenal Izz .
Izz tetap berusaha untuk buat Farisya ingat tentang dia , tapi gadis itu menghalau dia . Siapa sangka lelaki yang ego nya tinggi , sikap dingin nya , boleh tunduk dengan seorang perempuan yang berjaya mencuri hati nya .

Memandang kan hari sabtu , Izz bangun awal dan bersiap siap untuk pergi ke hopital . Walaupun ego nya yang tinggi seperti gunung Everest tu , dia tetap mahu membuat Farisya ingat pada dia .

Sampai di wad , dia nampak cuma Farisya yang di dalam wad tu , mungkin ummie dan daddie nya busy .
Dia terus masuk ke dalam , Farisya yang sedang leka bermain telefon nya memandang Izz dengan riak muka sedikit kesal tetapi pandai dia menyorokkan .

"Er hai ." Izz mengambil tempat duduk di sebelah Farisya .

"Ya hai . Awak nak ape ni ? Saya dah cakap saya tak kenal awak ." Matanya masih tertumpu pada telefon nya .

"Er , kau - kau dah makan ? Ni aku belikan nasi lemak sotong . Kau cakap kat aku kau suka nasi lemak sotong dulu ." Izz memperdulikan cakap Farisya tadi .

"Saya tak kenal awak . So boleh tak awak jangan datang sini lagi ? Saya tak ingat pun pada awak . Please go ." Farisya menghalau Izz .

Izz tanpa sebarang kata , terus letakkan nasi lemak tadi di atas meja . Dia berdiri dengan muka nya cuba menyorokkan kesedihan nya .

"Dulu kau kata kau takkan lupa aku . Aku bodoh sebab percaya kau . Aku bodoh sebab jatuh cinta kat kau ." Izz terus keluae dari wad itu .

Muka Farisya nampak terkedu dengan pengakuan Izz . Aku bodoh sebab jatuh cinta kat kau ayat itu terngiang-ngiang di dalam kepala nya .

Hari itu Farisya sudah boleh balik ke rumah , namun fikiran nya sedikit tak tenang . Dengar pengakuan Izz tadi , dia jadi tidak tenteram . Hati nya gelisah . Mungkin dia menyesap kerana menghalau lelaki yang dia sayang dan sayang pada dia . Sampai saja di rumah , dia duduk sebentar di ruang tamu sambil menonton tv . Ummie nya sudah keluar selepas mengambil nya di rumah , ada urusan kerja katanya . Selepas ummie nya keluar , Farisya terus pergi ke luar rumah , dia nampak pak halim , pemandu daddie nya , sedang duduk di kerusi di gazabo depan rumah nya , dia terus menapak ke pak halim ,

"Asalammualaikum pak halim . Er boleh hantar Farisya tak ?" Dia menunjukkan kertas kecil yang tertulis alamat .

"Waalaikumsalam Farisya , ohh bolehh ." Pak halim terus menapak ke kereta BMW milik daddie Farisya , di buka pintu untuk gadis itu dan , Farisya hanya tersenyum dan masuk ke dalam kereta itu . Pak halim juga terus pergi ke tempat pemandu dan menghidupkan enjin kereta itu , kereta itu terus meluncur keluar dari pagar rumah itu .

Sampai di alamat rumah itu ,

"Terima kasih . Pak halim boleh balik dulu lah . Nanti Farisya balik naik teksi ." Farisya tersenyum .

Pak halim mengangguk dan membalas senyuman Farisya tadi . Turun saja dari kereta , Farisya terus pergi ke pagar rumah banglo itu , dia menekan loceng untuk beberapa kali . Kelihatan Mak nor sedang berjalan ke arah nya dengan kening berkerur ,

"Ya dik cari siapa ?" Mak nor bertanya .

"Er saya kawan Izz . Dia ada ?" Tanya Farisya sambil tersenyum .

"Ohh Izz dia tak ada lah . Baru je dia keluar ." Mak Nor agak rasa bersalah mahu menjawab .

"Ohh yeke . Er tak apalah . " Farisya berasa sedih .

Mak Nor hanya tersenyum dan terus menapak ke dalam rumah .

Huhh , idea dah tak ada hahahahah . Maafkan kalau ada typo tu faham faham jelah ye hahahaha .

Jangan lupakan saya (TAMAT)Where stories live. Discover now