"Isya .. bangun .." Mama Izz mengejutkan Farisya yang sedang lena tidur .
Terpisat-pisat Farisya membuka mata ,
"Emm kenapa auntie? Izz dah sedar ke?" Tanya Farisya dalam mamai .
"Dah maghrib ni . Tak elok tidur . Jom kita solat sama-sama , kita doakan Izz ." Mama Izz tersenyum .
Farisya mengangguk dan terus bangun untuk mengambil wuduk .
Ya Allah , kau permudahkan lah semua nya . Aku tak mampu nak hadapi semua ni , aku tak mampu tanpa dia . Aku tak kuat .
Selesai solat , Farisya kembali duduk di tempat tadi sambil menatap wajah Izz . Mama Izz mengambil tempat di sebelah Farisya sambil mengusap lembut bahu gadis ini ,
"Isya sabar ye . InsyaAllah semua nya baik . Isya jangan sedih-sedih dah ye ." Mama Izz memeluk Farisya , Farisya membalas pelukan itu sambil memejam mata nya untuk menahan air mata nya yang mahu mengalir .
"Isya ni kuat sebernanya ." Mama Izz memulakan bicara .
"Kuat ? Apa maksud auntie?" Tanya Farisya hairan setelah melepaskan pelukan tadi .
"Isya sanggup tunggu Izz sedar . Isya sanggup datang sini nak jaga dia walaupun Isya tahu itu menyakitkan Isya bila tengok dia terbaring macam ni . " Mama Izz tersenyum .
Farisya mengangguk dan membalas senyuman itu .
"Dah jom auntie hantar Farisya balik . Biar auntie jaga dia malam ni ye ." Kata mama Izz .
Farisya akur dan bangun dari duduk nya .
_____________••_____••___•••____
Sudah dekat dua minggu berlalu , keadaan Izz masih sama . Rindu , ya mestilah dia rindu . Datang nya cinta , datang nya rindu . Cinta tak akan sempurna tanpa rindu , tetapi rindu yang terlalu lama ditahan mesti terlalu sakit . Tapi jika kau tetap bersabar , maka bahagia menanti kau . Jujur ? Jujur penting dalam hubungan . Jika kau tak jujur , jangan bercinta . Sakit ditipu tu sangat sakit seperti diri ini diperbodohkan .
___
"Isya? Kau okay ? " tanya Ina .
"Ha? Erm aku okay je ." Lemah suara Farisya membalas pertanyaan Ina.
"Kau ada masalah ke ? Sejak dua menjak ni kau murung je kenapa weh? Cerita lah kat aku ." Ujar ina .
"Aku okay lah . Just penat je . Ok lah aku balik dulu ." Farisya terus berlalu pergi . Ina hanya menggeleng sahaja .
Dia lebih suka pendam kesedihan nya kerana tiada siapa pun yang akan faham .
Seperti biasa , selepas balik sekolah dia akan terus ke hospital untuk menjaga Izz . Itulah rutin harian nya sejak kejadian tu berlaku . Dia tak pernah rasa bosan , dia sentiasa berharap agar Izz akan sedar .
Sampai di hospital , dia masuk ke dalam wad Izz . Tiada orang , cuma Izz sahaja sedang terbaring tak sedarkan diri . Dia duduk di sebelah Izz , dia membelai rambut Izz ,
"Awak cepat lah sedar . Saya rindu awak . Saya-saya tsk tsk . Saya sunyi ." Mengalir air mata nya .
"Awak ingat tak masa awak hantar Alya balik tu , awak mesra-mesra dengan dia . Ya saya cemburu . Sebab saya sayangkan awak sangat-sangat . Dah dua minggu awak macam ni . Selepas kejadian haritu hidup saya jadi gelap awak , sebab awak tak menyinari hidup saya macam sebelum ni . Saya rindu awak . Baru saya tahu perasaan awak bila kehilangan dia . But i dont to lose you ! Ineedyou in my life! " panjang lebar luahan hati dia .
"Er Farisya kan?" Satu suara menegur nya .
Farisya berpaling kebelakang kerana ingin melihat gerangan tuan empunya suara ,
"Alya?" Farisya agak terkejut .
"Saya tadi jaga dia , lepastu pergi tandas kejap then dtg balik awak ada ." Alya tersenyum .
Farisya mengelap air mata nya ,
"Macam mana tahu dia koma ?" Tanya Farisya pelik .
"Dengar daripada kawan-kawan dia . " balas Alya .
"Sabar lah ya? Semua ni ada hikmah ." Alya mengusap belakang Farisya .
Farisya tersenyum nipis .
Dia kembali duduk dan terus meletakkan kepala nya di dada Izz . Dia tidak hiraukan Alya yang sedang memerhati nya .

ANDA SEDANG MEMBACA
Jangan lupakan saya (TAMAT)
Подростковая литератураCinta ? Semua orang akan jatuh cinta . Jika kau ikhlas menerima dia , kau akan bahagia . Tapi bila dah mula sayangkan seseorang , pasti akan timbul satu perasaan lain . Perasaan takut kehilangan dia . Kau terlalu sayangkan dia sampai bila dia dah pe...