Farisya menangis teresak esak memangku tubuh Izz . Dia tak mampu nak kata apa-apa selain terkedu melihat orang yang dia sayang dilanggar kereta .
Beberapa minit kemudian ambulan sampai dan membawa Izz ke hospital .
• • • • •
Sampai di hospital , Keluarga Izz sudah sampai . Tak lama lepas tu keluarga Farisya jugak sampai . Izz di masukkan ke wad icu kerana banyak kehilangan darah . Mereka semua hanya mampu berdoa supaya Izz selamat .
Farisya masih teresak esak , dia tak mampu nak kata apa apa . Matanya sudah sembab .
Tak lama lepas itu doktor keluar . Mereka semua berdiri menanti jawapan dari doktor .
"Saya minta maaf , saya dah cuba . Kami berjaya selamatkan dia tetapi dia kehilangan banyak darah dan dia koma ." Terang doktor .
Mereka semua hanya diam membisu . Farisya terkejut kerana orang yang dia sayang , sedang koma . Disebabkan dia !
"Boleh nak tengok dia ?" Tanya papa Izz .
"Boleh tapi tak boleh ramai ramai ." Jawab Doktor dan terus beredar .
"Apa kata Farisya dengan auntie tengok Izz ." Serak suara mama Izz kerana menangis .
Farisya hanya mengangguk kecil . Mereka berdua masuk ke dalam . Farisya sedikit tergamam kerana banyak wayar di badan Izz .
"Auntie semua ni salah Farisya ." Sayu suara Farisya .
"Jangan salahkan diri sendiri . Semua ni dugaan dari NYA . Farisya bersabar ya." Mama Izz tersenyum pahit .
Farisya duduk di sebelah Izz , dia melihat wajah Izz yang sedang bertarung dengan kesakitan . Sungguh sayu .
"Aw-awak bangun lah . Sa-saya rindu ." Teresak esak Farisya berkata .
"Awak sa-saya mint-minta maaf . Saya ta-tak tipu awak . Awak please bangun ." Selesai berkata terus berjurai air mata Farisya .
Sayu mama nya melihat Farisya begitu .
"Isya , jom kita balik dulu ya . Esok kita datang lagi ya . Izz perlu rehat ." Lembut mama nya cuba memujuk .
Farisya hanya diam , cuma bunyi esak tangis dia yang kedengaran .
Hari itu papa Izz dan mama nya yang akan menjaga dia di hospital . Mula mula Farisya degil mahu menjaga Izz , tetapi setelah dipujuk oleh mereka dia akur .
Sampai di rumah , Farisya terus meluru masuk ke dalam .
"Isya nak makan? Kalau nak ummie masakkan ." Lembut Ummie nya berkata .
"Em tak apa lah ummie . Isya takde selera ." Serak suara Farisya menjawab .
"Daripada tadi Isya tak makan . Nanti sakit perut susah ." Ummie nya cuba memujuk .
"Nanti klau Isya dah ada selera , Isya makan ye mie . Isya nak naik dulu ." Terus dia melangkah ke bilik nya .
Dia duduk termenung di balkoni bilik nya sambil mendengar lagu "Cinta Tak Terbalas" .
Angan yang ku ukir
Indah bersamamu
Kuberharap akan
Terwujud nyata
Tetapi ternyata
Kau tak pernah bisa
MerasakanCintaku ternyata tak terbalaskan
Akhirnya gugur juga air matanya yang ditahan daripada tadi . Terhinjut hinjut bahu nya .
Knock knock kncok
Pintu bilik nya diketuk , mama nya masuk dengan wajah risau .
"Isya , jangan lah nangis lagi . InsyaAllah Izz akan selamat ye ." Lembut mama nya cuba memujuk dia .
"Tsk tsk semua ni tsk salah isya tsk tsk." Teresak esak dia .
"Isya tak salah sayang . Semua ni dah tertulis , jadi kita sebagai hamba-NYA hanya mampu redha je ." Masih lembut suara mama nya .
Tanpa berlengah mama nya terus memeluk Farisya . Farisya menangis lebih kuat di dalam dakapan mama nya .
___________________________
Pagi itu Farisya bangun awal . Mata nya sedikit lebam kerana menangis malam tadi . Dia bertekad untuk tunggu Izz dan minta maaf .
Dia pergi ke dapur , dia teringat Izz pernah kata dia suka makan sotong masak merah . Jadi dia bertungkus lumus memasak sotong masak merah .
Siap masak , dia letak sotong itu ke dalam bekas . Dia meminta driver dadie nya untuk menghantar dia ke hospital . Sampai di hospital , dia terus meluru ke wad Izz . Sampai di depan pintu , tiba tiba pintu itu dibuka dari dalam . Mama Izz keluar .
"Eh Isya . Baru sampai ke ?" Tanya mama Izz lembut .
"Haah Isya baru je sampai . Auntie nak pergi mana?" Tanya Farisya semula .
"Ohh auntie kene pergi butik kejap ada masalah . Ni Isya ada baguslah boleh tolong tengokkan Izz." Mama nya tersenyum manis .
Farisya hanya mengangguk sambil tersenyum . Dia masuk ke dalam .
Dia terus duduk di kerusi sebelah katil Izz ."Awak ni saya masakkan sotong masak merah untuk awak . Bangun lah kita makan sama-sama." Farisya mengusap lembut pipi Izz .
"Saya tunggu awak bangun ye lepastu saya suapkan awak tau." Farisya sedikit tersenyum sambil air matanya sudah mengalir di pipi putih nya .
Dia letakkan kepala nya di dada Izz , sambil tangannya lembut mengusap wajah tampan Izz . Harini tidak banyak wayar di badan Izz kerana keadaan nya sudah stabil cuma koma sahaja .
"Awak tsk tsk bila nak bangun . Saya rindu bila awak kacau saya . Saya rindu senyuman awak . Awak tsk tsk cepat lah bangun tsk." Air matanya sudah mengalir deras . Suara nya sudah serak .
Dia menangis di dada Izz sehingga lah dia terlelap .
YOU ARE READING
Jangan lupakan saya (TAMAT)
Teen FictionCinta ? Semua orang akan jatuh cinta . Jika kau ikhlas menerima dia , kau akan bahagia . Tapi bila dah mula sayangkan seseorang , pasti akan timbul satu perasaan lain . Perasaan takut kehilangan dia . Kau terlalu sayangkan dia sampai bila dia dah pe...