Bab 30

194 10 2
                                    

Selepas tamat waktu persekolahan , kawan kawan Izz datang melawat Izz di hospital . Yela sebelum ni tak berkesempatan nak melawat sbb busy exam . 
•••••••••

"Sejak abang idol ni masuk hospital en , perempuan semua tak tegur kitorang dah ." Syah membuat muka acah sedih .

"Ohh yeke ? Kesian . Aku pun nanti tak sekolah kat situ dah ." Izz melayan gurauan Syah .

Mereka semua ketawa .

"Weh aku dengar kau ada girlfriend dah kan ? Ape name nya ehh urmm Farisya .. ha Farisya ." Ujar Is .

"Ape kau merepek ? Aih entahlah . Aku pun taktahu . Memori aku kan ada yang hilang . Aku tak berapa ingat sangat ." Kata Izz .

"Abis ni gambar kau kat insta--" kata Is terhenti saat pintu diketuk beberapa kali .

Pintu dikuak dari luar dan Farisya masuk ke dalam dengan berpakaian sekolah lagi . Farisya agak terkejut kerana ada kawan-kawan Izz tetapi dia terus senyum kepada mereka .

"Haii." Sapa Farisya pada Izz .

"Eh engko buat apa kat sini ? Aku dah cakap kan aku tak kenal kau aku tak ingat ape-ape pun pasal kau ." Soal Izz dingin .

"Err sa-saya nak tengok awak je ." Farisya cuba menyembunyikan sakit hatinya .

"Kau ni tak paham bahasa ke ? AKU TAK NAK JUMPA KAU!" Izz terus menengking Farisya .

"Weh Izz kau ni kenapa ? Ni kan awek kau takkan kau tak ingat ." Syah cuba menenangkan Izz .

"Aku takde awek lah!" Bentak Izz .

"Kau tak ingat sebab kau hilang memori pasal dia ." Suara syah kedengaran keras .

"Er awak dah makan ? Ni saya bawak nasi goreng pataya . Makanan fav awak ni ." Farisya tersenyum kelat sambil menghulurkan bungkusan polestrin kepada Izz .

Pap!

Izz menampar bungkusan itu ke bawah . Terus bersepah lantai dengan nasi , telur dada dan sayur .

"Aku tak hingin nak makan makanan dari kau ." Ujar Izz sinis .

"Woi kau ni dah kenapa bodoh ? Dia ni awek kau lah sial ." Syah cuba mempertahankan Farisya .

"Er kalau awak tak suka nasi goreng saya boleh beli makanan lain ." Mata Farisya sudah berkaca dengan air mata . Dia menahan tangis nya . Ya dia perlu kuat di depan Izz .

"Kau blah lah!" Tengking Izz .

Akhirnya air mata Farisya berlinang di pipi jua . Tak dia hiraukan kawan-kawan Izz yang memandang nya dengan simpati .

"Tsk kenapa awak buat saya macam ni ? Tsk tsk awak--awak tipu kan ? Aw--awak sengaja je b--buat tak ingat tsk tsk kat saya kan." Serak suara Farisya .

"Eh perempuan , kau dengar sini elok elok . Aku tak ingat kau siapa , aku tak kenal kau , dan SEBAB KAU AKU JDI MCM NI!!" Tengking Izz .

Farisya membersihkan tumpahan nasi tadi . Dia membuang nya kedalam tong sampah .

"Kitorang gerak dulu . " ujar mereka terus keluar .

Izz hanya mengangguk .

"Kau tak reti nak berambus ke?"  Tanya Izz dingin .

"Dulu awak tak macam ni pun . Dulu awak suka buat saya gembira . Kenapa sekarang awak berubah ? Saya rindu awak yang dulu !" Luah Farisya dengan suara yang serak basah .

Dia duduk di sebelah Izz .

"Engkau mengarut ape ni ?! Aku tak ingat pun pasal kau lah ! " Izz sedikit meninggikan suara nya .

Farisya masih teresak-esak . Dia memegang tangan Izz . Pantas Izz menepis dengan kasar .

"Kau blah boleh tak ?! Semak lah aku tengok muka kau kat sini !" Kata Izz dengan suara garau nya .

"Kalau kau taknak blah . Aku panggil nurse ." Sambung Izz dengan nada suaranya sudah kembali biasa .

Farisya bangun terus dia menuju ke pintu . Sampai di depan pintu ,

"Dulu awak kata awak akan lindungi saya . Awak cakap awak sayang saya . Awak janji awak akan sayang saya untuk selamanya . Saya sambut janji awak dengan hati yang terbuka , tapi sekarang saya sakit . Dulu kalau saya bersedih awak akan selalu disisi saya . Tapi saya tanggung seorang je sedih saya tu . Lagi sakit ialah awak yang buat saya sedih ." Kata Farisya lalu terus keluar .

Izz sedikit terasa dengan kata Farisya . Tiba tiba satu memori terlintas di kepalanya ,

"Awak jangan risau , kalau ada orang buli awak , ada orang buat awak sedih , saya yang akan lindungi awak , sayalah orang pertama yang akan berada disisi awak ."

Farisya terus meletakkan kepalanya di dada Izz . Sungguh dia rasa tenang dengan Izz .

"Argh!" Izz memicit kepalanya kerana terasa sakit .

Dia bering dan cuba untuk lelapkan mata .

"Haii awakk!" Sapa gadis itu .

"Hye sayang." Kata Izz mesra .

"Lama kita tak jumpa . Saya rindu lah kat awak ." Kata gadis itu sambil tersenyum .

"Saya pun rindu awak . Tapi dah ditakdirkan kita tak boleh bersama ." Ujar Izz dengan suara sayu .

"But , sekarang awak dah ada pengganti saya . Saya harap awak akan buat dia lebih bahagia dari saya . " ujar gadis itu lalu terus lenyap .

"Awak?! "
"Awak?!!"
"Awak!!"

"Liyana ?!" Izz terus terbangun dari tidur nya .

"Eh kenapa ni Izz ? Haih bawak mengucap ." Mama nya yang tadi sedang leka bermain handfone terkejut bila Izz tiba tiba terbangun dan menjerit .

Izz tercungap-cungap menarik nafas . Berpeluh badan nya .

"Tadi mama nampak Farisya menangis . Apa yanf kamu buat kat dia Izz ? Kamu tengking dia lagi ke ?" Tanya mama nya .

"Izz tak kenal lah sape dia tu . Dia lah penyebab Izz jadi macam ni . Tengok kaki Izz ni terseliuh teruk mcm ni sebab perempuan tu lah ." Kata Izz keras .

"Bukan Izz tak kenal dia . Tapi Izz hilang ingatan tentang dia . " kata mama nya .

"Stop cakap pasal ni lah . Papa mane ?" Izz menukar topik .

"Meeting ." Ringkas mama nya jawab .

"Herh papa tu asyik meeting jelah ." Kedengaran agak sinis jawapan dari Izz .

Mama nya hanya diam sahaja .

Again sorry sebab lambat update . Busy hmm . Bukan busy sebenarnya tapi takde idea wkwkwkwkwkwkw . Tapi bab ni macam menarik je kan ? Huh biasa lah hahahaha (flip hair) .
Kalau ada typo harap maaf zahir dan batin hahahah .

Jangan lupakan saya (TAMAT)Where stories live. Discover now