Malam itu , selepas balik dari lepak dengan mereka , aku singgah di 7Eleven untuk beli nescafe kegemaran aku .
Lepas lock moto , aku terus naik ke bilik di tingkat 2 dan terus menghempaskan tubuh di atas katil .
________________________________Aku ternampak satu susuk tubuh yang aku kenal dan rindu sangat . Liyana Adriana , seorang perempuan yang pernah bahagiakan aku dulu .
Aku terus menerpa ke arah nya ,
"Awak !" Panggil ku teruja .
"Iye biy . Rindu tk kat saya?" Sambil memberi senyuman manis yang sangat aku rindui .
"Rindu sangat . " Jawab aku ringkas lalu terus memeluk dia .
"Awak okay kan saya tak ada? Awak jangan sedih ye." Dia menitiskan air mata di dalam dakapan Izz .
"Tak . Saya tak okay . Maafkan saya selama ni saya ego . Saya rindu awak ! Jangan tinggalkan saya ." Sebak suara Izz kedengaran .
"Saya minta maaf . Kalau diberi pilihan , saya nak bersama awak selamanya . Tapi takdir tak mengizinkan kita ." Liyana sedikit mendongak selepas Izz melepas pelukan nya tadi .
"Saya tak boleh hadapi semua ni." Izz menundukkan kepalanya kerana tidak mahu Liyana nampak titisan jernih di matanya .
"Saya tahu awak kuat . Okay lah awak , saya tak boleh lama ni . Saya selalu disisi awak . Awak jangan sedih ye ." Liyana memujuk Izz dan terus lenyap .
Kring kring kring !!!
Alarm telefon nya berbunyi kerana hari itu hari persekolah . Mimpi rupanya bisik hati Izz yang retak seribu itu .
Dia segera bangun untuk ke sekolah . Selepas mandi , di keringkan rambutnya dengan hairdryer . Ceh patutlah rambut style , author jeles k hahaha . Selepas itu di sapu gatsby wax pada rambutnya dan dipakai perfume yang dibeli Liyana dua bulan lepas .
. . . . .
Sampai sahaja di sekolah dia masuk ke kelas dan duduk di tempat nya . Dia tidak bergaul sangat dengan kawannya yang lain .
Kawan-kawan dia sudah masuk ke Kolej Volasional . Dia tidak masuk ke KV bukan kerana result nya yang teruk , tetapi dia lambat untuk daftar kerana mempunyai masalah sendiri .
Kawannya yang rapat dengan nya di sekolah cuma Syah , ya dia punya result pt3 bapak teruk namatey . Tu yang kene reject mentah mentah je hahahaha.
Seperti biasa mesti ada sahaja perempuan perempuan yang akan menggedik dengannya . Dia hanya senyum tawar kepada mereka .
. . . .
"Macam mana dengan keadaan anak saya doktor ?" Tanya Datin Norida cemas ."Dia tidak apa apa . Cuma cedera ringan . Tetapi . . ." Kata Doktor dipotong oleh Dato Risham .
"Tetapi apa?" Tanya Dato Risham memotong cakap doktor .
"Tetapi dia koma untuk beberapa minggu ." Jelas doktor dan berlalu pergi .
Datin Norida dan Dato Risham masuk ke dalam wad Anaknya , Farisha Alisya .
"Saya dah buat laporan polis tentang kejadian langgar lari tu . Polis tengah jalankan tugas dan telah mendapat beberapa suspek ." Dato Risham memulakan bicara apabila selesai berbual di telefon dengan Inspektor Rahman .
"Hm . Kenapa boleh jadi macam ni. Kalau lah saya halang dia untuk pergi ke kedai semua ni takkan jadi ." Datin Norida kesal .
"Benda dah jadi pun . Semua ni ada hikmah . Awak bertenang ya ." Dato Risham cuba menenagkan Datin Norida .
___________________________
Farisha povv
"Eh kenapa ni?! Apa dah jadi ni?!" Farisha terkejut melihat diri dia yang sedang berbaring di atas katil itu .
"Ummie ? Dadie ? Ap--apa dah ja--di ni ?!" Farisha tergamam .
Dia buntu apa yang sedang jadi sekarang .
YOU ARE READING
Jangan lupakan saya (TAMAT)
Fiksi RemajaCinta ? Semua orang akan jatuh cinta . Jika kau ikhlas menerima dia , kau akan bahagia . Tapi bila dah mula sayangkan seseorang , pasti akan timbul satu perasaan lain . Perasaan takut kehilangan dia . Kau terlalu sayangkan dia sampai bila dia dah pe...