Izz baring di sofa dalam bilik nya . 'Haih asal lah perempuan tu kene ikut aku nanti . Menyemak!' Bebel Izz . Dia baring sehingga dia terlena .
"Kalau saya masuk raja lawak nanti saya jadi terkenal , digosipkan dengan perempuan tu perempuan ni . Nanti ada yang jeles susah ." Izz tersenyum sambil menjeling Farisya .
"Oooo gatal nya ......." Farisya mencubit lengan Izz .
"Aduhhhh!" Izz mengaduh sambil menggosok lengannya .
"Padan muka . Ha gatal lagi !" Farisya menjelir lidah .
"Ey comel lah pipi ni , geram pulak saya tengok ." Izz mencubit pipi Farisya .
"Aduii sakit lahh . Hmm abis pipi comel saya nii eyy." Sambil menggosok gosok pipi nya .
"Tengok muka saya ." Izz .
Farisya melihat muka Izz , sambil menahan gelak Izz berkata
"Nampak macam muka saya ni kesah ke ? Hahahahahaha." Sekali lagi dia mengenekan Farisya .
Farisya mencebik . Daripada tadi Izz asyik menyakat dia . Tiba di depan rumah banglo Farisya ,
"Ha dah sampai . " Izz memberhentikan kereta nya .
"Taknak masuk dulu ke ?" Tanya Farisya .
"Taknak lah . Nak balik rehat lahh . " Jawab Izz .
"Okayy . Bubye my handsome boy ." Terkeluar perkataan yang bermain di fikiran nya . Dia terus menutup mulut nya .
"Ha? Wht? Tak dengor lah . One more ." Izz sengaja . Dia mendekatkan telinga nya .
"Errr takde pape . " Muka Farisya sudah merona merah . Dia ingin keluar tapi pantas Izz menge'lock' pintu kereta .
"Ulang balik apa yang awak cakap baru boleh keluar ." Izz tersenyum nakal .
"Eyy takde pape . Hmmm nak keluar." Sambil menutup muka nya mengguna kan tapak tangan nya.
"Takbolehhh werkk." Sengaja dia mengusik gadis itu . Comel .
"Eyy yelah yelah saya ulang ." Farisya akur . Dia memandang Izz .
Izz memandang tepat pada mata Farisya .
"Err bu-bubye my ha-hand-som-some b-boy." Tergagap dia bercakap . Izz terus membuka lock . Pantas Farisya terus keluar kereta .
Izz tersenyum melihat gadis yang sudah menjadi milik nya itu .
Izz terjaga dari tidur nya . Huh bermimpi rupanya . Tapi kenapa dia mimpikan Farisya ? Ahh cuma mainan tidur sahaja .
Izz melihat jam di dinding , pukul 5:32am . Ah baru dia teringat harini dia kene balik kampung . Dia terus mengambil bagasi besar dari dalam bilik persalinan . Terus dia mengambil baju yang dia nak pakai di kampung nanti . Huh dah lama tak balik kampung . Dia sudah terbayang-bayang suasana kampung yang nyaman dan segar nanti .
Selesai itu dia terus mandi dan bersiap . Dia turun ke bawah kelihatan di ruang tamu Farisya dan Aliya sudah ada . Dia pergi ke dapur untuk minum air , daripada tadi tekak nya kering . Selesai minum , dia segera ke ruang tamu .
"Haii." Sapa Farisya penuh mesra .
"Mm." .
"Dah jom . Kesian Pat Mat tunggu lama-lama kat luar tu ." Mama Izz yang entah muncul dari mana tiba tiba bersuara .
YOU ARE READING
Jangan lupakan saya (TAMAT)
Teen FictionCinta ? Semua orang akan jatuh cinta . Jika kau ikhlas menerima dia , kau akan bahagia . Tapi bila dah mula sayangkan seseorang , pasti akan timbul satu perasaan lain . Perasaan takut kehilangan dia . Kau terlalu sayangkan dia sampai bila dia dah pe...