Izz bangun dari tidur nya , dia lihat jam di handfone nya pukul 12:00am , di buka lockscreen pada Telefon nya dan dibuka aplikasi whatsapp ..
"Kitorang dah sampai . Shisha on !" Leman .
"Okk kejap , aku nak mandi jap hehehe" Izz
"Cepat sikit ." Leman .
Dia bingkas bangun dan terus menapak ke bilik air . Selesai mandi , dia mengenakan seluar jeans biru , hoodie adidas . Dia mencapai helmet nya dan segera menuruni tangga . Kelibat Farisya tak kelihatan , 'fuh nasib dia tak ada . Klau tak mesti dah membebel macam nenek kebayan !' Gumam Izz .
___________________________
Sampai di restoran yang di janjikan , dia terus menapak ke meja kawan kawan nya . Dia mengambil tempat di sebelah nabil .
"Lama dah korang sampai ke ?" Tanya Izz kepada mereka . 8 lelaki remaja .
"Tak ada lah lama sangat ." Syah menjawab ringkas .
Mereka berbual bual , bergelak ketawa . Membahan sesama sendiri . Bukan remaja normal lah kalau tak bahan membahan !
"Ehh Shah Alam jom ? Lepak skate park ." Akif mengajak sambil dijungkit kan kening nya .
"Haa boleh gak tu ." Syah bersetuju .
"Korang acane ?" Tanya Akif kepada kawan kawan nya .
Mereka mengangguk serentak . Mereke pun pergi ke kaunter untuk membayar makanan dan minuman yang di pesan .
Dihidupkan enjin masing masing , ada yang main rem rem , ada yang buat spin sebelum pergi . Mereka bukan lah mat rempit , cuma kemahiran mereka sahaja . Satu per satu motor pergi meninggalkan restoran itu .Di highway , kawan kawan nya ada yang berbual . Atas moto pun boleh berbual bergelak ketawa . Izz turut bergurau sama . Bersama mereka boleh buat hati nya sedikit tenang . Namun Liyana tetap bermain di fikiran nya . Kerana terlalu rindu pads gadis nakal itu .
Sampai di skate park , mereka mengambil tempat di atas sebuah batu yang besar dan tinggi . Motor masing masing di parkir di bawah . Mereka perlu panjat untuk naik ke atas . Dari atas lagi senang nak tengok budak budak main skate .
"Woi arif , kau pergi beli makanan untuk kitorng ." Izz mengarah Arif untuk membeli makanan . Arif seorang budak yang kecil badannya , dan sedikit penakut membuat kan dia senang untuk di buli . Tapi dia tetap bersama dengan mereka kerana dia tahu mereka juga menganggap dia sebahagian dari mereka .
"Haa meh duit ." Arif menghulur tangan pada Izz untuk membeli makanan .
Izz mengeluarkan wang kertas not rm20 ,
"kau pergi beli kuaci , air untuk sorang satu , pastu beli lah snack-snack yang sedap ."
"Okay ." Ringkas jawapan dari Arif .
Dia berhati-hati turun dari batu itu , takut takut terjatuh .
"Kecik kecik dah jadi balaci ." Syah menahan ketawa nya .
"Hahahaha . Kau ni kesian lah dia . Dia jadi balaci pun sebab nak join kita ." Nabil kasihan melihat Arif yang sering jadi bahan buli mereka . Mereka sahaja , kalau ada budak lain yang membuli dia , mereka lah yang akan back up dia .
"Biarlah . Takdir dia tu ." Izz membuat lawak .
Mereka tergelak kecil .
"Jimbet aku buat punchline korang gelak nak taknak je !" Izz menjeling sorng sorng kawan nya .
"Hehehe . Lek ahh ." Amir menepuk nepuk bahu Izz .
Setelah beberapa minit , Arif sampai dengan makanan yang dipesan mereka .
"Acane aku nak naik nii . Susah lah banyak sangat barang ."Rungut Arif yang di berada di bawah bersama beberapa plastik beg .
"Pandai pandai kau lah ." Syah tersenyum sinis melihat dia .
Seperti di restoran tadi , meraka rancak berbual . Ada yang mengacau orang yang lalu lalang . Izz nampak sedikit gembira dengan kawan kawannya kerena mereka memang gila gila ! Setelah beberapa jam berbual , mereka pun bercadang untuk pulang . Yelah , dah pukul 4:22am bakhang !
Rumah mereka berlainan kawasan , jadi ada yang masuk kanan , ada yang masuk kiri , ada yang kebelakang , ada yang terus , ada yang terbang eh eh ! Hahaha .
Sampai di rumah , dia parking motor kesayangan nya itu di sebelah kereta Audi milik papa nya . Dia membuka pintu perlahan lahan , dia terus menuju ke tangga . Baru dia mendaki satu anak tangga ,
"Izzrin Syarifuddin !" Tegas papa nya memanggil dia .
Dia mencari kelibat suara itu , di ruang tamu . Papa dan mama nya sedang duduk di sofa bertentangan . Izz dengan langkah malas menuju ke mereka . Ya dia sudah tahu , sebab balik lmbat .
"Kau tengok jam kat dinding tu dah pukul berapa ?" Tanya papa nya dengan nada tegas .
Izz hanya menjeling jam di dinding . Dia menyandar di dinding sambil berpeluk tubuh .
Mama nya hanya memandang Izz dengan pandangan marah dan kecewa .
"Kenapa balik lmbat ?! " Tanya papa nya .
Izz masih diam . Muka nya tenang seperti tidak takut dengan papa dia .
"Kau ni dah melampau ! Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa ?! Kau tu lesen tak ada . Keluar entah pergi mana mana tah . Papa dengan mama risau kau tahu tak ? Dah banyak kali kau balik lambat tapi kitorg sabar . Kali ni dah melampau dan potpetpotpetpotpet " papa nya membebel dengan nada tinggi .
Izz memandang muka papa nya ,
"Whts wrong ha ?!" Izz cuba pertahankan diri dia .
"Its you !" Papa nya menengking .
"Its me ha ? No ! Is it her !" Izz menunjukkan gambar dia dan Liyana yang berada di atas meja kecil tepi tangga .
Papa nya diam , terkedu dengan jawapan dia . Mama nya pun sama .
"I miss her so much ! Papa apa tahu ?! Asyik marah marah marah Izz . Suruh Izz buat benda yang Izz tak suka ! Izz buat semua ni , Izz balik lmbt ni , Izz cuba nak lupakan Liyana ! Izz cuba nak happy kan diri sendiri ! Sakit hilang orang yang tersayang tu ." Suara Izz mula sebak .
Bersambung
![](https://img.wattpad.com/cover/102832127-288-k580943.jpg)
YOU ARE READING
Jangan lupakan saya (TAMAT)
Teen FictionCinta ? Semua orang akan jatuh cinta . Jika kau ikhlas menerima dia , kau akan bahagia . Tapi bila dah mula sayangkan seseorang , pasti akan timbul satu perasaan lain . Perasaan takut kehilangan dia . Kau terlalu sayangkan dia sampai bila dia dah pe...