Bab 7

212 17 0
                                    

Memandang kan hari ni hari sabtu , Izz mempunyai masa lapang . Dia teringat permintaan Farisya malam tadi .

"Eh kau kata nak pergi lawat KAU en?" Sengaja dikuatkan perkataan kau .

"Haah . Jumm lahh ." Farisya senyum sampai ke otak . Ceh otak hahah .

"Sat . Mandi jap ." Izz bangun dan terus menuju ke bilik air .

Selesai mandi , Izz mengenakan baju kemeja jeans berwarna biru pekat , seluar slack hitam dan jam G-shock .

"Jomm . Cepatlahhh " Tidak sabar Farisya untuk melawat dia

"Eh kau ni pun . Sabo boleh ? Aku nak makan . Lain lah kau tu tkpyh makan !"

"Ishh . Yelah . Makan kat rumah ke kat luar ?" Farisya mencebik .

"Luar ." Ringkas Izz balas .

Dia menuruni satu per satu anak tangga . Farisya hanya mengikut nya dari belakang . Terkedek kedek gadis itu .

"Kak . Pinjam kereta ?" Izz bertanya pada kakaknya yang sedang makan roti bakar .

"Boleh . Tapi kau kan selalu naik moto ? Ke moto kau rosak?" Putri berasa hairan kerana Izz lebih suka naik motor .

"Saje . Biar babyblue aku tu rehat harini ." Selamba Izz membalas .

"Kunci atas meja . " Putri menunjuk ke arah meja di ruang tamu .

   Di bukanya pintu kereta mini cooper tu , dan dihidupkan enjin nya . Farisya mengambil tempat di bahagian penumpang depan .

    Kereta itu meluncur laju keluar dari perkarangan rumah banglo itu .

"Awakk . Er . Errr " Farisya tergagap gagap .

"Er er ape ?"

"Errr semalam saya ada nampak gambar awak dengan sorng perempuan kat ruang tamu . Sape tu ?" Farisya sudah tahu jawapannya tetapi inginkan kepastian .

"Kau boleh stop tanya pasal Perempuan tu tak ?" Izz tidak selesa jika orang bertanya pasal Liyana .

"Er sorry . " Farisya menundukkan mukanya .

"Nama dia Liyana ." Izz menjeling Farisya yang seakan merajuk .

"Ouhhh errr--" kata Farisya dipotong

"Dah . Takyah tanye banyak banyak . Aku gigit kau nanti ."

"Mmmmm " Farisya mencebik .

. . . . . .

Sampai dihospital , Izz terus meluru kat wad Farisya .

Dari cermin pintu di wad itu , dia nampak seorang wanita 40 an sedang duduk sambil mengusap tangan gadis yang terbaring itu .

"Yang ni ke ?" Izz bertanya inginkan kepastian takut tersalah wad buat malu je nnti haha .

"Haa yang ni la" Suara Farisya kedengaran gembira .

Diketuknya pintu itu dan memulas tombol pintu . Dia masuk ke dalam blik itu

"Asalammualaikum auntie ." Lembut suara Izz memberi salam .

"Waalaikumsalam . Er adik ni siapa ya ?" Tanya Datin Norida .

"Oh saya kawan Farisya . Saya datang nak melawat dia ." Izz menjelaskan kehadiran dia .

"Ohh . Kawan sekolah dia ke ?" Datin Norida bertanya .

"Eh bukan . Saya sekolah lain . Kawan bias--" katanya dipotong wanita itu

"Ker boyfriend dia ?" Datin Norida bergurau .

"Err tak lah . Hehe ." Izz terkedu .

"Ha duduk la ." Datin Norida mempelawa Izz untuk duduk .

"Dah berapa lama dia macam ni auntie ?" Tanya Izz sambil duduk di sebelah Farisya .

Farisya hanya memeluk ummienya dari belakang walaupun dia tahu Ummie nya takkan rasa .

"Seminggu dah dia macam ni ." Datin Norida memberi senyum tawar .

"Ohh ." Izz membalas ringkas .

"Adik ni nama siapa ?" Soal Datin Norida .

"Saya nama Izzrin Syarifuddin ." Izz memberi senyuman manis .

"Amboi awak senyum tu tkyh nak manis sangat lah ." Farisya mencebik , cemburu kerana dia mendapat layanan dingin dari Izz .

"Ohh . Nak panggil ape?" Soal Datin lagi .

"Panggil Izz je . Auntie--" kata Izz dipotong .

"Alah panggil Ummie ja ." Ummie memberi senyuman .

"Err okay aun-- eh ummie ." Izz tidak biasa nk guna panggilan itu .

"Cantik kan Farisya ni . Dia ni istimewa tau . Dia ni baik sangat , tak sombong . " Ummie senyum tawar .

"Ohh . Yela dia memang baik . Tapi nakal sikit hahah ." Lengan Izz dicubit Farisya .

"Ummie harap sangat dia cepat sedar . Siang malam ummie berdoa Pada Allah agar dipermudahkan semuanya ." Ummie mengelap air mata yang menitis di pipi nya .

"InsyaAllah semuanya akan okay ."Izz membuat senyuman .

Mereka berbual dengan gembira , muka ummie tampak sangat berbeza dari sebelum ni . Dia sedikit ceria kerana Izz ni pandai membuat orang ceria , tapi diri sendiri tak mampu nk ceriakan.

Dia meminta Izin untuk pulang kerumah kerana hari sudah petang . Dia menyalam ummie dan berlalu pergi . Farisya memberi isyarat supaya pergi dulu kerana dia ingin duduk di situ lebih lama .

Izz angguk kecil tanda faham akan isyarat itu . "Huh bagus la dia duk sini kejap . Takdela mengacau aku ." Gumam Izz sendiri .

Jangan lupakan saya (TAMAT)Where stories live. Discover now