Semua nya kelihatan gembira sahaja ! Yela diorang siap buat campfire lagi . Hmm author pun nak mmm mmm (muka simpati)
"Akak Isya .. jom teman Alana mandi sungai ." Kata Alana , adik sedara Izz yang berumur dalam lingkungan 4 tahun .
"Jom .. Alana pandai beranang tak ?" Tanya Farisya .
"Hehe tak pandai lah kak . Alah takpe akak ada !" Dengan pelat nya budak itu masih gigih nak cakap .😂
Mereka terus pergi ke bahagian yang cetek airi nya . Kelihatan Farisya dan Alana sangat gembira .
"Kau ni kira untung tau dapat dia ." Ujar Hakim sambil tangan ligat mengkibas arang menggunakan kipas tangan . Heh paham-paham lah kipas yang mana ye hahaha .
"Untung ? Asal ?" Tanya Izz sambil mata nya masih tertumpu pada Farisya .
"Yela . Kau accident , kau tak ingat apa-apa pasal dia . Kau layan dia macam sampah . Tapi dia tetap bersama kau ." Kata Hakim .
"Aku pun rasa macam tu lah ." Jawab Izz sambil tersenyum .
Farisya dan Alana terus naik semula ke tmpt campfire . Penat katanya .
"Lah penat dah ?" Tanya Izz lebih kepada sindiran .
"Lapar lah ." Jawab Farisya .
"Ohh .. ha sini lah makan . Saya yang bakar tau , sedap nii . " ujar Izz .
Sebenarnya paksu nya pun tolong jugak , eleh Izz ni haha . Cuma paksu dia je yang teman diorang . Yela takut ape ape jadi .
"Eleh yeke awak yang bakar ?" Farisya tersengih-sengih macam kerang busok !!!
"Eh ingat saya tak pandai ke ?" Izz -
"Hahah yela yela ."
Izz menyuapkan ayam yang dibakarnya tadi ke dalam mulut Farisya .
"Sedap?" Tanya Izz .
"Sedap." Jawab Farisya sambil mengunyah .
Selesai makan . Mereka terus pergi mandi sungai . Fuh sejuk beb air nya .
"Izz tolong Ayuni jap . Takut lah nak turun ." Panggil Ayuni sambil menghulurkan tangan nya .
Izz rasa serba salah pulak . Dia memandang Farisya , Farisya mengangguk menyampah . Izz segera menolong Ayuni untuk masuk ke dalam air . Fuh menggigil Ayuni !
Tiba tiba ..
"Tolong!!! Arghhhh to..longgg!" Kedengaran suara Farisya meminta tolong . Farisya sudah hanyut dek kerana air sungai yang deras .
Izz segera mendapatkan Farisya , dia memeluk Farisya yang sudah pengsan , dia sedaya upaya cuba untuk naik ke darat .
Dia baringkan Farisya di atas tanah . Yang turut mendekati mereka . Wajah mereka nampak sangat risau . Izz menekan-nekan dada Farisya sehingga air terkeluar dari mulut Farisya dan dia sedar .
"Dia lemah tu Izz . Jom bawa dia balik ." Ajak Aliya .
Izz mengangguk lemah .
______________________
Farisya dibaringkan . Dia sedang berehat di dalam bilik . Dia terjaga .. Dia keluar dari bilik kelihatan mereka semua berada di ruang tamu . Tapi Aliya dan Fariz tak ada ?
"Ehh Farisya dah bangun dah ." Sapa nenek Izz sambil tersenyum .
Farisya membalas seyuman itu . Semua yang berada di situ turut memandang Farisya .
"Farisya okay ? Rasa okay sikit dah ?" Tanya makngah Izz pula .
"Okay je Makngah . " jawab Farisya sambil tersenyum .
"Ohh baguslah macam tu . Air sungai sini memang deras sikit .. " terang makngah Izz .
Farisya hanya meng'O kan sahaja . Dia segera menapak ke luar rumah . Kelihatan Fariz dan Aliya sedang rancak berbual .
"Amboi .. mula-mula haritu main mata , sekarang dah siap lepak sekali nampak ." Sindir Farisya sambil tersenyum nakal .
"Eh pandai lah kakak . Saje je borak dengan dia .." jawab Aliya .
"Mmm yelatu ." Farisya masih dengan senyuman nakal nya . Hekhek .
"Dah pergi lah jaga buah hati akak tu . Dia demam kan ." Kata Aliya .
"Demam?" Tanya Farisya ingin kepastian .
"Iyela . Buah hati sediri demam takkan taktahu ishh ish ish ." Aliya membuat kaya tak patut .
Fariz tergelak kecil .
Farisya menjeling Aliya dan masuk ke dalam .
"Izz demam ke nek?" Tanya Farisya pada nenek .
"Haah . Dia tengah rehat dalam bilik tu . Isya tolong bagi dia makan boleh ? Daripada tadi dia tak makan ." Jawab nenek .
"Ohh boleh ." Farisya terus masuk ke dalam . Dia nampak Izz sedang lena tidur . Dia duduk di sebelah Izz , dia meletakkan belakang tangan nya di dahi Izz , uish panas .
Dia segera keluar mengambil bekas berisi air dan kain bersih . Dia memerah kain itu dan terus diletakkan di dahi Izz . Izz memegang lembut tangan Farisya , dia membuka mata nya sedikit .
"Awak nak makan ? " tanya Farisya lembut .
"Erm taknak." Jawab Izz lemah .
"Makan lah . Nanti sakit perut susah ." Pujuk Farisya dah segera mengambil bubur ayam di tepi nya dan digaul bubur itu .
Dia menyuapkan ke dalam mulut Izz . Izz hanya merelakan bubur itu masuk ke dalam mulut nya . Nanti kalau kata taknak abis Farisya membebel kang !
"Sedap?" Tanya Farisya .
Izz mengerutkan dahi nya dan menggeleng .
"Ish ape pulak tak sedap.." Farisya rasa sedikit bubur itu . " ha sedap je." Sambung Farisya .
Farisya terus menyuakan bubur itu sampai habis . Dia ingin keluar untuk letak mangkuk itu di singki . Tapi Izz memeluk erat lengan Farisya .
"Teman saya." Lemah suara Izz .
"Saya nak pegi letak ni jelah." Kata Farisya sambil menunjukkan mangkuk tadi pada Izz .
"Takpe nanti Maksu datang ambik . Awak teman saya ." Serak suara Izz berkata .
Farisya tersenyum dan mengangguk , dia rasa bersalah . Yela sebab dia Izz demam . Hmm
YOU ARE READING
Jangan lupakan saya (TAMAT)
Teen FictionCinta ? Semua orang akan jatuh cinta . Jika kau ikhlas menerima dia , kau akan bahagia . Tapi bila dah mula sayangkan seseorang , pasti akan timbul satu perasaan lain . Perasaan takut kehilangan dia . Kau terlalu sayangkan dia sampai bila dia dah pe...