Farisya pov
"Heyy takkan kau dah putus asa ?" Tanya Rayyan dalam nada terkejut .
"Mm." Farisya menundukkan wajah nya .
"No ! Kau tak boleh putus asa . " Rayyan cuba memujuk Farisya .
"Tapi , setiap kali aku pergi rumah dia , dia tak ada . Mesti dia dah bencikan aku ." Air matanya sudah bergenang .
"Tak , kalau kau sayang dia , pergi kat dia . Jangan putus asa ." Rayyan masih memujuk tapi suara nya dia lembutkan sedikit .
"Emm entah lah . Yela , lagipun memang salah aku yang buat buat tak kenal kat dia mase kat hospital haritu . " Farisya kembali menundukkan wajah nya .
"Sebernanya kenapa kau buat buat tak ingat kat dia haritu?" Rayyan menghadap Farisya .
"Sebab aku tahu dia tak suka aku . Dari cara layanan dia pun aku dah tahu . Tapi-- tapi--" Dia tak mampu nak meneruskan ayat nya .
"Tapi sebernanya dia suka kau ." Rayyan menyambung ayat yang ingin Farisya cakap tadi .
Farisya hanya mengangguk kecil .
"Okay lah . Aku pun dah nak balik dah ni . Bulan depan jumpa lagi . Ingat pesan aku , kalau sayang dia , pergi jumpa dia . Bye Asalammualaikum ." Rayyan berlalu pergi dengan satu bagasi besar .
Farisya hanya menghantar dengan sorotan mata sahaja .
End pov
Sudah dua hari Izz demam , dia hanya terperap dalam bilik , berehat . Tak larat nak keluar . Sedang dia baring sambil membelek gambar nya di Ig , pintu nya diketuk beberapa kali dan dikuak dari luar . Mama nya masuk dengan dulang yang berisi satu mangkok berisi bubur , dan cawan yang berisi air suam .
"Angah , ni makan ni . Tak makan lagi kan ." Mama nya meletakkan dulang tersebut di atas meja kecil sebelah kati Izz .
"Tak nak makan lah . Tak de selera ." Serak suara Izz . Susah untuk dia bercakap kerana tekak nya kering .
"Makan lah sikit ." Mama nya masih memujuk Izz untuk makan .
"Tak nak lah . Mama letak je la kat situ nanti Izz makan ." Izz masih tiada selera untuk makan .
"Emm okay . Mama turun dulu . Kejap lagi mama nak pergi butik kejap tau ." Izz mengangguk dan mama nya terus keluar .
Izz bangun dari perbaringan nya , dia duduk bersika di atas katil nya . Kepala nya terasa pening , rambut nya kusut kerana asyik baring sahaja . Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi . Selesai mandi , dia terus menghempaskan tubuh nya . Semakin teruk pula demam nya .
___________________________
Bunyi loceng pintu beberapa kali mengejutkan mama Izz . Dia terus menuju ke pintu , dibuka pintu itu dan dia nampak Farisya yang sedang berdiri di depan pintu itu .
"Eh Farisya . Ha masuk laahh ." Mama nya mempelawa .
Farisya tersenyum manis dan terus menapak ke dalam .
"Er Izz ade ke auntie ?" Tanya Farisya sedikit gelisah .
"Ada . Tapi dia demam . Tengah rehat kat atas ." Mama Izz .
"Ohhh." Ringkas .
"Err Farisya boleh tolong auntie ? " Tanya mama Izz .
"Tolong apa auntie?" Farisya menjungkitkan kening nya sedikit .
"Izz tu daripada semalam tak makan . Tolong pujuk dia makan boleh tak ?" Tenang suara mama Izz .
"Ohh err bolehh . " Teragak agak juga Farisya mahu menjawab .
"Terima kasih Farisya . Kat dalam bilik dia tadi Auntie dah letak bubur , nanti Farisya pujuk dia ye . " Mama Izz bangun dari sofa , mencapai beg tangan nya yang di atas meja ,
"Auntie nak keluar sekejap ." Mama Izz .
Farisya bangun dan terus menyalam mama Izz .
Setelah kereta milik Mama Izz keluar dari pagar rumah , Farisya duduk di atas sofa di ruang tamu . Kelihatan Mak Nor sedang sibuk di dapur . Dia teragak agak untuk naik ke bilik Izz , tapi kerana permintaan Mama Izz , dia tetap naik jugak . Sampai di atas , dia terus menuju ke bilik Izz . Pintu bilik nya dikuak perlahan lahan , dia nampak Izz sedang lena dibuai mimpi . Ya sungguh dia rindu wajah itu . Dia masuk ke dalam bilik , sengaja dia tak tutup pintu , tidak mahu Mak Nor fikir bukan bukan . Dia duduk di sisu itu , diusap perlahan lahan rambut lelaki itu . Dia terdengar bunyi perut Izz yang minta untuk di isi . Farisya tergelak kecil .
"Awak , bangun . Makan ." Lembut suara Farisya mengejutkan Izz .
Izz terpisat pisat membuka mata , setelah berjaya membuka mata , dia agak terkejut kerana nampak Farisya disebelah nya sedang tersenyum manis . Namun dia cuma berlagak tenang .
"Awak tak makan lagi kan ? Jom makan ." Farisya mencapai bubur ayam yang sudah suam sedikit itu .
Izz hanya mengangguk . Dia bangun dari baring dan duduk bersila . Muka nya nampak yang dia gembira tapi dia berlagak tenang .
Farisya menyuap kan bubur itu kepada Izz .
"Er erm bukan ke awak ermm--" kata Izz dipotong Farisya .
"Tengah makan tak boleh bercakap ." Cakap Farisya sambil menahan tawa .
Izz tersenyum malu sambik menggaru kepala nya.
"Auntie cakap awak tak makan daripada semalam . Kenapa tak makan ? Nanti gastrik lagi susah ." Farisya sudah mula nak membebel .
"Takde selera ." Ringkas jawab Izz .
"Tapi sekarang dah ada selera ." Sambung Izz dengan senyuman nakal .
"Mengada !" Farisya mencubit lengan Izz .
"Hehehe ."
Setelah habis bubur ayam itu , Izz memandang wajah Farisya dengan penuh kasih .
"Jangan buat macam tu lagi ." Sambil merenung mata Farisya .
"Buat apa?" Tanya Farisya .
"Jangan lupa saya lagi." Izz masih merenung ke anak mata Farisya .
"Lepas ni , saya janji saya takkan lupa awak lagi ." Farisya tersenyum manis .
Izz membalas senyuman itu .
Bab ni mungkin hambar sikit hmmmmmmmmmmmmmmmmmm . Btw teruskan vote korang .
YOU ARE READING
Jangan lupakan saya (TAMAT)
Teen FictionCinta ? Semua orang akan jatuh cinta . Jika kau ikhlas menerima dia , kau akan bahagia . Tapi bila dah mula sayangkan seseorang , pasti akan timbul satu perasaan lain . Perasaan takut kehilangan dia . Kau terlalu sayangkan dia sampai bila dia dah pe...