Bab 21

196 12 0
                                    

Farisya pov

Esok nya dia pergi ke rumah Izz , tapi hampa . Izz masih tiada di rumah . Tapi mama Izz mempelawa Farisya masuk . Farisya hanya menuruti sahaja .

"Sorry lah dik , Izz tak ada . Dia keluar ." Mama Izz memohon maaf .

"Takape lah auntie ." Farisya tersenyum manis .

"Nama sape ?" Tanya mama Izz .

"Name saya Farisya . Tapi auntie panggil Isya je ." Farisya masih tersenyum .

Mak Nor sampai bersama dulang yang ada dua cawan dan satu teko . Dia mengisi air teh O panas ke dalam cawan itu .

"Kawan sekolah die ke ?" Tanya mama Izz mematikan kesunyian .

"Eh tak lah . Dia sekolah lain , Isya sekolah lain ." Lembut suara Farisya .

"Ooo . "

Mereka berbual - bual mesra . Mama Izz suka dengan Farisya , lemah lembut , cantik , hormat orang tua , sesuai nak dibuat menantu .

"Ehh okay lah auntie , Isya balik dulu ye ." Lemah lembuat suara nya .

"Balik naik ape ?" Tanya mama Izz .

"Balik naik teksi kot ." Farisya masih tersenyum .

"Eh . Anak dara tak elok naik teksi ." Mama Izz berkerur kening .

"Jom auntie suruh pak mat hantarkan ye ." Mama Izz berjalan beriringan ke halaman rumah . Farisya hanya menuruti sahaja .

"Auntie , jangan cakap kat Izz Isya datang boleh ?" Tanya Farisya sebaik tiba di depan pintu kereta .

"Bolehh ." Ringkas jawapan mama Izz seolah melayan permainan mereka .

End pov .

________________________

Terlalu banyak yang dia pendam , sakit , perit , pedih , siksa , semua dia pendam dalam hati . Bahagia tak kekal lama . Dulu hidup dia mungkin sempurna , tapi kehilangan Liyana buat hidup dia 360 darjah berubah . Kawan baik dia sendiri khianat dia , hilang orang yang paling dia sayang , satu hati tak boleh simpan semua kesengsaraan itu .

Sambil menenangkan fikiran , dia membuka lagu Bila Kau menjauh by Wandi Langkawi .

Sedang dia leka termenung , tiba tiba hujan renyai renyai turun . Semakin lama jadi semakin lebat , dia yang menunggang motorsikal terpaksa lah meredah hujan itu .

Sampai dirumah , dia terus masuk ke dalam dengan baju nya yang basah kuyup itu .

"Baru sekarang reti nak balik ?" Papa nya yang berada di ruang tamu bertanya tegas .

Izz tidak menjawab pertanyaan papa nya , malas mahu bertekak . Papa nya yang melihat tingkah laku Izz hanya menggeleng sahaja . Bukan dia tak kenal perangai Izz tu , sejak kehilangan Liyana , dia jadi seorang yang dingin . Panas baran . Cepat melenting .

Sampai di bilik , dia terus menghempaskan tubuh di atas katil nya . Niat mahu mandi dulu , tapi kerana terlalu penat , dia terlena .

* * *

"Ui bangun . Turun makan malam ." Putri yang hanya menjengah kepala nya mengejutkan Izz .

"Bangun lahh ." Putri meninggikan sedikit suara nya .

Izz menggeliat , mata nya sepet dek kerana masih mamai .

"Turun makan . Harini mama masak ketam ." Putri membuat suara teruja nya .

"Mm ." Izz mengangguk kecil .

"Nnti turun tau ." Putri berlalu pergi .

Izz rasa tak sedap badan , badan nya terasa panas . Kepala nya pening , dia tak larat untuk bangun . Jadi dia mengambil keputusan untuk berehat di bilik sahaja .

"Aih sambung tido ke ? Bangun lah makan ." Putri kembali dengan wajah mencuka .

Dia masuk ke dalam bilik tu , dia duduk di sebelah Izz dan meletakkan belakang tangannya di dahi Izz ,

"Panas nya . Kau demam ni ." Wajah putri bertukar sedikit risau .

"Mm." Itu sahaja yang keluar dari mulut Izz .

"Tunggu jap , nnti aku suruh mama buatkan bubur ." Putri berlalu ke bawah semula .

Beberapa minit kemudian , mama nya naik ke bilik nya bersama semangkuk bubur ayam dan cooler .

"Izz bangun , ni mama buatkan bubur ni . " mama nya menyapa lembut .

Izz membuka matanya yang nampak sayu itu ,

"Ni mama buatkan bubur ayam . Meh mama suap ." Mama nya mengacau bubur ayam itu sebelum disuap ke mulut Izz .

Izz hanya menuruti sahaja , setelah beberapa suap ,

"Mm dahla . Taknak lah ." Suara Izz kedengaran tak bermaya .

"Makan lah sikit Izz . Tadi makan 4 suap je mane cukup ." Mama nya cuba memujuk Izz .

"Taknak lah . Sakit tekak ." Izz memegang lehernya .

"Emm okayy ." Mamanya akur .

Izz perlahan-lahan kembali baring . Kemudian mama nya meletakkan Cooler di dahi Izz , dia mengusap lembut kepala anak nya tu , sungguh dia rindu Izz yang bersikap manja .

"Kalau Liyana masih ada , mesti anak mama ni tak jadi macam ni ." Mama nya berbisik sendiri .

Dia turun kebawah meninggalkan Izz seorang diri untuk berehat .

Sorry bab ni tak panjang sangat . Pape pun vote n comment okkk!

Jangan lupakan saya (TAMAT)Where stories live. Discover now