Kaki aku melangkah laju keluar daripada kotak lif. Mata aku melilau mencari bilik CEO. Geram yang tertanam dalam hati aku masih tak habis lagi, ditambah lagi minyak petrol pada hati aku. Makin bertambah angin aku. Tunggu masa untuk aku meletup. Jangan risau, depan dia aku akan meletup macam bunga api yang warna warni sampai pening kepala dia.
Pintu bilik yang tertera nama dan jawatan lelaki itu segera aku hampiri, tapi akhirnya pergerakan aku terbatas apabila ada satu tangan yang menghalang aku daripada masuk.
"Cik, tuan pengarah tak nak jumpa sesiapa hari ini." Tegur seorang perempuan yang aku anggarkan dalam baya adik aku. Muda. Semestinya setiausaha dia.
"Tapi saya rasa dia mesti gembira kalau saya yang datang." Aku pandang dia dan tersenyum sinis. Watak aku tak ubah seperti orang ketiga sedangkan aku watak utama. Sebab ini hidup aku, sudah semestinya aku heroinnya. Takkanlah orang lain jadi main actress dalam drama aku.
"Tapi cik-"
"Cakap dengan dia, 'kesayangan dia' datang." Balas aku dengan nada sarkastik.
"Kalau dia halau cik, saya minta maaf."
Aku cuma abaikan amaran dia. Amaran yang sepatutnya diberi pada perempuan yang selalu datang sini, bukan aku.
Perempuan itu aku lihat ketuk pintu bilik tersebut sebelum masuk ke dalam bilik tuan pengarah. Tak sampai beberapa saat dia keluar dengan muka yang seperti tidak puas hati.
"Tuan pengarah panggil cik masuk."
Aku mengangguk sebelum berjalan masuk ke dalam bilik lelaki yang hampir buat hidup aku hancur tanpa mengetuk pintu. Kerana mulut tak ada insurannya, hampir sahaja dia memutuskan hubungan aku dengan kawan aku.
"My darling dah sampai."
Masuk sahaja aku ke dalam biliknya, telinga aku disapa dengan perkataan yang buat telinga aku rasa gatal. "Saya tak ada masa nak main-main." Balas aku kosong, dia yang sedang duduk di kerusi berhadapan meja kerjanya memandang aku dengan muka yang dibuat sedih.
"Duduk dulu."
Ajakannya aku hiraukan sebelum aku hamburkan apa yang aku dah rangka malam tadi. "Apa yang awak cuba lakukan semalam. Awak tahukan saya dengan Eunji kawan baik, lepas tu awak hampir-hampir buat saya dengan dia putus hubungan. Awak dah gila ke? Perlu ke awak beritahu semua pasal saya dekat dia. Tentang saya dan Sehun pun awak nak bocorkan? Sehun dah berkahwin, dia ada tanggungjawab dia sebagai suami. Awak nak suruh saya jadi apa? Watak ketiga dalam hidup diorang. Jadi antagonis? Saya-"
"Shut your mouth before I kiss them." Ugutan yang membuatkan aku terpaksa menggantungkan ayat aku walaupun ada banyak lagi yang aku nak luahkan. Takut? Aku takut dengan ugutan dia yang macam samseng sekolah?
Ya, memang aku takut. Dia yang sekarang memang tak boleh main-main, tak boleh nak diajak berbincang.
Dia tersenyum sinis dan menongkat dagunya memandang aku. "Aku boleh tolong kau. Rahsiakan semua rahsia kau daripada orang lain. Tapi kau tahukan, buat baik dibalas baik-"
Aku cuma menanti ayat dia yang seterusnya. Dia seolah-olah sengaja menggantung ayatnya untuk membuat aku tertanya-tanya. Tapi aku tak akan sesekali tunjukkan yang aku senang dimanipulasi walaupun aku dah tak sabar nak dengar sambungannya.
"Apa dia?" Luahku dengan tak sengaja.
Dia masih lagi dengan senyuman sinisnya cuma kali ini ada nampak senyuman kemenangan di situ.
"Gerenti kau setuju. Sebab aku boleh buat Sehun fokus pada rumah tangga dia. Aku boleh buat muka yang serupa dengan aku, si alien-"
"Dia ada nama, dan nama dia Taehyung."
Dia buat muka menyampah. "Apa-apa jelah. Aku boleh buat dia hilang interest dekat kau."
Aku menelan liurku. Terasa seperti ada kertas pasir dalam saluran pernafasan aku. Melihatkan wajah dia yang nampak macam happy, membuatkan aku terfikir, apa rancangan yang dia reka untuk aku? Dan apa motif dia buat semua ini?
"Kalau kau terima perjanjian ni, semua berjalan lancar." Satu fail yang bewarna putih yang memang ada di atas mejanya ditolak ke depan aku yang masih lagi tercegat berdiri, tak beberapa jauh daripada mejanya.
"Apa ni?" Aku menghampiri mejanya sebelum fail putih dicapai dengan perasaan yang tertanya-tanya.
"Buka dan lihat. I'll bet, it will suprise you."
Buka sahaja fail tersebut mata aku terbuntang luas membaca perjanjian yang dia siapkan.
"Tak nak, saya tak nak terima. Never! " Fail tersebut aku campak di atas meja dengan perasaan yang mendidih. Dia dah tak ada benda lain nak buat, sampai nak libatkan kehidupan aku yang akan datang?!
"Aku akan buat kau kata 'yes'. "
"Gila ke apa?"
"Ya, jujur aku cakap yang aku tergilakan kau." Ucap dia dalam keadaan separuh berbisik.
Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus kasar. Macam mana aku nak bertenang dalam keadaan macam ni?
"Kerja kau senang je. Sign kontrak ni, kau dapat apa yang kau nak."
Aku ketawa mengejek. "Saya dapat apa yang saya nak? Atau awak dapat apa yang awak nak?" Walaupun aku tak tahu apa faedah yang dia akan dapat kalau aku setuju dengan perjanjian ni, tapi aku tahu ini semua hanya kepentingan untuk dirinya saja.
"Both. Kau dapat apa yang kau nak, aku dapat apa yang aku nak."
"Apa yang awak nak dapat?"
"Rahsia sayang."
Aku mencebik kasar. "Nama saya Sarang. Bukan sayang." Aku perbetulkan panggilan aku yang dipanggil olehnya.
"Aku tak tahu pulak nama kau Sarang. Aku fikir nama kau sayang."
"Awak buatlah apa yang awak nak. Saya tak akan terima perjanjian gila awak ni." Aku berpaling ke belakang untuk keluar daripada biliknya.
"Aku bagi kau 72 jam. Masa yang aku rasa sangat mencukupi. Selepas 72 jam, aku nak kau bagi jawapan 'ya'. Kalau kau cakap 'no'. Be prepare."
YOU ARE READING
☑ Behind all the lies - Bbh
FanfictionSebenarnya disebalik semua Pembohongan dia Tersimpan banyak rahsia