"Ian, kau balik kL balik bila?" tanya Ayen. Kami bercakap di telefon. Dia sebagai rakan karib amat mengambil berat tentang diri aku. selalu jugak kami berhubung waktu cuti semester ni.
"Ahad petang la aku balik. Malas aku nak balik awal-awal." Jawab aku.
"Hati-hati gerak balik tu. Kau dah la bawak kereta sorang-sorang." Pesan Ayen. Tersentap aku dengar ayat dia. Hati aku jadi pilu buat seketika. Dahulu, ada orang yang temankan aku pulang ke Kuala Lumpur. Kini orang itu tiada lagi. Abang Laith, aku memang rindu dengan mu.
"Okay lah Ayen. Aku nak kemas-kemas apa yang patut. Banyak ni nak kena kemas. Nanti sembang lagi k." aku cuba mengelak daripada Ayen. Aku tak de hati nak berbual dengan dia kerana dia dah spoil mood aku. Untuk mengelakkan pergaduhan, aku matikan perbualan dengan cara yang baik.
"Okay bro. See you soon."
Oh! Hai korang semua! Mari sini aku perkenalkan diri aku balik.
Nama aku Ian. Sounds like western kan? Tapi nama asal aku Sufian je. Tak gah mana pun. Mesti ada yang tertanya-tanya, 'bukan Ian dah mati ke?', 'Ian hidup lagi?', 'Ke ini cerita lain?', dan macam-macam lagi kan.
FYI, AKU MASIH HIDUP. Hahaha...
Yang dulu tu aku pengsan jelah. Bukan mati pun. Pengsan sebab terkejut dengar berita kematian Laith. Jangan buat main tau, terkejut sangat pun boleh sampai pengsan. Sampai mati pun boleh tapi alhamdulillah, masih diberikan nikmat islam dan iman serta nikmat menghirup udara yang segar di bumi ciptaan Allah ini.
Apa dia? Siapa Laith tu? Tak kenal Laith ker? Serius lah... Now, dengan titah perintah beta, beta arahkan rakyat jelata semua pergi baca novel Abang Aku from A to Z. Karang kalau tak baca, tak paham pulak.
Bacalah taw. it's gonna be romantic yet psychotic.
(sebenarnya, aku boleh je cerita pasal Laith balik tapi nanti aku nangis)
oh ya! Aku kini berada di Tahun 5 pelajar perubatan taw. hahaha. Not final year yet because my degree program is a 6-year program. Maksudnya, aku dah masuk clinical part of my degree la... belajar kat hospital, clerk patient and do some procedures.
It's fun.
Meanwhile, it's been 2 years Laith left me for good. He passed away 2 years ago and today is the exact same day he passed away. Abang, Ian rindu sangat pada abang.
Apa yang abang dah buat pada Ian, bukanlah salah abang. Segala kenangan kita berdua, Ian takkan lupakan walaupun seminit. Di samping itu, aku membelai-belai cincin yang Laith berikan pada aku di leher aku. aku jadikan cincin tu sebagai rantai. Tidak guna aku sarungkan di jari melainkan gantung di rantai. Ian harap abang tenang disana.
Apa dah jadi kat Shaqeer pulak?
Dia okay je. Sama je macam dulu. Cumanya aku yang banyak menyendiri dan mengelak daripada dia. Alasan aku cuma aku nak fokuskan diri aku untuk second Professional exam. Itu je alasan aku. memang aku focus gila-gila kot sehinggakan aku berjaya meletakkan diri aku di Top 5 dalam batch.
Alhamdulillah.
Bila masuk clinical year ni, aku tak berharap pun yang aku akan sama group dengan Shaqeer. Sejujurnya aku rasa nak lari dari dia. Tapi bila aku dapat tahu yang tahun 5 ni pun aku sama group dengan dia, aku redha dan aku fikir fate has been decided. And I really excited when I think about it.
Pengalaman mematangkan diriku.
+++++++++
Adoi, banyak betul barang yang aku bawak ni. Ngomel aku sorang-sorang setelah aku letakkan barang-barang aku di dalam bilik baru. Now we change place for clinical year. Penat betul. Kelemahan orang yang ada kereta ni, they tend to bring more things compared to others.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...