"Cepat betul ek kau move on dengan Shaqeer tu? Tak sangka aku." Ijie kagum.
"What do you expect? Aku memang dah tahu dia ada girlfriend, cuma aku susah nak move on tu bila dia tak jujur je. Pastu, nak kahwin pulak tu." Ujar aku tak puas hati.
"Kau nak pergi wedding dia?" tanya Ijie serius.
"Ikut hati aku tak nak pergi. tapi, tak sampai hati. Aku ni baik. So, maybe aku just tunjuk muka dalam 5 minit and then belah dari situ." Cadang aku sambil gelak jahat.
"oooo..." Ijie tepuk tangan sambil tersenyum.
"Kalau aku stay nak makan kat kenduri dia pun buat apa, tak lalu makan punya." Tambah aku lagi.
"So, kau dengan abang Sabri apa cerita pulak?" Ijie tak sabar aku nak bercerita. Yerlah Ijie sayang. Abang cerita. Hahaha...
Flashback
Tiada siapa pun mampu mengalahkan kesedihan kepiluan hati ni. hiba sungguh apabila dirasai. Buah fikiran ku sangat terumbang-ambing. Seribu satu masalah yang bermain diminda aku. apa yang berlaku seminggu yang lepas masih segar dalam ingatan ibarat rumput yang panjang baru dicantas.
Hakikatnya itulah haruman yang menusuki hidungku. Bau rumput yang baru di cantas dan kadang-kadang aku rasa baunya hampir sama seperti bau air mani. Jus hangat pancutan insan bernama lelaki. Sorry guys. Aku cuba nak alihkan perhatian aku daripada sedih. Asyik sedih je.
Dah seminggu dah kot. Macam mimpi je bila nama tak dipanggil hari tu. Sampai sekarang aku tidak dapat menerima hakikat. Apa yang aku boleh buat? Sedih jelah. Itu adalah hak aku dan aku juga sedar, kalau asyik sedih je, takkan mampu mengubah apa-apa. Jadi, aku pergi ke taman.
Aku menghabiskan masa aku di taman dalam 2-3 jam. Duduk di situ atau berjalan santai, berjogging memang aku tak mampu. Tapi ini sudah hampir seminggu kan, aku berjalan je mengelilingi taman ni. nak hirup udara segar sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan serta melihat gelagat manusia sejagat.
Handphone? Aku offline daripada segala social media yang ada. Aku mengasingkan dirilah senang cerita. Hati ini pilu dan hiba apabila terlihat status, gambar dan etc yang di update ke social media. Oleh itu, aku pun tidak tahulah apa yang berlaku di dunia luar tu. Aku juga tidak menerima sebarang mesej atau panggilan telefon. Mungkin kalau aku buka data aku, bertubi-tubilah mesej masuk.
Kalau ada...
Sambil aku berjalan, aku ralit memandang ke arah tasik yang ada di taman ni tanpa melihat ke depan. Tanpa aku sedari, bahu aku telah di langgar oleh seorang insan dan aku terus rebah ke lantai bumi dengan kuat. Siku aku telah bercium dengan jalan tar yang berwarna hitam ni. sakit jugaklah bila aku dilanggar sampai jatuh terduduk.
Nampak tak betapa lemahnya aku. baru kena langgar sikit dah jatuh. Nasib tak terbang ditiup angin. Aku pun terasa kesakitan pada siku aku. pedih mungkin. Bila aku lihat, rupanya siku aku sudah ada luka geseran. Alahai... tapi tidaklah rasa sepedih bila fail. Jadi aku tenang.
"Adik, sorry. Abang tak perasan. Meh abang tolong." Lelaki tersebut menghulurkan tangan. Aku sambut tangannya kerana aku tidak larat nak bangun sendiri. Bila aku dah bangun, dia bersihkan debu, pasir dan kotoran pada seluar aku. sementera itu, aku sedang ralit tengok kesan geseran pada siku aku.
"Eh... Sufian." Tegur lelaki itu sambil mengelap peluh jantannya yang menitis dari dahinya.
"Laaa... Mr Sabri. Sorry Mr sebab terlanggar tadi." Ujar aku lembut. Pada yang lupa, mari aku ingatkan kembali. Mr Sabri ni pakar ortopedik dan pensyarah di fakulti aku. dia pernah merawat aku dahulu dan dia juga pernah maki hamun dengan aku dulu. Mula-mula aku rasa dia macho, kemudian buas dan macam tulah...
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...