Pagi yang ceria.
Tengah hari yang panas.
Malam yang mendebarkan.
Hirzi Yusof tu akan ambil aku. Lagipun aku tengah tunggu dia di pondok security. Honestly, Shaqeer tak tahu yang aku keluar ni. Aku tak cakap dengan dia pun mengenai hal ini. Tadi pun keluar senyap-senyap walaupun dia takde dalam bilik. Waktu-waktu macam ni, dia selalu pergi surau or masjid. Memang waktu maghrib or isyak, itulah tempat yang mesti dia kunjungi.
Sementara menunggu junior tu, aku pun main game yang ada dalam handphone aku. tiba-tiba ada satu mesej masuk.
Tu nak ke mana tu?
Shaqeer mesej aku. terkejut beruk aku. terus jadi gelabah. Aku tengok kiri dan aku tengok kanan, tak de orang pulak kat situ. Tiba-tiba, bahu kanan aku di pegang oleh seseorang. Terus aku menoleh ke belakang tetapi pipiku dicucuk dengan jari telunjuk Shaqeer,
Ketawa terbahak-bahak Shaqeer kat situ. Segan aku. aku tak berapa suka orang bergurau macam tu. nasib baik hanya kami berdua di situ, kalau ramai-ramai konfem aku akan malu.
"Aku nak keluar kejap. Awal kau balik dari surau?" soal aku yang cuba untuk mengubah topic perbualan.
"Saja nak balik awal. Kau nak ke mana ni? Pakai lawa-lawa dan wangi pulak." Shaqeer mendekatkan mukanya dekat badan aku untuk bau haruman badan aku. Aku hanya berdiam diri dan tak nak bagitahu Shaqeer niat sebenar aku.
"Hati-hatilah kalau nak keluar dan jangan balik lewat-lewat. Nanti aku bosan." Shaqeer mengusap kepala aku dengan lembut. Aku mengangguk dan lalu Shaqeer beredar dari situ.
Shaqeer, you are so sweet. Shaqeer yang dulu bukan Shaqeer yang sekarang.
Tak lama kemudian, ada satu kereta mewah yang berwarna hitam iaitu Honda Civic mendekati aku. Kereta itu berhenti di depan aku dan tingkapnya diturunkan. Aku lihat seorang lelaki yang kemas dan berpakaian segak. Wah... hensemnya...
Setelah itu, lelaki tersebut keluar dari kereta itu dan menghampiri aku. sewaktu dia datang padaku, aku dapat rasakan seperti putera kacak datang. Pakaiannya segak sekali. Rambutnya pun disikat dengan rapi. Kulitnya putih mulus dan memakai cermin mata hitam. Dia hulurkan tangan kepada aku untuk salam.
"Ian. Dah lama tunggu?" Tanya Ijie.
"Kejap je tunggu." Aku melihatnya jauh lebih tinggi daripada aku. jadi aku harus mendongak sedikit untuk bertentangan mata dengannya.
"Jom kite pergi." Ajak Ijie sambil dia bukakan pintu kereta dia untuk aku. wow! Apa yang sedang berlaku ni. Romantic gila dia dengan aku.
Perjalanan untuk ke mangga susu itu sangat sekejap sebab dekat je. Dalam 10 minit pun dah sampai. Kalau nak ikutkan 5 minit je tapi sebab ada traffic light, jadilah dalam 10 minit. Tak sempat nak berbual pun. Seusai sampai, cari tempat duduk dan dia orderkan untuk aku.
Tapi mangga susu tak ada!
Ijie bagitahu aku dengan nada yang kecewa. Aku pun tak paham kenapa dia nak kecewa. Mungkin dia rasa serba salah kot. Jadi sebagai pengganti, aku order banana shake dan dia order mocha smoothie.
"Weyh sorry. Sorry sangat." Hampa Ijie dan mengeluh.
"Aku okay lah. Rilex la..." Pujuk aku.
"Takpe. Next time boleh ajak kau keluar lagi. Ada chance kita nak date lagi." Ujar Ijie dengan memberikan senyuman yang paling menawan sekali. Ijie ni mengarut kot. Ada pulak dia nak ajak aku lagi. Mana tahu nanti tiba-tiba takde lagi. Aku yang kecewa pulak. Aku dah kecewa sikit sebenarnya.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...