MSP 16

2.5K 125 53
                                    


Celik mata aku terus nampak Shaqeer. aku tersenyum mesra tapi tidak mampu nak senyum girang. Aku tidak ada tenaga, untuk bersuara pun tidak ada tenaga. Tapi tangan kananku memang ada terasa sentuhan tangan Shaqeer kuat dan berpeluh. Lahir perasaan pilu dari hati ini melihat orang yang aku sayang tidur dalam keadaan duduk di tepi aku. harap badan kau tak sakit kerana aku.

Melihat jam di screen handphone, sudah tiba waktunya aku kejutkan Shaqeer. Dia harus ke hospital nanti dan aku cuti sakit. Aku tak mampu nak pergi hari ini. Mungkin Shaqeer pun tak benarkan aku pergi hari ni. Aku mulai gerakkan tangan Shaqeer perlahan-lahan.

"Aqer... Aqer..." perlahan-lahan aku kejutkan Shaqeer lembut. Tapi dia betulkan position tidur je. Sabar jela. Memang dia ni susah sikit nak kejutkan.

"Aqer... Bangun... Bangun..." gerak aku perlahan-lahan. Terjaga Shaqeer dari tidurnya dalam keadaan mamai. Tangannya cepat sahaja letak atas dahiku untuk merasakan suhu badan aku.

"Dah kurang dah." Ujarnya lega.

"Memanglah dah kurang. Tapi nanti panas balik. Antibiotic kena makan dan baru demam akan baik." Balasku perlahan. Tak larat nak cakap sangat kerana tekak sakit. Shaqeer bingkas bangun dan capai tualanya. Aku pula membetulkan posisi baring aku ni untuk sambung tidur. Mungkin rehat yang secukupnya yang aku perlukan buat masa ni.

Untuk seketika, tidurku nyenyak. Aku sudah penat bertarung dengan bacteria pada waktu malam dan waktu pagi ini menjadi satu waktu yang sesuai untuk mendapatkan tidur yang dalam. Akan tetapi, belom sempat aku bermimpi, badan aku rasa bergegar.

"Bangun sayang. Makan sarapan dulu ni." Itu suara Shaqeer tapi aku rasa macam malas nak buka mata.

"Ian, bangun... kena makan ubat-ubat ni." Pujuk Shaqeer. its time to eat the medicine.

Aku buka mata terus melihat Shaqeer. Dia sudah pun kelihatan segar dan bersih. Makin kacak pula aku tengok dia ni. Selalu biasa je. Tapi kenapa dia berpakaian t-shirt je? Tak pergi hospital ker? Mungkin otak aku dah sewel sikit kot sebab bakteria ni. Aku perlahan bangun dan duduk di atas katil. Ada sebungkus makanan atas meja aku ni dan aku harus makan.

"Ada nasi lemak dengan telur mata ni." Beritahu Shaqeer. alamak sedap pulak bunyinya. Lalu, Shaqeer bukakan nasi lemak tersebut atas pinggan untuk aku makan. Sudu di hulurkan pada aku untuk aku makan.

"Nak air boleh?" pintaku. Cepat-cepat dia ambilkan air untuk aku. aku perlu makan antibiotic sebelum makan. Telan sebiji je tapi rasa pedih perut aku ni. Terus rasa tak lalu nak makan.

"Makanlah nasi ni Ian. Lepas ni makan ubat demam pulak." Arahnya tapi aku memberikan riak wajah tak mahu padanya.

"Makan sikit je ek." pujuknya. Aku tetap gelengkan kepala aku setelah aku terbau sambal nasi lemak tu. rasa loya sudah datang.

"Cepat makan, cepat telan ubat, cepat baik. Kalau tak nak makan ubat, aku tak cium kau lagi." Ugutnya keras. Aku tewas.

"Alaaa... Aqer... tak laratlah nak makan. Rasa lemah je badan." Balasku dengan suara manja ngada-ngada.

"Nak jugak aku suap. Dah besar panjang pun nak kena suap ke?" Perli Shaqeer sambil memberikan aku suapan pertama menggunakan tangan. Aku hairan. Sudu ada tapi dia masih pakai tangan. Baru aku teringat, Shaqeer prefer menggunakan tangan daripada sudu. Aku terpaksa menahan bau yang meloyakan.

Dia suap aku lagi.

Sekali lagi.

Sekali lagi.

"Cukuplah Aqer. Takde selera lah nak makan lagi." Aku menolak suapannya lagi.

"Haish! Kalau aku yang suap, mesti habiskan makanan ni." Ugut Shaqeer.

My Sweaty PalmsWhere stories live. Discover now