MSP 26

1.9K 93 119
                                    


Siti Nurhaliza - Kesilapanku Keegoanmu

LAGU FEVERET AKU. HAHAHA! Play and enjoy!


Aku sudah kemas segala barang-barang aku, baju-baju aku dan buku-buku aku. ke mana aku berkemas ni? aku berhajat untuk keluar dari kolej kediaman ni. aku tak mahu lagi duduk di dalam ni bersama Shaqeer. Hatiku sudah perit dan tak mampu lagi menangani masalah ini. Rela aku berundur diri daripada sini.

Aku pun bukan jenis yang berebut. Kalau Shaqeer sendiri nak aku, aku okay tapi aku rasa tidak lagi. Jadi aku ingin angkat kaki dari sini. Aku rasa lega sebab dapat kemas semua barang ni tanpa gangguan. Shaqeer takde dalam bilik ni. aku pun tak tahu ke mana dia. What do you expect? Dating la kot.

Apabila aku ingin mengangkat beg, tiba-tiba Shaqeer masuk ke dalam bilik. Mata kami bertemu tapi mulut kami tertutup rapat. Sepatah pun tidak diungkapkan. Tapi sebabkan aku banyak barang, aku angkutlah satu-satu. sehinggalah tinggal barang yang terakhir. Aku menoleh ke arahnya yang sedang kaku di atas katil.

"Kau tak nak halang aku?"

"Aku tak tahu kenapa kau bertindak sedemikian. Kau makin berjauhan dengan aku. aku rasa kau marah dengan aku tapi aku tak tahu puncanya apa." Ujar Shaqeer bingung.

"Takpe... Aku kenal kau sangat-sangat. Aku rasa tak perlu aku kata apa-apa." Gumam aku. aku tahu dia ni mesti clueless. Jadi, buang masa je.

"Jadi, antara kau dan aku..."

"Dah takde apa-apa." Potong aku redha. Shaqeer terkejut apabila mendengar. Dia tak percaya dengan apa yang aku kata. Lantas dia bangun dan terus memeluk aku erat. Aku cuba untuk melepaskan diri tetapi aku tewas dengan kekuatannya.

"Kenapa..." bisiknya. Aku tidak mampu berkata apa-apa.

"Aku masih sayangkan kau." Pujuknya.

"Masih? Jadi, sayang itu akan berkurangan nampaknya." sinis aku geram. Shaqeer pun terkedu tak terkata buat seketika. Aku juga perasan yang pelukannya mulai lemah. Lalu, aku melepaskan diri dari pelukannya. Namun, tanganku di tahan olehnya.

"Aku rasa baik kau lepaskan tangan aku. kita pun lebih baik jangan bertekak sekarang. Final exam sudah dekat. Emosi kita mudah terusik kalau nak dekat exam ni." tegas aku.

Tanganku di lepas dan aku beredar dari situ. Sejujurnya, aku jadi lebih sedih sebab sikapnya yang tidak tahu apa yang aku berlaku. Aku jadi bertambah sedih apabila dia nampak clueless dengan apa yang berlaku. Yes... kalau dah orang tu bernama LELAKI, pasti dia akan sentiasa clueless.

Aku sedar, tak semua lelaki sedemikian tapi aku cuma hairan, lelaki yang clueless ni ramai betul yang suka. Lepas tu, ingatkan awal-awal je clueless. Tapi nampaknya sampai mati pun clueless.

Aku hidupkan enjin kereta dan bertolak ke rumah kakak aku di Puchong. Aku mengambil keputusan untuk tinggal di situ for study week. Takperlahkan. Janji aku seorang diri mungkin aku boleh jadi lebih focus.

Apa bila ada kelas, aku akan bergegas ke fakulti. Aku menuju ke dewan kuliah dengan beberapa helai baju Shaqeer di tanganku. Tidak perasan pulak baju dia ada terselit dalam beg aku. itulah, sering bertukar pakaian sehinggakan pakaian sendiri pun dah terlupa. Sampai sahaja di dewan kuliah, aku terkejut apabila aku ternampak dia sudah tiba.

Hairan betul bila dia sampai lagi awal dari aku.

Perlahan-lahan aku menuju ke tempat dia. Tapi dia sedar jugak akan kehadiran aku. oleh itu, cepat-cepat aku beri pakaian itu padanya dan beredar dari situ. Tak guna aku bertenggek kat situ nanti jadi panjang pulak cerita. Aku pun terus duduk di tempat favourite aku which is kat belakang. Terus aku lihat handphone aku bila aku sedar ia berbunyi.

My Sweaty PalmsWhere stories live. Discover now