Posting aku di Temerloh hampir tamat. Setelah sebulan aku menanti saat ini iaitu saat untuk pulang ke Bandar kota raya. Kuala Lumpur. Satu pengalaman yang aku rasa tidak ternilai apabila merantau di tempat orang. Akan tetapi, aku juga harus pergi merantau lagi. Pada minggu hadapan, aku harus pergi ke Hospital Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan itu.
Aku merupakan batch pertama yang dihantar ke situ. Penginapan di sana harus aku cari sendiri dan Alhamdulillah, aku sudah berjaya mencari tempat tinggal untuk menetap di Port Dickson selama dua minggu. Walaupun, ramai yang memberontak apabila kami harus posting di hospital daerah tersebut tetapi pada aku, ia merupakan satu pengalaman yang awesome kot.
Belajar macam nomad is the best.
Selain daripada itu, aku tidak sabar untuk berjumpa dengan buah hati intan payung berlian aku kat KL tu. Shaqeer lah. Aku dah sebulan tak jumpa dia. Memang terasa lama gila tidak bertemu dengan kekasih hati. Rindu weh! Tetapi, aku hanya boleh jumpa dia sekejap sahaja sebab aku harus pergi ke rumah kakak aku. Dia ingin buat kenduri tahlil untuk arwah kedua ibu bapa ku. Jadi, aku harus pulang dan tolong apa yang patut.
Seusai pensyarah beredar dari kelas kami, aku mengorak langkah aku ke kereta dan terus memandu. Sebarang halangan dan dugaan aku tempuh sebab kalau boleh nak sampai awal kat KL tu. Boleh jumpa Shaqeer awal. Minyak kereta sudah aku isi, touch n go sudah aku topup, jadi tinggal jalan je. Kawan-kawan yang lain pun tidak aku hairan sebab faham-faham jela.
Setelah hampir dua jam aku memandu di atas lebuh raya karak-gombak yang separa sesak itu, aku tiba memasuki MRR2. Banyak pula kereta waktu-waktu macam ni. ini baru jam 3.30 petang. Belom lagi waktu habis kerja, konfem sesak. Sambil-sambil aku pandu, aku menelefon Shaqeer tapi tidak diangkat dan segala texts aku pun tidak di bacanya.
Mungkin kelas kot. Konklusi yang aku buat sendiri.
Dengan segala barang yang aku harus angkat dan berat ke bilik aku, aku gagahkan jugaklah diri aku. tetapi, rumah aku ni kosong tidak berpenghuni. Aku rasa semua tengah kelas kot. Usnu zhon betul aku. bersangka baik jela. Sebab we already quite close to each other.
Bila kau dah penat travel jauh-jauh dan angkat barang berat banyak, the next best thing is you bed. Nampak je katil, aku terus merebahkan diri aku dan memeluk bantal peluk yang empuk itu. Angin bertiup hasil putaran kipas membuatkan suasana nyaman dan memudahkan aku juga untuk terlelap.
Honestly, aku terlelap.
Aku rasa badanku hangat. Mungkinkah aku demam? Atau aku sedang berpeluh. Kehangatan ini membuatkan badan aku mulai berlengas. Aku cuba untuk bertenang dan berharap dengan angin putaran kipas dapat menyejukkan badan aku ini. Tetapi, lama aku menanti, ia tidak pergi. saat itu baru aku menyedari bahawa punca kehangatan itu bukan daripada diri aku.
Daripada insan yang sedang erat mendakap aku di saat aku sedang tidur nyenyak. Ketidakselesaan tersebut telah mengubah suasana itu menjadi tenang. Aku juga dapat merasai yang badannya juga berpeluh kerana dia tidak mempunyai sehelai benang pun di badannya. Aku merindui haruman badannya yang sangat distinctive dan addictive di deria bau aku ni.
"Sayang, I miss you." Gumam Shaqeer. Aku yang separa sedar dan mengantuk masih mampu tersenyum mendengar ayat itu. Aku merapatkan diri aku dengan lebih dekat padanya. Dengan mata masih terpejam, aku dapat merasai yang favourite kiss spot Shaqeer dipenuhinya iaitu dahi aku. a kiss at the forehead is calming.
"Bie, lapar... tak makan apa-apa dari tadi." Adu aku manja sambil memandang tepat pada wajahnya.
"Kita keluar makan ek nanti. Dah maghrib ni. Bie bangun dulu." Ajak Shaqeer dan dia perlahan-lahan bangun untuk mandi di bilik air. Sementara aku pula masih liat untuk bangun tapi harus bangun juga untuk mandi. Busuk kot aku. tetapi hati aku ni sangatlah girang tak terkata.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...