Kangen Band - Yakin Cintamu Ku Dapat
To be honest, dah beberapa hari dah aku dan Shaqeer tak bertegur sapa walau sebilik. Bila dia nak cakap dengan aku? semenjak hari itu, satu suara Shaqeer pun aku tak dengar.
Hari ni hari khamis malam jumaat. Aku bercadang nak bertolak pulang ke kampung selepas maghrib. Barang-barang pun aku sudah kemas dari hari semalam. Aku dah nak balik ni. Tapi kenapa dia tidak berkata apa-apa dengan aku.
Sampai ke sudah kami tidak bertegur sapa. Kau ni Shaqeer, aku menyampah kat kau.
Selesai solat maghrib, Shaqeer masuk ke dalam bilik. Aku pergi padanya.
"Shaqeer, aku balik dulu." Kata aku dengan nada monotonous.
"Erm..."
Aku nak melangkah keluar dari bilik tu tapi langkahku terhenti. Aku berpaling padanya.
"So, kita ni sampai bila-bila macam ni ke?" tanya aku untuk mendapatkan kepastian.
Shaqeer memandang tepat pada mataku dan begitu juga aku.
++++++++++++
5 Hours Ago
Tak sabar rasanya nak posting paediatrics. Main dengan budak-budak. Tak tahulah perasaan macam mana. Macam-macam ada. Takut macam mana nak buat physical examination. Senang nak clerk patient through their parents. Eh entahlah.
Sebabkan aku terlalu tak sabar, aku pun mengorak langkah dan ringankan lutut aku ni ke perpustakaan fakulti untuk meminjam buku yang menarik untuk di baca sewaktu paeds nanti. Nak pinjam buku paeds sepanjang posting paeds ni. Kejam tak aku? orang lain pun nak baca gak but who cares. First come first serve.
Apabila aku ketemu dengan rak yang menyimpan buku paeds, aku segera ke situ dan berdiri di hadapan section tu dengan lama. Lihat buku itu satu persatu. Usually, common textbook is illustrated paeds or sunflower. Tapi orang cakap itu tidak cukup. Jadi, pilihan hati ini ingin melihat buku yang tebal iaitu Nelson Paeds.
Dengan beratnya aku menarik buku ini dari tempatnya, terkejut aku apabila aku ternampak Ijie melalui ruang buku Nelson itu. Terlopong aku seketika melihat dia sedang ralit membelek satu buku tersebut dengan tekun tanpa sedar akan keberadaan aku dihadapannya.
Gaya dia sangat menawan.
Handsome.
Eh? Why handsome suddenly? Dia terperasan aku berada di situ.
"Ian, hai! Buat apa kau kat sini?" tanya Ijie dengan nada yang girang setelah datang kepadaku. Dia terlupa ni library gamaknya.
"Sshhh! Ni library la. jangan bising." Tegur aku.
"Oh sorry2! Lama tak nampak kau. Rindu gila kot. Mesej aku pun tak." Rungut Ijie.
"Aku baru habis exam ortho kot. What do you expect?"
"Ooohhh..." Senyuman Ijie, aku rasa aku tergugat. Kenapa dia makin charming ni? Last time macam selekeh but this time, looks smashing...
"Alang-alang kau dah habis exam ni kan, jom pergi Starbuck? Aku belanja kau." Ajak Ijie.
Alamak... kena ikut dia pergi starbuck pulak. Malaslah. Aku dah tak larat kemas barang dan malam ni nak balik. Tapi dia nak belanja kot. Takkan nak tolak.
"Erm... Aku tak nak lah. Malam ni aku nak balik." Tolak aku secara berhemah.
"Jomlah." Pinta Ijie sambil memegang tanganku. Nak bersemut-semut pulak kat dalam library ni.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...