MSP 19

3.5K 118 43
                                    


Berjalan dan berehat sudah. Kali ini kami menuju ke Pasar Malam Brinchang. Tak nak lepaskan peluang yang ada. Sangat seronok bila memikirkan nak pergi ke pasar malam ni. Kami berjalan di sini pada waktu petang. Cuaca di waktu petang kurang sejuk berbanding waktu pagi. Waktu pagi memang macam lahanat sejuknya. Siap berdrama pegang-pegang tangan. Apakan daya petang ni drama lain pulak.

Aku dapat rasakan pattern di pasar malam ni sama sahaja dengan pasar malam tempat lain cuma penuh dengan jualan strawberry. Banyak pilihan strawberry untuk aku pilih. Ada juga yang menjualkannya dengan coklat sos. Aku prefer plain without it sebab entahlah. Pada aku, strawberry ni dah sedap on its own.

"Ian... Sudahlah tu... Berapa banyak strawberry yang kau nak borong?" Rungut Shaqeer.

"Satu lori kalau boleh." Jawab aku selamba dan Shaqeer terkesima dengan aku.

"Hantu strawberry betul." Peril Shaqeer.

"Biarlah. Aku bahagia macam ni. Sekurang-kurangnya aku tak perlu berkongsi dengan kau." Balas aku memberontak.

"Okay-okay. Makan lah puas-puas ye sayang. Abang nak pergi beli makan malam kat kedai tu." Shaqeer mengalah.

Aku tahu dia akan mengalah dalam hal ni. Sebab dia tak makan buah. Segala jenis buah dia takkan sentuh. Hebat kan. Tapi itulah realitinya. Mudahlah bagi aku sebab aku boleh makan sorang-sorang dengan rasa senang hati. Setelah membeli makanan, Shaqeer mengajak pulang untuk berehat. Orang pun makin ramai dan memang tunggu masa je nak berambus dari tempat ni.

Tiba di guesthouse yang kami pilih itu, Shaqeer bersiap-siap untuk solat berjemaah dengan aku. Sudah tentu Shaqeer jadi imam. Aku gemar apabila berimamkan dia dan aku juga makmum setia. Hehehe... seusai solat, aku menyiapkan makanan tadi. Aku bancuh juga air kegemaran Shaqeer iaitu (rahsia). Hahaha... Banyak juga makanan yang Shaqeer beli ni. Nasi ayam, ayam goreng dan ayam itu ini. Berapa banyak jenis ayam ni.

"Lepas makan nak keluar ke?" tanya Shaqeer tiba-tiba. Aku tidak menjawab waktu itu kerana makanan dimulutku penuh.

"Tak nak lah. Kita lepak kat rumah je dahlah. Tengok movie ke. Mana tahu ada cerita best kat tv tu." Jawab aku. Honestly, aku memang penat.

"Penat ek ni. Kita rehat jela ek." Shaqeer mencubit manja pipi aku ni. Aku mengangguk.

"One day, if kita terpaksa berpisah, kau tetap akan menyayangi aku ke?" soal Shaqeer tiba-tiba lagi. Kenapa perlu berpisah? Budak ni kan. Nak berdrama tolonglah turun dari Cameron ni.

"Kau dah tak nak dengan aku ke?" soal aku balik. Waktu itu, aku berhenti makan dan tengok je wajahnya.

"Bukan macam tu sayang. Abang cuma nak tahu. Perpisahan tu tak semestinya kita putus. Mungkin perpisahan antara dua alam ke?" Shaqeer cepat mencapai tangan aku.

"Abang apa cakap pasal mati pulak ni? Sayang tak suka lah." Aku merungut.

"Abang bagi contoh. Abang memang nak tahu apa sayang akan buat." Shaqeer cuba memujuk aku walau waktu itu muka aku dah berkerut-kerut dah. Rasa nak merajuk je time ni. Tapi aku harus berikan dia jawapan.

"Pada sayang, bergantung pada jenis perpisahan tu dan benda tu mesti ada sebab dan penjelasan. Selagi kita mampu duduk bincang, walaupun pahit nak mati, dah memadai kot. And I still love you." Jawab aku. Jawapan ahli politik. Tapi aku tak tahu aku mampu ke tak menghadapinya nanti.

"Wow! Tak sangka ek kau matang." Shaqeer kagum.

"Tapi kalau kau tiba-tiba tinggalkan aku tanpa sebarang alasan dan penjelasan, aku takkan maafkan kau. Aku akan benci kau forever." Sambung aku.

My Sweaty PalmsWhere stories live. Discover now