Hi guys! Siapa layan UNIC - Jalinan? haha... lagu ni mengimbau kenangan lama.
1st, sy ingin mohon maaf sebab lambat update atas alasan clinical exam selasa haritu. harap semua memahami situasi sy.
2nd, enjoy baca part ni. silalah beri comment2 yg membina ataupun luahan hati.
3rd, VOTE tu jangan lupa ditekan.
Last, thanks!!!!
Shaqeer POV
Aku pergi ke kedai runcit yang berada di hospital. Memang di hospital akan ada beberapa kedai runcit. Aku ingin membeli air mineral untuk Ian. Katanya dahaga dan menyuruh aku turun beli sementara Ian berada dalam wad psychiatric bersama rakan yang lain. Ian menyuruh aku pergi beli dahulu walaupun aku enggan berjauhan dengannya walau seketika.
Dia bukan nak pergi mana pun, cuma nak buang air besar dan akan menunggu aku di lobi hospital. Aku pun pergi melihat pilihan air yang ada. Bukan untuk Ian, tapi untuk diriku. Ian bukan jenis yang suka minum minuman yang manis. Tapi aku suka yang manis-manis. Macam Ian. Hahaha...
Aku membeli air 100 plus untuk diriku dan sebotol air mineral yang besar untuk Ian. Aku membayar di kaunter dan terus keluar dari kedai runcit tersebut. Aku mengambil handphone aku, mana tahu Ian ada mesej aku tetapi takde. Aku ternampak Ian berada di hujung lobi menunggu aku dan aku melangkah ke arahnya.
Belom sempat aku mendapatkannya, aku terlihat ada seorang wanita yang sedang berbual dengannya. Perbualan mereka nampak tegang kerana wanita tersebut menengking Ian dan menggunakan kata-kata yang kesat. Sementara aku, sempat bersembunyi di sebalik tiang untuk mencuri dengar perbualan mereka.
"Kau couple dengan Shaqeer ye?" soal Lina dengan keras. Ian terkejut dengan persoalannya. Aku pun terkejut tetapi Ian berdiam diri.
"Kau ingat aku tak tahu? Aku tengok korang rapat mesra berdua-duaan!" kata Lina tidak puas hati.
"Bukan ke kau yang couple dengan Shaqeer?" soal Ian kembali secara tiba-tiba. Yang ini aku lagi terkejut.
"Aku memang couple dengan Shaqeer." Kata Lina dengan bangga. Aku terkedu. Sejak bila?
"Tapi, lately... dia berjauhan dengan aku." Sambungnya perlahan.
"Oooh... Kalau macam tu, korang berdua berbincanglah. Aku tak nak masuk campur." Cadang Ian.
"Tapi kau couple dengan Shaqeer kan?" soal Lina yang masih tidak puas hati. Ian terus memberi riak wajah yang serba salah. Menunduk kebawah sahaja. Aku jadi geram dengan soalannya itu. Aku tak tahan melihat Ian diperlakukan seperti itu.
"Ya. Ian couple dengan aku." Jawab aku dengan berani. Sementara Ian dan Lina, masing-masing terkejut dengan kehadiran aku. Tetapi bukan sahaja dengan kehadiran aku, malah dengan jawapan aku sekali. Seolah-olah, mereka berdua tidak percaya dengan jawapan aku. Setiap patah perkataan itu keluar dari mulut aku.
"Shaqeer dear... I thought you still love me, sayang?" Tanya Lina dengan mata nya mula berair. Percayalah, aku takkan terpedaya dengan tangisan wanita ini.
"I told you before. We are done." Jawabku tegas. Mengalir air mata Lina mendengar jawapan aku. Cepat-cepat dia beredar dari situ tetapi di halang oleh Ian. Ian menghulurkan tisu pada Lina.
"Lina, I'm sorry... believe me, its not your fault and I'm sure you will find someone." Pesan Ian dengan tenang. Lina pun mampu bertenang sedikit daripada menangis teresak-esak. Kemudian, Lina pergi dari situ meninggalkan kami berdua.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...