MSP 29

2.2K 112 52
                                    


Kaki aku terketar-ketar dalam kereta. Bukan kerana aku berdebar tapi aku musykil dengan keputusan yang aku buat ini. Jari-jemari aku makin sejuk dan terkumat-kumit dan duduk dalam kereta ni makin lama makin sejuk. adoi... cuma pergi wedding je. Tapi bukan wedding yang aku nak sangat pergi. tapi wedding yang aku terpaksa pergi.

Wedding Shaqeer dan you-know-who.

Semalam mereka bernikah di Masjid Putrajaya ni. aku ingin hadir semalam supaya majlis resepsi aku tak perlu hadir tapi aku tertidur semalam. Penat sangat kelas dari pagi sampai petang dan aku pun tertidur. Tapi bila terjaga tidur aku menyesal. Kenapa lah aku tak tidur 2-3 hari tanpa bangun-bangun? Dah terjaga sebab abang Sabri kejut.

Dia telefon aku je tanya khabar macam biasa. Lepas tu, aku bisinglah. Mood tak betul kan, percuma dapat bebelan daripada aku. jadi, dia rasa serba salah dan sekarang dia bersama aku dalam kereta mewahnya. Aku paksa dia teman aku. aku ingat dia akan menolak permintaan aku, sebaliknya dia ikuti permintaan aku ni. hairan gila weh.

Abang Sabri memegang tangan aku yang dalam keadaan tremor ni dan aku memandang wajahnya. Ingat tak aku pernah describe wajah abang Sabri ni macam muka mamak-mamak sikit? Dan dia pun ada jambang tapi dia trim bagi kemas rapi. Tu yang menambahkan macho nya lagi.

Tergoda tak korang dengan lelaki macam ni? hahaha... tapi pada aku, dia nampak kemas dari segi penampilan. Mungkin sebab dia berkerja di bahagian professional kan. Kalau aku boleh tunjuk gambar, dah lama aku tunjuk. Malangnya, nanti orang lain pulak yang ambil.

Jangan salah faham ye. Aku dan abang Sabri takde pape. Aku cuma berterima kasih kerana dia ambil berat tentang diri aku yang biasa je ni. nak bandingkan diri aku dengan dia sangatlah jauh. Nantilah aku cerita pasal dia. Wedding Shaqeer ni tak pergi lagi ni.

"Nak abang teman Ian masuk sekali ke?" tanya abang Sabri perlahan. Tapi aku macam terkesima buat seketika dengan matanya yang nampak sangat dia ambil berat tentang diri aku.

"Abang tak rasa segan ke dengan budak batch saya nanti? Karang dorang terkejut tengok abang datang." Jawab aku khuatir.

"Tapi kalau dah abang tengok Ian macam ni, abang risau la. Baik abang temankan Ian." Keras abang Sabri. Aku berfikir sejenak. Tengok jam dah pukul 1.00 petang. Memang waktu ni dah kemuncaklah. Pengantin pun dah sampai dan agaknya tengah makan.

Aku dah buat keputusan. Aku nak pergi sendiri. Pada aku baik pergi tanpa abang Sabri. Nanti terlalu banyak orang bawang nanti. Aku hendak keluar dari kereta abang Sabri tetapi dia tahan lalu menghulurkan beg kertas yang aku bawak tadi. Kalau ada lighter, aku bakar jer terus beg kertas ni. macam tak ikhlas pulak nak bagi hadiah kahwin.

Aku berjanji dengan abang Sabri yang aku tak lama. Mungkin dalam 20-30 minit. Jadi aku pun akan pastikan aku berada di majlis resepsi ni tak lebih dari masa ni. aku bersalaman dengan tuan rumah dan masuk ke dewan. Pintu gerbang aku lalu dan ternampak pelamin indah di atas pentas. Meja pengantin tengah dipenuhi oleh keluarga Shaqeer dan isterinya.

Tapi saat ini aku perasan yang pengantin dah nak mula potong kek kahwin. Aku jenguk seluruh dewan dan aku perasan ada juga budak batch aku yang datang. Haish... malasnya nak berjumpa dengan dorang semua. Aku tarik nafas dalam-dalam dan menuju ke depan pengantin yang sedang potong kek. Sambil itu, camera tengah on, konon-konon nak tangkap gambar supaya dia tak perasan. Haha...

Tapi rancangan aku gagal apabila Shaqeer ternampak kehadiran aku. riak wajahnya daripada gembira terus menjadi sangat girang. Senyumannya penuh makna dan jurugambar sempat tangkap gambar dia dalam keaadan sedemikian. Kalau tak muka kau macam zombie je.

Selepas itu, aku terus pergi ke hidangan buffet. Nak tengok apa ada kan. Tapi tiba-tiba perut jadi lapar, lalu aku pun terus ambil pinggan dan cedok dua tiga jenis lauk. Tapi aku ambil sedikit je. Tak banyak. Lagi sikit dari makanan diet aku dan aku mencari tempat duduk yang berjauhan dengan orang yang aku kenal.

My Sweaty PalmsWhere stories live. Discover now