SONG: Yeosub & Eunji - Love DayWARNING!!!!
Ada watak baru iaitu Hirzi Yusof or Ijie. Kenapa tiba-tiba dia muncul dalam Ian & Shaqeer's sweet life ni? Jom baca!
Ian POV
'Aku sunyi tanpa kau.'
Kata-kata itu seperti suatu perkara yang mustahil. Kata-kata itu juga masih terngiang-ngiang di minda fikiran aku. Aku tidak percaya bahawa empat patah perkataan itu keluar dari mulut Shaqeer. Mulut lelaki yang sangat ego.
Aku kenal sangat perangainya. Agak ego dan tak nak berterus terang dengan hati dan perasaan sendiri. Kalau dulu, aku sering bertanya pada dia, 'rindu tak dengan aku?'.
Sering jawapan yang aku terima ialah 'aku rindu semua orang'. Susah sangat agaknya untuk dia berkata 'aku rindu kau Ian'. Itulah ego Shaqeer. Dan disebabkan itu jugalah aku kerap bergaduh dengannya suatu ketika dahulu.
Aku memegang rantai yang aku pakai. Ia merupakan rantai yang ada bentuk 2 cincin. Iya. Dua cincin. Dua cincin yang aku sangat hargai suatu ketika dahulu dan juga sekarang. Itulah satu-satunya kenangan yang aku ada dengan Laith.
Aku jadi serabut. Aku masih sayangkan Laith walaupun dia sudah tiada. Tetapi, makin hari aku dapat rasakan yang Shaqeer makin cuba untuk mendekati aku. don't get me wrong, we already close in a room but close by heart. Hati dia cuba untuk mendapati aku.
Sudahkah aku bersedia untuk menerima hatinya?
Apakah aku mampu untuk menjalani sebuah pencintaan yang baru?
Banyak perkara yang aku harus pertimbangkan.
Aku juga mula sunyi tanpa dia haritu. Bukan sunyi je tapi rindu. Kenapa ye perasaan rindu ini hadir? Tapi aku sudah tidak dapat menahan rindu aku dengan nya, terpaksa aku berhadapan dengan nya untuk menyelesaikan masalah.
Aku perasan yang Shaqeer ni bukan jenis yang cakap dari hati ke hati. He doesn't like it. Tapi aku prefer cakap apa yang ada dalam otak. Aku tak suka pendam.
Conclusion, we have different type of defence mechanism.
Setelah menerima pelukannya hari tu, hati aku gelisah. Macam yang aku cakap tadi. Dia cuba untuk memenangi hati aku. Aku cair dengan pelukannya itu. Kalau dia cakap I love you waktu tu, konfem aku balas. Tapi aku terlupa yang aku masih belom bersedia untuk menerima cinta siapa-siapa.
Aku rasa macam dalam 'idah. Dalam islam pun kalau cerai mati, 'idah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi aku, macam dah terlebih je. Ikutkan sudah lebih dari setahun Laith meninggalkan aku.
"Hoi! Jauh termenung!" Ayen sapa aku.
"Badan aku je kat sini. Minda aku di tempat lain." Jawab aku dengan selamba.
"Kau masih fikir hal dulu tu?" Soal Ayen. Tepat soalan dia tu. Aku menarik nafas dalam-dalam. Memang hal dulu tu perit tapi hidup aku harus diteruskan.
"Takpe untuk bersedih, Ian. Tak salah. Tapi jangan biarkan sedih tu mengawal diri kita dan jangan biarkan sedih kita memberi kesan pada orang sekeliling." Falsafah si Ayen ni boleh tahan.
"Kau memang... jadi pakar motivasi jelah." Kata aku.
"Air ni untuk siapa?"
Baru aku sedar yang aku ni tengah membancuh air. Instant coffee je tapi aku beriya nak rasa. Jadi belilah.
"Untuk aku lah. Untuk siapa lagi..." aku meneguk sedikit. Terbeliak biji mata aku selepas minum seteguk.
Segera aku meninggalkan dapur dan menuju ke bilik. Di bilik tu, aku dapat rasakan ada perubahan perabot. What is happening?
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...