Shaqeer POV
"Kau dulu mesti budak main DOTA kan?"
Aku tergelak kecil. Sejujurnya aku ingin ketawa besar tetapi tak boleh. Takkan aku gelak terbahak-bahak dalam kelas.
"Dulu, Mr Sam. But right now, not anymore." Jawab Ian pada soalan Mr Sam tu.
Aku tak seharusnya ketawa depan Ian sebab aku lah punca Ian ketagih dengan DOTA suatu ketika dulu. Selepas aku dengan dia ada problem, terus dia berhenti main game tu. Aku pun jarang main dah sebab kesibukan belajar. Tak sempat nak main.
"Bila awak nak clerk patient, mesti tanya time frame. Patient kata dia ada right swelling kan?" Tanya Mr Sam.
"Yup." Jawab Ian sambil matanya tepat memandang Mr Sam.
"Then, kena tahulah berapa lama swelling tu sampai dia pecah dan keluar nanah. After that, kena tahu sugar control dia. Kalau poor control, ulcer tu susah nak baik kan." Terang Mr Sam.
Ian sekarang tengah present case diabetic foot ulcer (DFU). One of the hardest cases in orthopaedic.
Kenapa aku cakap susah? Sebab DFU ni complication of systemic disease which is Diabetes Mellitus. So, kena tahu in details pasal kencing manis dia dan why he gets complication. Moreover, need to check other complication of Diabetes such as eye, kidney, skin, sensation, heart, brain and etc.
That's why I cakap susah.
"Okay, Sufian?" Tanya Mr Sam.
Ian mengangguk dan pandang ke kertasnya yang penuh dengan catitan yang penting.
"So, management you all baca sendiri ye. Ada script kan? Now, I ada meeting. Need to go now. Thanks, everyone. Assalamualaikum." Mr Sam mengemaskan begnya dan bangun meninggalkan bilik seminar dalam ward tu.
Fuh... lega... Baru habis kelas setelah kena drill 3 jam. Time to go home.
Aku mendekati Ian yang masih menulis. Mungkin dia tengah buat correction kot. Aku rasa takut pulak untuk mulakan percakapan. Nampak reaksi wajahnya begitu lain dari yang biasa.
Dia marah ker?
Sedih ker?
Kecewa ke?
I have no idea.
"Ian... Jom balik sekali?" Ajak aku dengan penuh rasa gelisah.
"Jom." Jawab Ian sambil memandang aku. Akhirnya berubah wajah si Ian ni menjadi wajah gembira. Excited nak balik ek.
Dia capai beg dia dan kami bergerak untuk pulang.
"Aku laparlah... pergi makan jom." Ajak Ian secara tiba-tiba.
"Nak makan mane? Jom..."
"Kita solat dan siap-siap terus keluar ek."
Selesai mandi, segera aku mengenakan pakaian yang kemas dan juga menunaikan solat. Aku sangat gemar memakai seluar jeans aku ni. To be honest, aku hanya ada satu seluar jeans je but its comfortable more importantly. Right now, aku tengah tunggu Ian. Tadi waktu aku solat dia baru nak mandi.
Pintu bilik air dibuka dan Ian keluar seiring dengan bauan mandi perisa lemonnya itu. Kenapa mata aku tak pandang ke arah lain? tepat aku memandangnya dari hujung rambut ke hujung kaki. Ini pertama kali aku lihat Ian hanya bertuala.
Okay, aku tipu. Selalu je tengok dia bertuala tapi kali ni rasa lain macam pulak. Aku memegang dadaku dan aku dapat rasakan degupan jantung aku makin kencang. Dia mengelap rambutnya yang basah dengan tuala kecil. Sungguh sexy apabila aku terlihat ketiaknya.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...