Estranged Feat Fazura - Hancur Aku
Shaqeer POV
Setelah melihat sekeping nota yang ditinggalkan oleh Ian, aku jadi lega. Aku juga risau akan ketiadaan dia di bilik ini. Ya. Aku keluar dari bilik ini kerana aku takut outcome pada benda yang aku telah lakukan. Ikutkan hati, aku memang ingin memberikan Ian kucupan, satu ciuman yang penuh bermakna tapi aku tiba-tiba teringat kisah lama aku yang berlaku sewaktu aku di sekolah menengah dahulu.
Mari aku buka kembali kisah lama sewaktu aku berada di tingkatan 5. Aku bersekolah asrama dan tinggal di asrama seperti orang lain. Sekolah aku sekolah campur tapi aku memang tak pernah jumpa dengan pelajar perempuan. Kami memang dipisahkan dan hanya berjumpa sewaktu perhimpunan. Kami diasingkan kerana sekolah aku sekolah agama di negeri Cik Siti Wan Kembang walaupun aku dilahirkan di Terengganu.
Oleh itu, kawan-kawan yang aku ada pun mostly lelaki. Di asrama pula aku mewah, sebilik 4 orang. Sekolah agama kerajaan negeri, memang mewah sikit lah tapi yuran asrama dan yuran sekolah memang mahal la. sebilik 4 orang ni campur. Dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5.
Enough with the school introduction.
+++++++++
Aku terasa lemah sangat. Badanku panas mendidih, hujung kaki dan tanganku pula sejuk seperti ais dan aku terasa aku semakin dehydrated. Bibirku mulai kering, aku terasa dahaga dan kulit aku juga tak lembab.
Di tambah pula, perut aku sakit. Sakitnya sepanjang masa dan aku kerap sapu minyak angin panas tapi tidak berkesan. Aku juga kerap ke tandas untuk buang air besar. Mungkin aku cirit-birit.
Tekak aku juga terasa loya dan aku juga telah muntah beberapa kali. Tapi isinya ialah cebisan-cebisan makanan yang aku telah makan sehingga mengeluarkan air sahaja.
Masuk hari ini, sudah hari ketiga aku demam sebegini. Mungkin aku salah makan ataupun aku keracunan makanan. Tetapi, kenapa aku seorang sahaja yang mengalami masalah seperti ini.
Sekarang, aku dibilik yang didiami oleh 4 orang. Sekolah tidak aku hadir, apatah lagi prep malam. Aku hanya mampu terbaring didalam bilik dan melihat syiling kipas berputar. Berbekalkan Panadol yang dibekalkan oleh junior aku, itu sahaja aku makan.
"Abe, panahnyo dahi abe ni?" Terdengar aku satu suara yang begitu risau. Suara itu kepunyaan Amirul. Dia tingkatan 3 dan bilik bertentangan dengan bilik aku.
Dia memang rapat dengan aku dan aku selesa bila bersama dengannya. Beberapa minggu yang lepas, dia meluahkan isi hatinya pada aku. terus aku jadi tak tentu hala mendengarnya. Ada juga aku melepaskan beberapa das tumbukan tepat ke wajahnya tapi dia masih ingin menjadi kekasih aku.
Kali ini, dia yang mencari aku setelah melihat aku hilang dari pandangan matanya hampir seminggu. Niat yang asal memang nak jauhkan diri daripadanya, lalu aku demam sebegini, aku banyak rehat di bilik sakit sahaja.
"Gapo sejuk ni?" satu kain diletakkan pada dahi aku.
"Kain basoh ja. Dahi abe panah sangat. Sayo letok gini nok suruh kurey panah tu." kata Amirul.
Sayang juga dia dengan aku.
Lalu, dia menghulurkan minuman kepada aku dan duduk menemani aku. Dia juga mendapatkan aku plastic apabila aku ingin muntah, dia juga memimpin aku ke tandas untuk buang air besar. Teruk sangat ke sakit aku ni?
Malam itu, dia menemani aku. keesokkannya pula, dia mendesak aku untuk pergi ke klinik tapi aku enggan. Dia beritahu juga warden dan warden bersetuju untuk bawa aku ke klinik selepas waktu sekolah. Amirul juga tidak ke sekolah demi menemani aku yang sakit ini.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...