MSP 23

2.4K 110 12
                                    


Kali ini aku ingin memperkenalkan team bawang aku. ada bawang merah, bawang putih dan bawang kuning (Holland). Dan aku? dorang kata aku kunyit. Ceh! Sabar jerla. Ketiga-tiga bawang tersebut merupakan rakan sekelas sejak asasi lagi. Kami agak rapat sebab satu tutorial waktu zaman muda-muda dulu.

Aya, Sherry dan Nurul. Yes, all girls.

Kami tak satu group sekelas pun sekarang tapi kami okaylah. Selalu keep in touch. Cuma yang satu sekelas dengan aku sekarang ialah Nurul. Yang lain group lain. But we still close.

Di sebabkan waktu petang ada kelas di lecture hall, aku menumpang kereta Nurul. Dia je yang aku jumpa dan ada kereta. Perjalanan ke fakulti agak sesak sebab waktu sekolah baru sahaja tamat.

"Weh, ian! Kau dengan Shaqeer tu memang kapel ker?" soal Nurul dengan rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Tapi matanya masih focus memandang di hadapan.

"Ha? Takde soalan lain ke? Focus kat driving la." Elak aku.

"Dah berapa lama dah? Tak cerita-cerita pun." Soal lagi.

"Honestly aku pun tak ingat. Tapi aku takdelah selama macam kau yang dah 6 tahun dengan kekasih hati kau tu." Jawab aku selamba dan Nurul tersipu malu.

"ish... mana ada... biasa-biasa je." Nurul rendah diri.

"Apasal balak kau tu makin hensem namati ek sekarang ni? Dulu, nerdy gila. Sekarang, menusuk-nusuk." Ketawa aku sambil berjaya menukar topic.

"Tengoklah awek dia siapa? Aiceh!" ketawa besar Nurul.

"Kalau dia single sekarang, dah lama aku terkam dia. Tapi sebab bestie aku ni syok kat dia dan dia pun kira baiklah dengan aku, tak sanggup aku nak rosakkan hubungan suci korang ni." ujar aku.

"Sejak bila kau baik sangat ni? selalu terkam jer mana-mana laki yang kau nak." Perli Nurul. Kami masing-masing ketawa sebab terlalu kelakar agaknya.

Setelah tiba di fakulti, kami menuju ke dewan kuliah kami. Agak sampai juga kami tiba sebab masih tiada orang lagi dalam dewan ni. yeay! Boleh pilih tempat duduk. Sejujurnya, aku memang lagi gemar duduk di belakang.

'Back Bencher'

gelaran yang aku dapat suatu ketika dahulu. Aku sendiri tak tahu kenapa aku takut duduk di hadapan. Tapi aku selesa duduk di belakang. Tetapi Shaqeer lebih gemar duduk di barisan yang depan-depan. Bukan first row la.

"Ian, aku pergi makan kat kafe dulu taw. Kau ada apa-apa nak kirim tak?" soal Nurul.

"Takde kot. Aku tak lapar sekarang."

Selang beberapa minit kemudian, rakan-rakan aku yang lain mulai datang satu-persatu. Tapi aku bukanlah nak ambil tahu siapa yang datang tu. Aku focus kat laptop aku jer sekarang ni. nak surfing internet punya pasal.

"Ian..." terdengar satu suara yang aku tunggu-tunggu. Lalu, aku menoleh ke arah pintu masuk. Tersenyum aku apabila melihat buah hati aku sampai.

"Aqer..." jawabku manja dan Shaqeer memberi aku flying kiss banyak-banyak. Aku tersenyum dengan kehadiran kekasih hati aku ini. Shaqeer masuk dan meletakkan begnya di tempat yang aku sudah agak. Memang aku yakin dia pasti akan duduk di bahagian hadapan. Tapi Shaqeer hanya sekadar meletakkan beg dia sahajanya. Kemudian dia ingin keluar dari dewan kuliah itu.

"Nak pergi mana tu?" soalku manja sambil mencapai tangannya. Tangannya yang berpeluh itu sudah menjadi salah satu perkara yang aku gemari.

"Nak pergi kafe. Nak makan. jom lah. Kita makan sekali jom." Ajak Shaqeer sambil erat memegang tangan aku ini.

My Sweaty PalmsWhere stories live. Discover now