MSP 25

1.9K 111 56
                                    


"Aku still tak boleh terima kenapa kau ada kat sini." Kata Ijie selamba.

"Alaa... kasilah peluang aku nak spend time dengan kau." Pujuk aku manja.

"As much as I love when you do that, aku takut kena belasah dengan pakwe clingy kau tu." Kata Ijie dan aku terus buat muka menyampah dan meluat.

"Dah gaduh baru cari aku ye?" perli Ijie.

"Hurm..." aku mengeluh.

"Kau nak stay dengan aku ni boleh. Terpulanglah. Kalau dia cari kau kat sini, aku nak buat apa?" soal Ijie serius.

"Buat bodoh je. Aku tak nak fikir pasal dia." Balasku bengang.

"Marah sangat ni. tak nak cerita kat aku ke?" tanya Ijie ambil berat.

"Tadi kitorang keluar dinner. Lepas tu, dia buat aku sakit hati. Keluar berdua tapi aku rasa macam aku ni sorang-sorang. Dia asyik sibuk dengan handphone dia je." Gumam aku geram.

"Memang bukan dia selalu main phone ke? ke family dia tengah mesej-mesej dia?" soal Ijie hairan.

"Kalau mesej family, dia mesti cakap awal-awal. Ni senyap je. Kadang-kadang siap tersengih lagi. Kau rasa?" bentak aku.

"Weh... cool down... benda kecik je ni weh. Tak payahlah nak marah-marah sangat. Nah air sejuk ni. minum dulu. Kalau kau panas sangat ni, rumah aku pun boleh terbakar." Ijie hulur air sejuk dan geram pula aku kat Ijie ni. aku ni dah lah tengah panas. Aku pun teguk air tu sampai habis.

"Nak lagi?" soal Ijie. Aku mengangguk.

"Aku rasa kau marah ni mesti sebab lain kan? Takkanlah kau ni boleh melenting pasal hal yang kecik macam ni." teka Ijie sambil mengisi gelas itu dengan air sejuk. tiba-tiba, aku jadi muram. Terlalu obvious sangat ke aku?

aku pun ceritakan pada Ijie apa yang terjadi. Aku rasa aku tak mampu nak membendung perasaan ini lagi. Sebab aku ni bukan jenis yang simpan. Asalnya aku tidak suka hal ini dihebohkan pada orang lain tetapi apa yang aku rasakan ini amatlah pedih tak terhingga.

"Fuck arr! Serius fuck! Weh, aku nak belasah dia sekarang." Bengang Ijie.

"Buang masa kau je nak belasah dia. Biarlah." Halang aku hambar.

"Kau masih sayangkan dia lepas dia buat macam tu kat kau?" Soal Ijie bengang.

"Technically, we never spoke about this yet. So, aku rasa dia tak tahu pun kenapa aku overly sensitive kat mata dia sekarang ni." jawab aku hampir tenang dan waras.

"Erm... betul jugak tu. So, apa plan kau sekarang?" Ijie ingin tahu.

"Tengok aje."

"Kau ni memang pelik lah Ian." Ujar Ijie ketawa kecil dan aku pun tertawa mendengarnya.

Bongok Ijie.

++++++++++++

sesungguhnya aku berasa tenang duduk di rumah Ijie ni. tiada gangguan dan TV dia kepunyaan mutlak aku. memang aku conquer habislah TV dia ni. segala movie dia aku tonton. Tak lah semua tapi yang mana boleh buatkan aku lupa dengan masalah aku yang sudah sedia ada ni la. Ijie pun kejap ada kat rumah dan kejap takde.

Jadinya, memang aku sorang-sorang kat rumah dia ni. walaupun rumah dia ni takdelah besar macam rumah banglo tu tapi sangatlah selesa. Aku mulai sedar bahawa betapa weirdnya sesuatu keadaan itu tapi kalau kita rasa selesa, kita akan jatuh cinta dengan tempat macam tu.

So, aku jatuh cinta dengan rumah Ijie ni. tapi bukan dengan tuannya ek. Hahaha... Ijie pun sekarang takde kat rumah. Entah ke mana dia pergi. lagi suka pulak dia merayau sebab aku yang jaga rumah dia ni. bengong punya junior.

My Sweaty PalmsWhere stories live. Discover now