MSP 15

2.6K 118 19
                                    



Aku tengah serabut. Otak aku sudah jammed. Aku sedang ralit memikirkan apa yang aku patut tulis dalam buku nota ni kerana buku Shorter Oxford Textbook of Psychiatry ni buat aku pening kepala. Mana tak nya. Hanya perkataan demi perkataan sahaja dalam buku ni. No pictures and no diagrams.

Bosan baca buku cam ni. Tiba-tiba aku dapat rasakan tubuhku dipeluk dari belakang.

"Ian, tak siap-siap lagi ke buat nota tu?" tanya Shaqeer dengan manja.

"Belom la Qer. Banyak lagi ni." Rungut aku.

"Janganlah perform sangat psy ni." Perli Shaqeer.

"Nanti kalau prof soal aku macam-macam cane? Kalau tak dapat jawab, kena kutuk depan-depan. Tak nak lah aku."

"Iye, aku tahu. Bagi kunci kereta. aku nak masukkan beg kita dalam kereta." minta Shaqeer dan aku pun hulurkan kunci kereta aku padanya.

Okay guys. Cerita nya macam ni. Aku baru start posting psychiatry and first week of that posting tu, hari-hari aku kena soal dengan Prof F ni. Aku pun tak tahan sangat bila nama aku disebut-sebut. Aku ingat lepas dapat soalan prof tu, prof tu akan lupa tapi hari-hari nama aku dipanggil. Sebab tu sekarang aku tulis nota. aku prepare segala jawapan yang bakal dia tanya dan jawapan.

Untuk memudahkan kerja aku.

Shaqeer? prof tanya dia sekali je. Lepas tu prof lupa dia. padahal kami duduk sebelah menyebelah je kat dalam dewan kuliah tu.

++++++++

"Bangunlah sayang. Dah sampai ni." Kejut Shaqeer manja. Memang susahlah aku nak bangun dari tidur ni. Kenapa nak terjaga apabila ingin tidur? Berkali-kali namaku dipanggil oleh Shaqeer ni. Aku jadi semakin runsing. Tak tahan dengan panggilannya, aku pun membuka dua biji mataku.

Segar dan terkejut aku. secawan ice cream sundae ada di depan aku. flavour chocolate. Tiba-tiba ada ice cream ni. How? Lalu, aku lihat sekeliling aku, oh! Aku belom lagi sampai destinasi yang nak dituju.

Aku masih lagi di RnR Genting Sempah. Aku melihat Shaqeer dengan geram. Tetapi dia pula tersengih dan ketawa kecil. How dare him tipu aku hidup-hidup! Aku cubit pinggangnya sedikit sebab lemak takde. Cepat-cepat dia suapkan aku sundae tu. terus tak jadi nak buat apa-apa apabila sesudu aiskrim cair di dalam mulut aku.

"Bila kau turun pergi beli sundae ni?" tanya aku untuk mulakan perbualan.

"Mamai lagi ke my sayang ni?" soal Shaqeer balik. Tapi aku seperti tak dapat tangka papa yang dimaksudkan olehnya. Jadi aku sambung makan aiskrim tanpa menghiraukannya. Habis secawan sundae tu aku makan, perut aku berkeroncong.

"Aqer... Laparlah..." adu aku pada Shaqeer. dengan pantasnya Shaqeer mengeluarkan double cheese burger dari bungkusan. Dia buka bungkusannya itu secara perlahan, bubuh sos sedikit dan menyuap aku.

"Thanks, Aqer. Suapkan." Ucap aku kekok.

"Macam tak biasa pulak. Dulu kan aku selalu suap kau time kau drive." Ujarnya.

"Dulu? Bila?" soalku tidak percaya.

"Alaa... dulu... before kita gaduh besar tu..." jawabnya perlahan. Nampak kekesalan di riak wajah dan suaranya itu. Alamak, rosak pulak suasana romantis ni.

"Its okay lah Aqeer... sekarang, kau boleh suap aku sampai bila-bila." Janji aku padanya. Wajahnya kembali senyum.

Di sepanjang perjalanan, kami hanya berbual-bual memikirkan masa hadapan. Untuk hidup bersama? Of course not! We are talking about our exciting posting ni ha. Psychiatry. Subjek ini penuh dengan kontroversi dan dilemma. Apa yang berlaku pada pesakit, pasti makhluk halus pun terlibat sama walaupun makhluk-makhluk tersebut tidak bersalah.

My Sweaty PalmsWhere stories live. Discover now