Ian POV
Berat hati aku nak masuk kembali dalam bilik aku dan Shaqeer ni. Aku harap aku tak awkward bila aku dengan dia tapi aku rasa aku akan awkward dengan Shaqeer. Apa yang berlaku tempoh hari akan aku abaikan dan aku nak berikan laluan kepada exam yang hampir bermula.
Bukan aku denial dengan apa yang aku rasa tapi aku tak nak apa yang berlaku antara aku dengan dia itu menjadi penghalang untuk aku focus dalam exam. Ortho punya aura nak exam ni rasa semacam je.
Kenapa aku rasa semacam? Sebab lecturers dia garang namati! Kami ada jadual exam di mana giliran aku exam hari selasa dan Shaqeer hari Isnin. Untung dia habis awal. Aku ni kena la tunggu.
Dengan hari yang masih berbaki sehari, Shaqeer nampak serabut dengan semua nota-nota. Sebab gilirannya pada hari esok. Aku pula cuma ikut rentak momentum aku yang sedia ada. Sebab aku tak suka serabut dengan nota-nota, tapi percayalah aku akan jadi serabut jugak.
Macam mana kami? Awkward. Hahaha...
Aku senyap dan dia senyap. Macam tu lah.
Tapi aku sedar yang dia makin bersemangat nak study bila ada aku ditepinya. Kadang-kadang dia explain kat aku LRINEC score, open wound management based on Gustillo-Anderson classification dan compartment syndrome.
Well, aku dengar je. At least aku tak payah baca dah. Bergunalah ada dia ni. Cepat aku habis study.
Tapi aku diam membisu je. Jahatkan aku? Dia cerita punya cerita tapi aku buat macam dinding batu pulak. Walaupun aku diam macam batu, tapi dia masih lagi gigih explain kat aku pasal benda tu.
Aku tersedar jam kat telefon bimbit aku sudah jam 11 malam. Apa nak kata, ralit dengan nota dan penyakit yang wajib keluar exam. Aku harap aku tak dapat diabetic foot ulcer. Its really easy but its really burdensome especially in the management part.
Sebabkan pukul 11 malam itu sudah lewat bagi aku, aku ambil sekeping nota. Aku tulis ucapan kasih. Cewah! Kata-kata semangat je. Nak berkasih pulak last-last minute. Tak de hati aku. Aku tulis 'Gudluck Esok!' je dan aku letakkan kertas tersebut di tepi lengan Shaqeer.
Aku usik tangan dia sikit bagi dia sedar yang aku bagi. Dia macam tersedar dari zone studynya itu, terus melihat sekeping nota itu lalu tersenyum gembira.
"Thank you sayang." Ujarnya sambil memberikan senyuman yang membuatkan aiskrim yang beku tu cair. Shit! Tak kata aiskrim, aku pun cair gak. Cepat-cepat aku alihkan pandangan mata aku ke arah lain.
"Aku... Aku... tidur dulu. Jangan lupa tutup lampu." Pesan aku yang teragak-agak ni. Sepantas kilat aku rebahkan sekujur tubuhku ini di atas katil. Tak sanggup aku nak tidur lewat-lewat sebab style aku tidur awal sebelum hari peperiksaan.
One thing about me and Shaqeer sleeping in the same room is me. Aku akan bangun awal lagi daripada dia. Sebab dia tu susah nak kejut. Serius. Kalau korang raba dia pun mungkin dia takkan sedar. Aku cakap je taw tapi aku tak pernah buat. Aku takdelah senakal tu.
Secawan nescafe 3 in 1 aku bancuh di dapur untuk Shaqeer. Aku letakkan cawan tersebut di atas meja studynya dan aku kepilkan secebis kertas yang bertulis 'For You'. Put a little smiley under the words completes everything.
Aku pergi kat tepi katil Shaqeer sambil itu aku tatap wajahnya yang masih nyenyak tidur. Lihat wajahnya tenang sahaja walaupun tengah hectic nak exam. Jam menunjukkan sudah pukul 6.15 pagi. Waktu kuarantin bermula 7.30 pagi. Lebih baik aku kejutkan Shaqeer.
"Shaqeer... Shaqeer... Bangun Shaqeer..." Aku pegang bahunya sambil mengejutnya dengan nada yang lembut.
"Erm... hurm..." Shaqeer menggeliat sambil menarik selimutnya menutup mukanya.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...