Dalam kereta ni aku memang bosan. Apabila travel jauh-jauh ni, punggung aku dah makin keras kematu pulak. Di tambah dengan aksi yang mengghairahkan semalam, lagi perit aku menahan kesakitan. Tetapi, didalam kereta ni, aku tak pernah bosan sebab Ijie sentiasa menghiburkan hati aku. dia tidak penat langsung bertutur dan mungkin dia berbuat demikian demi aku.
Dia tak bagi aku tidur sebenarnya. Kalau boleh dia nak aku meluangkan masa bersama-sama kerana masa semakin suntuk. Ijie harus pulang ke KL untuk kuliah hariannya dan sementara aku harus praktikal di Temerloh. Disebabkan waktu semakin suntuk, tangan aku pun tidak mahu dilepaskannya.
Aku lihat Ijie ni, berbeza dengan Shaqeer. Ijie seorang yang lebih terbuka dari sudut hatinya. Dia tidak segan berbicara apa yang terlintas di minda fikirannya. Jauh sekali dengan Shaqeer yang teragak-agak dengan keputusannya. Aku jadi semakin selesa dengan sikap Ijie ni.
"Ian..." tegur Ijie. Aku memandangnya.
"Nak apa?" tanya aku dengan tenang.
"Nanti malam, aku sunyilah tidur sorang-sorang. Takde bantal peluk." Balasnya dengan manja.
"Nak aku belikan bantal peluk ke?" soal aku kembali. Ijie tersengih lalu menggelengkan kepalanya. Mestilah dia nak aku tidur dengannya.
"Kau pun mesti sunyi kan tidur sorang-sorang." Ujarnya. Tersentap aku apabila mendengar tuturnya itu.
Aku terlupa yang aku ni sebilik dengan Shaqeer. yang paling penting, sekatil dengan Shaqeer. What should I do? I cannot just simply sleep next to him. mesti awkward habis lah nanti. Takkan sejarah lama berulang kembali. Betul la lagu Tomok tu. memang akan berulang nampaknya. Aku mungkin akan tidak bertegur sapa dengan Shaqeer nanti.
Mungkin dia takut nak memulakan kata-kata, ataupun mungkin aku yang tidak ingin berkata-kata. Kalau aku bersuara nanti, akan jadi rumit pulak. Mesti rumit punya sebab aku yakin yang Shaqeer akan speechless waktu itu. Mesti macam tu. dah selalu kena.
Aku dah decide, aku akan tidur di ruang tamu.
+++++++++++
"Jie, ada kat mane tuh? Bas dah keluar tol Gombak ni. Nanti lama pulak aku kena tunggu kat TBS nanti" rungut aku.
"Sabarlah sayang. Aku takkan biar kau tunggu lama kat situ." Jawab Ijie dengan penuh yakin. Aku harap betul.
Setelah seminggu berjauhan daripada Ijie, aku pulang ke KL demi untuk berjumpa dengannya. hairannya, aku menaiki bas dan tidak memandu kereta. mungkin kerana Ijie risau aku bertambah penat, dia lebih prefer aku menaiki pengangkutan awam. Aku pada asalnya menolak tetapi hajatku telah dihapuskan setelah Ijie sudah membelikan tiket bas ke KL dari Temerloh. Tak sampai hati nak membazir, aku turuti saja kehendaknya.
Apa jadi dengan Shaqeer? I don't know and I don't care.
Aku cuma tahu, aku angkut barang-barang aku keluar dari bilik itu dan tidur di ruang tamu. Lagi selesa tidur di ruang tamu sebab lebih sejuk berbanding didalam bilik. Dia pun tidak membantah tindakan aku. apatah lagi bertanya pada ku. Memang tidak. Sejujurnya, aku sedih dia berbuat sedemikian tapi aku tahankan saja perangainya itu.
Cuma, ayat terakhir yang aku bagitahu dia haritu, "Aku tidur luar la. tidur dalam panas. Luar sejuk sikit."
Tapi dia sedikit pun tidak memberikan apa-apa respon. Dia marah, dia kecewa, dia sedih, aku tak tahu. I don't care.
Setelah bas tiba di TBS, kelam-kabut aku turun daripada bas sebab nak ambil beg aku yang disimpan di belah bawah. Takut orang tersalah ambil beg, pengsan aku. kemudian, aku menuju di tempat yang telah di janjikan.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...