Hi guys! i know... Rasa macam lain macam sikit kan bila start baca.Actually, this chapter ada dua part. first part kat latest chapter novel
Kau Pergi Jua By ashraff_
kena baca chapter tu dulu and then baru baca chapter ni. Kalau tak, xphm.
Sambil tu, baca la Kau Pergi Jua. Best cite tu~~
enjoy!!!Shaqeer POV
Aku berjalan menuju ke kafe bersama Lina, gadis yang aku sendiri bingung. Adakah aku benar-benar menyayangi Lina seperti mana aku menyayangi Ian? Aku cuba untuk memberikan kasih sayang ku pada Lina tapi aku gagal kerana sayang aku pada Ian tiada bandingnya.
Seusai mengambil makanan, tinggal mencari tempat duduk dan aku ternampak Zafran. Zafran pun melambai tangannya pada aku untuk aku duduk bersamanya. Terus aku mengajak Lina untuk duduk di situ kerana tempat duduk penuh. Apakan daya Lina enggan untuk duduk bersama orang lain. alasannya, ingin berdua-duaan dengan kekasihnya. Oh please! 24 jam ke kena berkepit dengan kau? Ian pun tak macam kau tau tak!
"Shaqeer dear. Let's wait other people finish their food." Pujuk Lina manja.
"Jom jelah duduk dengan Zafran tu. takde tempat ni. Takkan nak makan berdiri pulak." Ajak aku tenang.
"Sayang. I nak makan berdua dengan you please. Tak nak I duduk dengan orang tak kenal tu. Malu la i." rayu Lina.
"Kalau you tak nak duduk situ, biar I je yang duduk situ. I lapar." Tak kuasa aku nak melayannya. Aku dah la lapar. Aku nampak Lina terus pergi dari situ dengan meletakkan makanannya kat trolley.
Lega~~~
"Hai Zaf! Tak makan ke?" tanya Shaqeer setelah melabuhkan punggungnya.
"Taklah. Aku temankan Ian makan je. Takde selera sangat." Jawabnya tenang. Tapi mataku terus terpalit pada Ian. Aku tak sedar yang dia pun berada di situ. Aku rindu untuk makan bersama-sama dengan Ian. Peluang yang ada telah aku sia-siakan sewaktu posting di Temerloh dulu.
"Eh, Ian ada. Lepas ni naik ward balik ke?" soalku cuba berbual. Tapi Ian mengangguk sahaja. Kemudian, dia terus bangun meninggalkan aku dan Zafran di situ tanpa menghabiskan makanan di pinggannya. Aku mengeluh dan melihat rezeki di depan mata aku. takde selera pula jadinya. Dengan Lina yang merajuk sebab aku tak nak makan berdua dan dengan Ian yang kerap mengelak daripada aku.
aku serabut. Di tambah pula dengan Zafran yang memandangku dengan pelik. Kenapa lah pulak mamat ni? Aku takde mood nak layan renungan matanya yang penuh dengan seribu tanda tanya.
"Korang berdua gaduh ke?" soal Zafran. Rupanya Zafran perasan akan tingkah laku kami. Aku hanya berdiam diri sahaja tanpa jawab soalannya.
"Jadi, Ian lah orang yang kau tak berani ambil darah tu?" Zafran meneka.
"Kenapa kau kata macam tu pulak?" Aku cuba mengelak.
"Aku teka je. Aku ingat orang yang kau tak berani cucuk tu perempuan yang dengan kau tadi tetapi jangkaan ku salah rupanya." Jawab Zafran tenang. Dia ni bukan aku kenal pun tapi dia...
"Tak baik menuduh weh. Apa yang kau cakap ni mana ada bukti. Lagipun perempuan tu awek aku." Bantah aku tegas.
"Sorry, niat aku bukan nak menuduh. Tetapi cara kau pandang awek kau dan cara kau pandang Ian langsung tak sama."
"Apa maksud kau?" soalku hairan.
"Bila kau pandang awek kau, muka kau ketat. Tapi bila kau pandang Ian, penuh dengan kasih sayang. Kau nampak lebih tenang bila kau pandan Ian. Then, kau kecewa bila Ian bangun tadi kan? Betul tak?" teka Zafran.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...