MSP FINAL V

3.5K 155 96
                                    


Ian POV

Sudah seminggu lebih berlalu dan Shaqeer juga sudah sedar dan dipindahkan ke wad biasa. Aku hanya mampu dengar khabar dari kawan-kawan yang lain. Tapi untuk aku sendiri datang, aku tak punya daya. Lagipun, warning has been given to me by his 'perfect' wife. Tetapi aku ni mana pernah menyerah. Aku berusaha untuk berjumpa dengan Shaqeer walaupun sekejap. Jadilah...

Aku pun sudah berada di hospital ni dan menunggu masa untuk naik ke ward. Apa yang aku tahu, Umie tidak menemani Shaqeer malam ni kerana ingin berehat di rumah. Yerla, perfect wife penat jaga every night kot. Umie pulang bersama seorang kawan kelas kami. Aku minta tolong dengannya agar pujuk Umie berehat dirumah satu malam.

Apabila telah mendapatkan kepastian daripada kawan tersebut, aku bergegas menuju ke wad dan menyarongkan white coat aku agar tidak disyaki oleh security. aku pun tak tahu dia katil berapa dan aku hanya mengikut naluri aku sahaja buat masa ni. tapi firasat aku dia berada di cubicle tengah dan aku bergerak ke situ dan aku ternampak dia.

Kat katilnya ada skin traction di kaki kanannya. Aku mulai rasa sebak. Aku tak boleh bayangkan kesakitan yang dia alami dan ketidakselesaan dalam keadaan sebegini. Aku memandang wajahnya yang dalam keadaan tenang, tidur agaknya, aku jadi seronok. Sudah sekian lama aku ingin berjumpa dengannya. Ini lah baru aku dapat bertemu dengannya.

Aku mengambil tempat duduk aku di atas kerusi dengan senyap. Aku tidak mahu kejutkan dia. Mataku hanya ralit melihat keadaannya tanpa mengelip mata aku pun walau sesaat. Aku ingin melihatnya sepuas-puas.

"Shaqeer, Ian ni. akhirnya aku datang juga. Dah lama aku tunggu nak datang. Wife kau tak bagi aku datang jenguk kau. betapa hancurnya hati dan perasaan aku waktu itu. Aku rasa serba salah dengan kau. Disebabkan album gambar tu, kau jadi begini. Kesian kau. aku minta maaf." Aku ambil tisu dan kesat air mataku yang mulai turun sedikit.

"Aku harap kau move on dengan hidup kau yang baru kay. Aku tetap sayang kau tapi kita tak boleh bersama. Jadi, lupakan aku. jangan cari aku lagi. aku akan pergi dari hidup kau selama-lamanya." Aku mulai sebak dengan kata-kata aku sendiri.

"Thanks Shaqeer for everything." Aku bangun dari kerusi dan mengucup lembut dahinya perlahan-lahan. Lama juga kucupan aku tersebut lalu aku usap rambutnya. Aku ingin beredar dari situ dengan langkah kaki yang sangat berat ni.

tangan aku di tahan oleh Shaqeer secara tiba-tiba. Aku memalingkan wajahku melihatnya, dia terjaga dan matanya juga berair. Alamak, kantoi. Baru berangan nak senyap-senyap tapi itulah. Aku ni bukan bayang yang tak berbunyi tapi aku ni manusia.

"Dulu pun kita macam ni. cuma waktu tu, kau mamai." Ujar Shaqeer tiba-tiba. What is he talking about? Throwback ke? haah... dia pernah buat begini sewaktu aku di hospital dulu. Entahlah chapter berapa dalam Abang Aku. aku pun dah lupa.

"Maafkan aku ye sayang." Tangannya masih erat lagi memegang tangan aku. aku kembali duduk di tepinya.

"Sudahlah tu. Dalam surat dah cakap, depan aku pun cakap lagi. Bosan lah." Rungut aku.

"Aku sanggup meminta maaf beribu kali walaupun aku tahu apa yang aku buat tak boleh berpatah balik dan ia juga takkan melegakan kesakitan di hati sayang. Jadi, marahlah aku." gumam Shaqeer. Aku eratkan lagi tangan Shaqeer yang aku pegang.

"Tiba masa untuk aku pergi."

"Jangan pergi lagi sayang... tidurlah dengan aku kat sini." Pujuk Shaqeer. Adoi. Aku tak sukalah di pujuk rayu macam ni. okay. I have to admit, aku still ada hati dengan Shaqeer. Aku bodoh kan? Lepas tu, hati aku ni bagai lalang ditiup sana sini.

Aku menolak permintaannya. Sebaliknya, aku mengucup bibirnya lembut. Bibirnya yang sangat aku rindu itu, dapat juga aku merasainya setelah dia berkahwin. Gosh! What I have done? I wanna do more actually but tak sesuai...

My Sweaty PalmsWhere stories live. Discover now