whoever read this first, it will be 13k reader! huhuhu...
Siti Nurhaliza – Aku Cinta Padamu
"Wowowowo balik kampong! Wowowo balik kampong! Wowowo balik kampong! Hati girang..." Aku menyanyi gembira.
"Terbayang-bayang wajah yang ku sayang. Satu-satu tersemat di kalbu. Pasti terubat rindu di hati. Menyambut kepulanganku nanti..." aku habiskan rangkap tersebut.
Tak pasal-pasal Shaqeer cubit pipi aku geram.
"Kenapa suka sangat ni ha?" Tanya Shaqeer nakal.
"Sukalah. Kita kan nak balik kampong kat Perak." Jawab aku.
"Tapi kita bukan nak pergi balik rumah kau pun. Kita nak pergi Cameron Highland kan." Jelas Shaqeer.
"Memanglah. Tapi kita kan nak naik dari Simpang Pulai. So, masuk Perak la jugak." Lawan Ian tak nak kalah. Shaqeer mengeluh. Lalu tersenyum.
"Okay sayang. Kita macam balik kampung. Harap sayang happy walaupun tak singgah rumah." Shaqeer mengalah. Dia mahu berikan aku kemenangan. Haha... malas bertekak demi percutian yang mengejut ini.
"Sayang, tidurlah dulu... Jauh lagi ni. Dah sampai kat exit Simpang Pulai nanti, abang kejut ye." Ucap Shaqeer. Tiba-tiba rasa semakin sayang pada Shaqeer. Hahaha...
well...
you all mesti wondering kan how weols jadi macam ni tiba-tiba? It happened in spilt seconds and I took my chances. Huhu...
Let's recap what happened that night.
Shaqeer memeluk aku erat tetapi satu suara pun tidak perkatakan. Aku hairan. Lama benar dia memeluk aku. Hari-hari peluk jugak. Takkan tak bosan kot. Tapi kena peluk dengan orang tersayang ni lain sikit sebenarnya. Walaupun cuma kena peluk, ia membawa seribu satu makna yang tersirat dan tersurat. Susah lah nak explain.
Korang pernah rasa kan apa yang aku rasa ni?
Setelah hampir lima minit memeluk aku, lalu dileraikan pelukannya. Mata bertemu mata. Jelas wajahnya penuh dengan seribu satu ekspresi. Aku pun macam tu jugak. Pada wajahnya, aku dapat lihat kekesalan, serba salah, sedih, takut-takut sikit dan sayang. Rambut aku di usap dan dibelainya lembut. Aku tersenyum kecil dan membiarkan sahaja semua yang Shaqeer lakukan. Tapi, masalah nya di sini, aku ni bukan jenis penyabar.
"Erm. Sampai bila kita nak macam ni? Position yang awkward ni?" soalku memecahkan suasana.
"Sabarlah. Sabar kejap. Tengah nervous ni." Kata Shaqeer perlahan. Justeru, dia mengajak aku ke bilik. Tetapi dia keluar balik dan memberi isyarat padaku untuk tunggu dia dalam bilik. Adoi... kerja aku memang menunggu.
"Nah..." Shaqeer menghulurkan air. Air ni aku kenal sangat. Air nilah air yang dia belanja aku pertama kali di sini. Air coconut shake perisa blueberry. Tersenyum aku dengan gembira. Tanpa melengahkan masa, aku terus ambil dan minum.
"Sorry sangat ye sayang." Ujarnya kesal. Aku merenung jauh ke matanya sambil menghirup air yang lazat ni. Lalu, aku membalas dengan senyuman.
"Kau marah aku ke bila aku keluar dengan Ijie?" Soalku dan aku teruskan menghirup hirup lazat sangat. Makanan free memang sedap kan.
"Aku tak marah pun kau keluar dengan Ijie. Tapi aku cemburu." Perlahan tutur kata Shaqeer.
"Oooh..."
"Lepas tu aku jadi marahlah bila dia cakap dia gunakan kau semua tu." Sambungnya...
"Ijie cakap dia mintak maaf dengan kau. Lepas ni, kalau ada peluang, dia nak hangout dengan kita berdua." Kataku dengan selamba. Aku perasan wajah cemburu datang balik. Kelakar pulak aku rasa.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...