MSP 27

1.8K 115 139
                                    


Fauziah Latiff - Gubahan Rindu Puisi Syahdu

POV Shaqeer

"Jemput minum air ni." Ian hulurkan segelas fresh oren sejuk pada kami berdua. Kami pun meneguk air ni kerana cuaca begitu panas dan air sejuk ni boleh meredakan kepanasan cuaca. Malangnya bukan kepanasan jiwa.

"Kau apa khabar?" soal aku prihatin.

"Sihat." Jawab Ian sepatah. Dia hanya tunduk ke bawag tanpa menukar pandangan dengan aku. sementara Ijie, memandang aku dari jauh ibarat aku ni juadah makan malamnya. Aku tidak sepatutnya datang.

"Bila balik ke rumah pusaka kau ni?" soal aku lagi.

"Kenapa kau baru nak cari aku?" geram Ian.

"Aku... Aku..."

"Sibuk bergembira dengan awek kau ni? sampai ke sini pun kau nak angkut dia!?" potong Ian marah. Aku dah agak. Aku tak patut datang rumah Ian ni bersama Umie tapi Umie berkeras nak ikut.

"Ian, jangan marah Shaqeer. Aku yang nak ikut." Celah Umie tanpa segan silu.

"Ada aku tanya kau, perempuan? Tak malu ke kau datang sini!" Tengking Ian.

"Ian! Sejak bila kau pandai biadap ni?" Bela aku geram.

"Sejak hati aku kau sakiti." Balasnya. Suasana bertambah tegang. Niat aku datang hanya untuk mengambil berat pada Ian serta untuk berdamai dengannya. Melihat respon Ian yang sangat marah ni, aku mulai sedar aku yang bersalah.

"Sayang, boleh tak sayang pergi ke pekan jap? Abang nak discuss dengan Ian." Arah aku pada Umie. Mungkin Ian tak nak buka hatinya kerana Umie. Jadi Umie pun bangun dan beredar dari situ.

Kini hanya tinggal aku, Ian dan Ijie.

"Kenapa baru sekarang kau nak cari aku?" gumam Ian.

"Aku cari gak kau waktu lepas umum result haritu. Tapi aku fikir, mungkin kau perlukan masa bersendirian. Sebab kalau aku kat tempat kau, aku tak nak orang ganggu aku."

"Itu kau. Kau rasa aku macam kau? Kau sedar tak betapa sedihnya aku lepas umum result tu? Aku lepak kat bilik rehat seorang diri lepas jumpa dekan. Aku menangis, menangis, meraung tahu tak. Aku nak drive balik pun aku tak mampu. Badan aku lemah. Tapi ada siapa jenguk aku? ada siapa call or mesej aku? mana ada! Ada beberapa orang je terserempak dengan aku. yang lain tak berhati perut langsung!" luah Ian dan air matanya mulai mengalir. Aku tak tahu nak buat apa lepas tu. Ian dah menangis teresak-esak kesedihan. Aku dapat rasakan keperitan yang dia alami.

Tanpa aku sedari, aku juga telah menambahkan lagi keperitan dihatinya ibarat luka yang disimbah dengan air.

Pedih.

Ijie duduk bersebelahan dengan Ian. Memberi Ian tissue dan merangkul pinggangnya. Ian merehatkan kepalanya di bahu Ian. Tapi Ijie tetap memandang tajam pada aku.

"Ijie, boleh kami cakap berdua?" pinta aku tapi Ijie menggeleng.

"It's okay. Bagi kami bercakap berdua." Ian setuju dengan cadangan aku. Ijie pun beredar ke dapur agaknya. Jadi sekarang ini, hanya aku dan Ian sahaja. Di minit pertama, kami berdiam diri. Kemudian, Ian mula bersuara.

"Does she knows about us?" Gumam Ian.

"No. She just know how close we are and how much I care for you." Ujar aku tenang.

"Do you?" Perli Ian.

"Erm..." aku dah tersalah cakap.

"Kalau kau care pasal aku, kau akan terus cari aku dan menangis bersama aku tempoh hari. Dan yang paling penting, kalau kau care dengan aku, kau takkan buat macam ni dengan aku." Perli Ian lagi.

My Sweaty PalmsWhere stories live. Discover now