Aeman - Jasa Ibu Ayah
MUST PLAY THAT SONG WHILE READING!
"Betul adik tak nak ikut abang balik?" soal abang aku risau.
"Takpe. Adik duduk kat rumah ni pun takper. Lagipun kat dapur tu ha, banyak baki lauk daripada kenduri tahlil. Jiran-jiran pun ada sedekah lauk. Kenyang la perut adik." Tolak aku secara baik.
"Kalau adik nak apa-apa, call abang terus ye. Abang balik dulu." Pesan abang aku. Lalu dia pergi menaiki keretanya dan berlalu pergi dari situ.
Terasa kekosongan jiwa sanubari ini. Aku dapat melihat betapa luas nye rumah ini apabila penghuninya hanyalah aku seorang. Pintu rumah aku tutup rapat. Air mata kembali menitis jatuh gugur ke bumi. Semakin deras, semakin laju. Tidak aku sangka pada diriku. Sudah seminggu mak pergi, masih kuat lagi mata ini untuk menangis.
Ramai juga yang datang tempoh hari. Menziarahi aku dan bersimpati dengan aku. Jiran-jiran, saudara terdekat mahupun jauh, rakan-rakan sekelas juga turut hadir menziarahi aku. Aku sangat bersyukur dengan kehadiran mereka mengisi kekosongan hidup aku ini.
Tetapi, apabila mereka pulang, jiwa aku kembali kosong. Aku hanya mampu bersabar dan berdoa pada yang Maha Esa agar kuatkan jati diriku. Aku pergi berehat di sofa. Aku menyeka air mata yang mengalir dan aku melihat sahaja suasana sepi di rumah ini.
Di saat ini, aku rasa aku lah manusia yang paling miskin. Walau setinggi gunung Everest pun harta yang mak aku tinggalkan untuk aku, tetap aku rasa aku lah manusia paling miskin. Sebab padaku, ibu bapa lah harta yang tidak ternilai. Aku sudah tidak punya bapa dan sekarang mak aku pula.
Orang lain patut rasa bersyukur kerana mereka masih ada kedua ibu bapa. Masih ada orang tua yang mendoakan kejayaan mereka. Sedangkan aku, keduanya telah pergi meninggalkan aku. Doa ibu bapa doa yang senang di makbulkan. Aku sudah hilang punca doa. Kini, giliran aku mendoakan mereka di sana agar dilapangkan kubur dan dikurangkan seksaan daripada Allah.
'Mak, adik sudah merinduimu. Mengapa cepat mak pergi meninggalkan adik seorang diri kat sini? Adik takde sape dah mak. Abang kakak masing-masing sudah berkeluarga. Adik tak perlukan orang lain. Adik perlukan mak. Macam mana adik nak teruskan hidup tanpa mak?' bicara hatiku meronta-ronta merindui mak.
Tok! Tok! Tok!
"Assalamualaikum." Kedengaran orang memberi salam. Siapa pulak yang datang petang-petang ni. Aku tengah bersedih, mata dah bengkak macam panda, rambut serabai dan kusut pulak tu. Sebelum aku menjawab salam, aku cuba sedaya upaya untuk tidak kelihatan macam baru lepas menangis.
"Waalaikumsalam." Jawab aku dan membuka pintu. Alangkah terkejutnya aku. Kerana seorang lelaki ini yang datang terus memeluk aku setelah aku membuka pintu. Kaget aku.
"Ian, sorry for your loss. Takziah untuk kau sekeluarga. Aku baru tahu. Serius tak tahu. Bila aku dapat tahu, terus aku datang." Lafaz Ijie yang penuh emosi.
"Habistu kau ponteng kelas?" Soal aku risau.
"Yup." Angguk Ijie dengan serba salah.
"Tapi, aku nak make sure yang keadaan kau okay." Kata Ijie lagi. Tapi aku rasa aku semakin sedih dengar apa yang dia cakap. Tak semena-mena, air mataku mengalir sekali lagi. Emosi aku memang tak kukuh buat masa ni.
"Ian, sorry. Aku tak bermaksud apa-apa. Aku mintak maaf kalau aku salah cakap." Risau Ijie. Aku mengajaknya masuk untuk duduk di sofa. Sambil itu, aku sempat lagi hidangkan air. Adab melayan tetamu itu masih ada walaupun emosi macam ni. Waktu ini, Ijie kagum melihat aku. Walaupun dia berkeras suruh aku duduk dengan dia. Tapi aku tetap hidangkan air untuknya.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...