Hampir beberapa hari aku tidak bersuara dalam bilik. Dengan lebih tepat lagi, aku tidak bercakap dengan Shaqeer. Aku rasa stress bila dia ambil case tu. Aku ni jenis tak suka berebut tapi dalam satu group mesti ada yang jenis obsess. Semua dia nak sapu. So, aku mengalahlah. Sapulah semua kasi bersih.
Aku sedar Shaqeer pun macam serba salah dengan aku. Nak cakap tapi macam tak jadi nak cakap.
Aku duduk di balkoni seorang diri. Melihat langit yang gelap kerana hari sudah malam. Langit sangat clear tanpa sebarang awan. Bintang-bintang pun kurang aku dapat lihat. Mungkin kerana duduk di bandar. Kalau di kampung, senang nak tengok.
Aku masih memikirkan apa yang akan berlaku pada esok hari. Aku harus mencari case write up aku secepat mungkin untuk mengelakkan kerjaku bertangguh. Benda ni untuk carrier mark aku. kalau aku tak buat, nanti aku senang fail. Scaryla...
Aku masuk ke dalam bilik aku sambil aku melihat Shaqeer sedang khusyuk membuat kerja. Tengah buat case write up la tu. Untunglah... Aku case pun takde.
Keesokkannya, aku tidak sempat untuk mencari case baru sebab aku terus follow ward round. Cepat sangat ward round ni start. Tak bagi peluang pada aku untuk clerk patient.
Pernah terfikir tak suasana ward round macam mana?
Yang penting mesti ada boss besar (specialist), boss kecik (MO), orang suruhan (HO), Matron (kadang-kadang), Sister (depends), staff nurse (wajib ada), medical students dan nursing students (depends).
So, ramaikan orang yang follow ward round ni. Aku rasa macam tersisih bila ramai-ramai ni sebab aku tak dengar perbincangan boss besar dengan boss kecik dan orang suruhan. Eventually I just skip the round.
But that day, that very particular day, aku skip ward round apabila Shaqeer menarik lengan aku dan keluar dari sekelompok manusia itu.
"Kenapa ni?" aku tanya dengan hairan.
"Teman aku clerk satu patient ni." Arah Shaqeer sambil mengajak aku mengikutinya ke bilik yang ada 4 orang.
Kami masuk di dalam bilik tu dan tengok seorang lelaki yang baring dengan right tibia fracture.
"Selamat pagi encik. Kami medical student. Kami nak tanya-tanya sikit boleh?" Shaqeer rappor dengan patient tersebut. Kebetulan nasib dia baik kerana patient tu nampak bosan dan mesra apabila ditegur.
"Aku tanya dan kau salin." Arah Shaqeer dengan tegas. Aku memandang wajahnya dan riak wajahnya memang serius nak aku salin. Memang dasar pemalas punya budak.
Jadi, aku keluarkan sehelai kertas dan mula menulis demographic profile patient ni dan dengar segala soalan diajukan berserta dengan jawapan yang diberikan dari patient dengan teliti.
Hampir 20 minit mendengar celoteh Shaqeer dengan patient tu. kamcing pulak aku tengok. Begitu mesra macam sembang kat kedai kopi. Inilah kelebihan Shaqeer, dia pandai rappor. Jadi tak kekok bila bersembang dengan orang yang dia tak kenal.
Selesai clerking, we must do physical examination at the knee.
"Kau buat knee examination. Aku buat general." Suruh Shaqeer. Aku nampak begitu lancar sekali gaya dia melakukan examination.
"On general examination, the patient is lying comfortably on a bed with branula at the dorsum of the left hand attached to normal saline. There is a pair of crutches at the side of the bed and the right leg is propped up on top of pillow with cast..."
Shaqeer ni buat examination with running commentary. Speechless aku seketika. Aku salin je apa yang dia bebel tu.
Lepas ni turn aku pulak. Aku cuba nak ikut cara dia. Selepas mintak permission dengan patient untuk bukak balutan tu, aku teruskan examine.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomantikSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...