Abang Sabri menghulurkan kertas soalan PMP (patient management problem) pada aku. aku melihat soalan tersebut mempunyai 3 packages: A, B, C. adoi... kalau soalan bone fracture, aku tak mampu nak ingat lah walaupun management lebih kurang sama. Tapi kalau soalan lain, mungkin aku mampu.
Package A (12 minutes)
A 40 yo malay lady g3p2 currently 8months poa presented to ortho clinic with pins and needles at right hand for 2 months. She also has gdm in this current pregnancy.
1. List 5 further hx (5 marks)
2. List 5 ddx (5 marks)
3. Give 3 ix to be done at this point (3 marks)
"Abang, soalan ni soalan ortho ke obstetric? Are we going to be multidisciplinary here?" soal aku hairan.
"Kalau nak jadi doctor kenalah holistic. Try la jawab dulu." Arah abang Sabri.
Jadi, aku terus mengeluarkan pen dan menulis jawapan di atas kertas tersebut. Aku conteng aja di setiap bucu-bucu kertas itu. Sejujurnya, jawapan untuk soalan satu dan dua tu senang. hahaha... berlagak tak bunyinya. Typical case of carpal tunnel syndrome.
Tapi yang soalan ke tiga tu aku blur sikit. Aku cuma tahu 2 je tapi yang lagi satu aku terlupa. Termenung kejaplah aku memikirkan jawapan soalan ni. tanpa aku sedari, aku dapat rasakan kehangatan nafas abang Sabri. Aku toleh ke kiri, terkaku.
Begitu dekat wajahnya dengan wajahku. Baru aku dapat melihat wajahnya sebegini dekat, rupa parasnya yang ala-ala mamak sedikit. Jambangnya memang kemas rapi. Cepat-cepat aku kembali melihat kertas soalan aku. aku tak nak kantoi merenung muka dia lama-lama.
Aku cuba untuk khusyuk memikirkan jawapan tetapi sukar untuk aku melakukannya. keharuman bau jantannya yang menusuk ke hidung aku. bukan setakat bau badannya, tetapi rambutnya yang tersikat rapi pun sangat harum dan membuatkan olfactory nerve aku menggelodak meronta-ronta menghantar dan menerima signal ke otak.
You know bila you tengah jawab soalan exam, then ada pengawas intai jawapan kau dari belakang, kau susah nak focus kan? Dalam fikiran kau, cepatlah dia ni berambus. Macam tu lah aku rasa sekarang. tapi apa yang aku rasa ni lebih menyiksa jiwa.
"Tahu tak macam mana nak buat Tinel's test?" soal abang Sabri tiba-tiba sambil melihat aku. aku pun demo lah kepada dia. Aku tekan perlahan-lahan kat landmark median nerve kat carpal tunnel ni.
"Bukan macam tu. Tapi macam ni." Abang Sabri memegang tangan aku untuk menunjukkan cara yang betul. Pegangannya yang lembut tapi aku dapat rasakan kekasaran tangan lelaki yang berada di hadapan aku. aku juga sedar yang tapak tangannya lebih besar daripada aku.
kenapa aku dibuai perasaan ini? Perasaan dibelai-belai dengan penuh keprihatinan dan kasih sayang. Kalau lah aku boleh cakap kat abang Sabri yang aku mula rasa sayang dengan dia kan bagus. Walaupun dia ni dari luaran nampak garang tapi dialah orang yang paling caring pernah aku tengok.
Abang, berdosakah aku apabila aku sudah mula ada perasaan sebegini terhadap abang?
+++++++++++++++
Ilyas, seorang junior yang ringan tulang serta ambil berat tentang diriku. Sekiranya aku berada di fakulti, sering berselisih dengan dia. Dia juga sering menyapa aku dikala aku termenung keseorangan. Sikit demi sedikit aku cuba mengenalinya. Aku pun hairan dengan sikapnya, kenapa dia sangat baik dengan aku? apakah status aku sebagai seorang senior?
Anehkan?
Nombor telefonnya masih aku simpan. Aku ingin mengajaknya makan bersama. Iya. Aku pernah mengajaknya tetapi hanya melalui instastory. Mesti dia tak perasan. Lagipun, aku tidak lah kecewa apabila dia tak dapat mesej aku tu. Its too general and public. Who would have noticed it? Silly me.
"Hello, Ilyas. Sekarang boleh cakap ke?" aku menelefonnya.
"Abang Ian kan? Boleh-boleh. Cakap jelah." Ceria sungguh suara dia nih. Mesti excited gila bila aku telefon malam-malam.
"Abang ada kat bawah ni. kita jumpa kejap boleh?" bawah tu means kat lobby apartment yang dia sewa bersama-sama batchmates yang lain. Hakikatnya aku tengah berjalan menuju ke apartment ni sebab aku park kereta aku ni jauh kan. Haruslah aku mengorak langkah sedikit.
"Alamak abang... Saya takde kat rumah. Saya baru je keluar." Jawabnya serba salah. Hampa pulak aku rasa.
"Oh... macam tu ke... lain kali kita boleh jumpa." Tertunduk kecewa aku apabila aku dapat tahu yang dia dah keluar.
"Tapi kenapa suara abang macam dekat saya? Eh, abang!" panggilnya.
Aku memandang ke depan. Ternampak dia melambai-lambai tangannya. Dia berjalan bersama rakan-rakannya. Dia kenalkan rakan-rakan satu batch dia a.k.a junior aku gak. Jadi, aku mengajak mereka semua ni keluar makan bersama-sama.
Kami berborak macam-macam cerita. Aku tanya asal usul mereka, kenapa ambil medic, dan berkongsi pengalaman pahit manis yang aku telah lalui sepanjang aku menetap di medical school ni. tetapi, aku tidak lah bercerita mengenai keperitan yang aku alami buat masa ni. aku cuba mengelak dan mujur mereka pun tidak tanya.
Mereka pun nampak senang sekali apabila bersama dengan aku. teringat aku sewaktu dahulu di mana aku pun menghargai senior aku. lagi-lagi arwah abang Laith. Aku tetap menyayangi dia sehingga kini dan merinduinya. Tapi kenapa ye, aku cuma rapat dengan dia seorang je. Senior lain aku kurang kenal dan rapat.
Seusai makan, masing-masing ada hala tujuan masing-masing. Mereka ni mahu berjalan-jalan lagi. Tetapi aku tidak lah ingin mengikutinya. Ilyas pun enggan mengekori mereka. Kini, tinggal aku dan Ilyas berdua. Aku hantar Ilyas kembali ke rumahnya dan dia pun mengajak aku masuk ke biliknya.
What do you expect rumah student? A messy horrible shit, which I know exactly how it looked like because I was in that shit few years back. Haha...
"Abang nak minum apa-apa?" soal Ilyas tiba-tiba.
"Takpe, abang kenyang lagi. Tak larat nak minum apa-apa." tolak aku baik sambil tersenyum.
Kemudian, suasana jadi krik-krik kejap sebab keadaan ni kekok sangat.
"Saya suka abang! Saya nak abang jadi boyfriend saya." Ujar Ilyas serius dan mengejut. Aku terkesima buat seketika. Budak zaman sekarang ni dah maju gamaknya. Berani meluahkan perasaan. Aku dulu pun segan nak luah.
"Kenapa suka abang?" soal aku tenang tetapi dalam hati ni, aku speechless. Thought block weyh...
"Sebab... sebab... saya pun tak tahu. Tapi perasaan tu lahir sejak first time saya terserempak dengan abang waktu saya tahun 1 dulu." Jawabnya terketar-ketar. Nervous budak ni.
daripada apa yang aku lihat riak wajahnya, dia memang cari masa untuk luahkan perasaannya kat aku. aku kagum dengan keberaniannya. Tetapi, aku juga harus pandai memilih kata-kata aku agar tidak melukakan hatinya. Aku faham perasaannya. Tetapi aku kena pastikan sama ada ianya cinta atau kagum dengan seorang senior.
Hati aku sendiri pun masih berbolak-balik.
To Be Continued MSP FINAL IV
Hey guys. after debating intensely in the previous chapter, who do you think of Ian's latest dilemma?
Discuss nicely k.
Abg Sabri VS Ilyas.
Click VOTE and then Bawang starts.
p/s: whoever can answer that PMP question, please do answer it.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...