Aku menyiram pusara makku dengan air yang sudahku bacakan surah Yasin sebentar tadi. Aku taburkan juga bunga-bunga yang petik dari halaman rumah aku sendiri. Semakin sebak rasa jiwa kerana bunga-bunga inilah yang di tanam oleh mak aku sendiri. 'kepada tuan kau berbakti wahai bunga' monolog hati ini. Seusai itu, aku menyeka air mataku ini. Tak eloklah aku asyih bersedih dan menangis. Hampir seminggu mak pergi meninggalkan dunia yang sementara ini. Aku mengutip barang-barang untuk pulang dan toleh ke belakang. Segala barang yang aku pegang, terjatuh akibat terkejut.
"Aqer..." panggilku perlahan.
"Ian..." jawabnya juga perlahan. Segara Shaqeer memeluk aku. Memeluk aku seerat yang dia mampu. Kali ini, tangisan aku tidak dapat ditahan lagi. Aku biarkan saja ia mengalir. Lama juga kami berpelukan di situ. Tetapi, hanya perkataan sabar sahaja yang keluar dari mulut Shaqeer.
"Izinkan aku sedekahkan surah yasin buat mak kau." Pinta Shaqeer dan aku mengangguk. Aku bentangkan kembali tikar yang telah aku lipat tadi. Aku duduk bersandar dengannya. Lalu dia mulakan bacaan surah Yasin itu. Merdu sungguh bacaannya serta lancar. Aku jadikan bahunya sebagai tempat aku lentok.
"Terima kasih Aqer sebab sedekah yasin untuk mak aku." Ucapku setelah dia habis membaca doa.
"Sama-sama."
"Jom balik rumah." Ajak aku sambil mengemas kembali barang-barang.
"Ian, aku tumpang kau ek." Pinta Shaqeer.
"Aik, baru aku perasan! Macam mana kau tahu tanah perkuburan ni?" soal aku hairan.
"Aku pergi rumah kau tadi. Dah sampai, berpuluh kali aku bagi salam dan call tapi tiada yang menyahut. Sekali, ada jiran bagitahu yang kau keluar dan time tu baru aku sedar yang kereta kau takde. Jadi, aku berbual dengan jiran tu." Bagitahu Shaqeer.
"Adoi..." Aku ketawa kecil dan Shaqeer berasa malu sedikit.
"Aku tanya lah mana kau pergi. dia kata kau datang sini tapi aku mana tahu area sini kan. Kemudian, dia nak hantarkan aku ke sini. So, here I am." Ujarnya lagi. Kami masuk ke dalam kereta dan aku terus memandu untuk pulang. Dalam kereta pun masing-masing senyap.
Hati ini kalau boleh didengari dengan telinga manusia, kan senang keje aku. Hendak sahaja aku bertanyakan ke mana dia pergi tapi aku tak nak rosakkan suasana ini. Suasana yang aku maksudkan ini ialah saat tangannya genggam erat satu tangan aku. Tanpa lepas. Very firm grip.
Dah pun sampai rumah, aku perasan dia pandu kereta Honda Jazz. Uuuuu... aku pakai viva je. Tapi aku tetap bersyukur dengan nikmat yang ada. Aku buka pintu rumah dan Shaqeer dengan banyak barang dia bawak. Aku tunjukkan sahaja bilik yang aku tidur. Pandai-pandai lah dia ejas.
"Ian... Jom makan. aku ada bawak satar. Your favorite." Ajak Shaqeer sambil tersenyum.
"Laaa... mana kenyang makan satar..." rungut aku.
"Jangan risau. Aku bawa keropok lekor sekali. Banyak lagi makanan aku bawak." Pujuk Shaqeer. Alangkah indahnya bila tengok banyak makanan Terengganu yang di bawa.
Berusaha Shaqeer menghidangkan makanan atas meja. Aku tengok sahaja kesungguhan dia. Tapi di sudut hatiku yang kecil ini, rasa jugak serba salah kerana dia travel jauh untuk datang ke teratak aku yang sederhana ini. Bayangkan dari Terengganu ke Perak. How far is that! Anehnya, tidak nampak pun kepenatan di wajahnya. Malah lagi gembira apabila bertemu aku.
"Sedap tak?" soal Shaqeer apabila melihat aku meratah satar ni tanpa melihat sekeliling. Aku jadi tak keruan apabila makan satar ni. Macam apa je kan. Aku hanya mampu tersengih dan tersenyum kecil. Tapi Shaqeer makin tersenyum melihat aku. Mungkin dia bahagia melihat aku gembira.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...