1 - Aku mintak maaf banyak-banyak sebab dah sebulan baru nak update cerita ni. harap semua boleh ingat lagi jalan cerita MSP ni.
2 - Mungkin lepas ni aku akan upload new chapter lewat sikit sebab dah nak final year exam ni. so, faham-faham jela ek. once dah habis exam, aku akan fokus cerita ni.
3 - jangan marah na...
Aku melihat Ian yang tengah khusyuk study. Riak wajahnya lucu dari awal aku perhatikan. Kejap dahi berkerut, kejap tersenyum, kejap tertawa, kejap terlelap dan etc. tertawa aku tak berhenti dalam hati. Tapi Alhamdulillah, aku tengok mood dia semakin pulih. Dia semakin ceria tapi tidak seceria yang dulu. Aku tahu ia makan masa. Aku tunggu.
Aku harus bersabar sebab dalam hal ini, paksa bukanlah suatu benda yang utama. Sedangkan luka yang berdarah pun perlahan-lahan menjadi parut. Macam itulah. Yang hairannya, aku suka tengok Ian tu. Study aku pun tertangguh. Mungkin semenjak dua menjak ni, aku semakin memberi perhatian aku padanya. Aku sedar yang sebelum ini, mungkin aku acuh tak acuh.
Tetapi sejak pemergian arwah ibu tercintanya, aku merasakan aku harus bertanggungjawab ke atasnya. Dia pun sudah tidak punya ibu bapa. Adik beradik? Sukar untuk mendapatkan kata sepakat kerana mereka kurang faham akan keadaan Ian ini. Siapa je yang faham Ian ni. Kadang-kadang aku sendiri tak faham. Kadang-kadang aku terpaksa buat-buat faham untuk mengelak pergaduhan.
"Aqer!" jerit Ian.
"Iye!" sahut aku.
"Tak dengar ke? Penat panggil dari tadi. Tengah angau kat sape tu ha?" sindir Ian geram.
"Angau dengan sayanglah. Dengan siapa lagi." Amek kaw! Kelu lidah Ian dibuatnya.
"Eeeee..." rungut Ian manja. Aduh... part ni yang aku lemah. Bila dia merengek manja macam tu, memang aku tak tahan.
"Iye sayang. Cakaplah. Nak apa?" soal aku serius.
"Sayang tak nak panggil Aqer 'abang' lagi." Ujarnya tegas.
"Kenapa pulak? Habis tu nak panggil apa?" hairan aku.
"Nak panggil bie..." Sengih Ian. Aku mampu tersenyum. Aku lihat wajahnya lagi aku tersenyum. Aku mengangguk. Ia buatkan lagi Ian tersenyum. Terus dia datang memeluk aku untuk menunjukkan rasa sayangnya pada aku. lalu, aku mengusap lembut kepalanya.
"Sayang... Bie nak tidur dulu." Kata aku penat. Ian cepat-cepat bangun dan tutup lampu bilik.
"Kenapa tutup lampu?" Soal aku pelik.
"Sebab bie nak tidur lah." Jawab Ian selamba.
"Habis tu tak nak study lagi?" Soal aku lagi.
"Tak nak. Nak tidur dengan bie. Nak tu..." jawab Ian manja sambil menunjukkan lengan aku. aku tersenyum lagi. Aku pun terus baring atas katil dan membuka lengan aku untuk Ian baring. Lalu Ian baring kat atas lengan aku ni untuk dia jadikan bantal. Aku terus memeluknya seperti bantal peluk. Memang ini jadi rutin harian kami. Ada dua katil single tapi pakai hanya satu.
Ian POV
Habis je kuliah, aku dan Shaqeer menuju ke lif. Kuliah kami ni di tingkat atas. Nampak sangat malas nak turun pakai tangga. Ramai orang yang berpusu-pusu untuk menaiki lif. Rata-rata rakan sekelas kami. Tapi aku hanya berdua dengan Shaqeer. Rapat-rapat dengan Shaqeer. Tapi taklah sampai berpegang tangan. Cuma rapat macam magnet.
"Ian... sudahlah tu... rimas aku tengok korang ni melekat je." Perli rakan sekelas.
"Biarlah... Kasi can lah weh. Siapa je yang aku ada kat dunia ni." protes aku kembali dengan geram. Sentap terus rakan-rakan aku. aku memandang Shaqeer dan dia mengusap belakang aku supaya aku bersabar dan tenang. Aku pun takderlah nak marah mana pun. Tapi Shaqeer memandang aku rasa tak senang. mungkin dia tak suka dengan cara aku jawab tadi kot. Aku pergi mendapatkan rakan aku tu.
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
RomanceSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...