Ian POV
"Kau nak apa datang jumpa aku ni?" soal aku.
"Aku nak jumpa kau. tapi kuat jugak ye penumbuk kau ni. nampak je macam..."
"Macam apa? kau ingat aku lembik?!" tengking Ian.
"Janganlah marah. sorry..." Gumam Shaqeer. Aku ternampak beg kertas yang ada di atas meja di depan sofa yang aku baring ni. seingat aku, meja ni tidak ada apa-apa barang. Kemudian aku bangun menuju ke bilik air untuk membasuh muka aku. walaupun aku masih mengantuk dengan ubat tidur tu, tapi aku harus celik demi Shaqeer.
Aku kembali duduk di ruang tamu bersama-sama Shaqeer. Aku capai peti kecemasan yang ada di bawah meja itu dan hulurkan pada Shaqeer. Sedar tak sedar, aku telah menumbuk pipi dia dan mungkin terluka sedikit di bucu bibirnya.
Puas dapat tumbuk dia.
"Kau tak nak sapukan ubat untuk aku ke?" Soal Shaqeer manja. Tapi aku macam rasa nak muntah bila dengar. Aku ambil cermin meja di bilik aku dan hulurkan padanya.
"Bubuh sendiri." Ujar aku malas. Agak kelakar melihat dia berusaha menyapu ubat di pipinya. Aku takdelah simpati mana pun walaupun dia merungut apabila aku tak mahu menolongnya. I don't care anymore.
Shaqeer mengeluarkan album gambar dari beg kertas dibawanya. Dia selak satu persatu untuk melihat gambar tersebut. Dia ni nak tunjuk album kahwin dia ke kat aku. tolonglah faham. Aku terus membuka TV dan mencari cerita menarik yang ditayangkan. Tetapi mataku tetap ingin melihat gambar yang ada dalam tu.
Jeling sikit dan aku kaku buat seketika. Shaqeer tunjuk album tersebut pada aku. aku ambil album tu dari tangannya dan aku selak satu persatu. Aku melihat wajahnya kembali dan aku lihat gambar dalam album ni semula.
"Aku tak sangka memori aku dengan kau banyak gila." Shaqeer keluh."Kau bubuh semua gambar ni dalam album? Kan aku dah cakap, gambar kita ni jangan albumkan. Better di hapuskan!" soal aku geram.
"Kenapa aku nak hapuskan kenangan aku dengan kau, Ian?" suara Shaqeer mula meninggi.
"Sebab, kalau kau ingat, gambar-gambar ni takkan di cuci!" Balas aku dengan nada yang tinggi. suasana menjadi sepi dan sunyi untuk seketika.
"Kau simpanlah semua gambar ni. aku tak nak orang lain tahu pasal kisah silam kita ni." arah Shaqeer.
"Especially isteri kau yang ter'cinta' ke?" sinis aku dan Shaqeer hanya berdiam diri.
Aku terpandang jendela rumah Ijie ni dan terfikir, rumah Ijie di tingkat atas di condominium ni. tanpa berfikir panjang, aku ambil album gambar itu dan campak ke luar jendela.
"Settle masalah." Kata aku sambil menepuk-nepuk tangan aku ibarat nak bersihkan habuk dari tangan dan Shaqeer kaget dengan perbuatan aku lalu bangun ke menuju ke beranda.
"Kenapa kau campak ke luar ian?! Kau dah gila ke?! Kalau orang nampak macam mana?!!" tengking Shaqeer pada aku.
"Yes! Aku memang dah gila! Sebab kau lah punca aku gila!" balas aku sambil menarik kolar baju Shaqeer dengan kuat.
"And aku suggest kau pergi cari sekarang sebab kau takut kan kalau orang nampak." Ugut aku dan Shaqeer mengangguk kepalanya.
"Lepas tu, kau boleh berambus dari hidup aku selama-lamanya!" Jeling marah aku tepat pada matanya.
+++++++++++++++
Aku keluar dari panggung wayang dengan abang Sabri. Kebetulan, hari ini merupakan hari gaji. Jadi, dia mengajak aku untuk makan malam bersama dan menonton wayang selepas itu. Movie yang kami tonton ialah Munafik 2 sebab cerita ni tengah laku di pawagam kan sekarang. Lagipun, pilihan cerita di panggung tak banyak.
"Macam mana abang boleh gelak ketawa waktu tengok cerita tadi? Tak seram ke? orang lain menjerit bagai, abang boleh gelak pulak." Rungut aku dan abang Sabri masih ketawa kecil dengar rungutan aku.
"Abang tak focus la tengok cerita tu tadi." Ujarnya selamba.
"Sebab apa pulak?"
"Sebab Ian la."
Sebab aku? aku jadi bingung. Kenapa aku pulak yang dipersalahkan. Aku sangatlah tak faham.
"Dah lewat sangat dah ni."
aku melihat jam yang abang Sabri pakai. agaklah. Its already late. Past midnight jugaklah.
"Jom. Tidur rumah abang jelah. Esok pagi abang hantar. Abang pun dah mengantuk ni." ajak abang Sabri. Aku turuti sahaja kemahuannya.
Keesokkannya, setelah sarapan di rumah abang Sabri, aku ingin pulang. Tetapi hajatku ini telah dihalang oleh abang Sabri. Dia mengeluarkan satu kertas yang mempunyai soalan orthopaedic. Kau gila ke pe? Aku manalah mood nak buat semua ni.
To Be Continued MSP FINAL III...
Do you feel ian's intense anger? haha... Shaqeer la punca...
Enjoy guys. leave some burning and hot comments down below.
Click VOTE as always!
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
Roman d'amourSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...