MSP 12

2.5K 144 43
                                    


Shaqeer POV

Aku masuk ke dalam kereta setelah berjumpa dengan Lina dan beberapa orang rakan yang lain. Aku memandu kereta Ian kesayanganku kerana aku tidak mempunyai sebuah kereta. Ian cukup baik hati meminjamkan keretanya pada aku.

Aku juga membungkuskan air coconut shake perisa original daripada Hogoh de Coco itu untuk memberikan satu kejutan mesra pada Ian. Mesti dia suka dengan air ni dan mesti juga aku kena marah dengannya kerana tidak mengajaknya sekali ke tempat itu.

Apabila aku tiba diluar rumah, aku membelek smartphone aku ni. Daripada tadi dapat notification tanpa henti. Aku jadi rimas kerana aku tahu noti itu daripada group budak laki. Hampir seratus mesej yang aku terima dan aku tanpa berfikir panjang, aku terus buka.

Aku tenganga untuk seketika setelah aku melihat mesej tersebut. Gambar aku dan Lina ada dalam group. Kecoh jadinya apabila aku baca caption itu.

A night to remember. First step for everything.

Apa yang dimaksudkan oleh Lina ni? Ramai yang bertanyakan pada aku yang bagaimana aku boleh sangkut dengan Lina. Hello~ itu first time aku keluar dengan dia.

Dalam group tersebut,

Wow! Hebatlah Shaqeer!

Tak sangka pandai dah sekarang...

Bukan senang nak tackle Lina tu~~

Lina off market. Ramailah yang nangis kat bucu-bucu katil. T_T

I'm happy for you Shaqeer ^_^

Senyap-senyap je... tahu-tahu dah pasang umpan.

Dan lain-lain...

Apa ini semua! Aku tak pernah menjalinkan apa-apa hubungan dengan Lina.

Guys! Semua ni salah faham je. Mana ada aku kapel dengan Lina tu.

Seriuslah???

Tipu. Nak denied pulak. Ngaku jelah... ada bukti gambar dah tu.

Gambar tu Lina yang upload ek. Bukan aku. aku mana layan Instagram sangat.

Kemon Shaqeer... tempat dah lawa... takkan takde pape kot.

Ye. Bukan aku yang upload gambar tu kat Instagram. Aku pun tak tahu kewujudan gambar itu dalam social media. Mungkin waktu Lina tangkap gambar tu, aku tengah ralit dengan handphone aku. Aku dah fed up dengan mesej-mesej tersebut, lalu aku masuk ke dalam rumah.

"Wow! Abang hot kita ni~~"

"Hot gila..."

"Weh! Ceritalah macam mana kau ayat Lina tu?"

"Share tips bro. mana tahu aku boleh pakai."

Semua housemates aku memuntahkan soalan bertubi-tubi tanpa memberikan aku ruang untuk membuka mulut serta bernafas. Apa aku nak jawab ni? Aku dapat rasakan keringat peluh menitis dari kepala aku turun perlahan-lahan ke tepi muka. Tanganku yang paling cepat bertindak balas dengan situasi ni. Makin berpeluh dan tidak selesa.

"Bukanlah. Aku dengan dia mana ada apa-apa. Korang janganlah salah faham." Ujar aku sambil mengelap keringat yang menitis.

"Yeke Shaqeer? Ala... Dah 5th year kan. Open jelah." Usik salah seorang antara housemates.

"Weh mana ada weh. Jangan salah faham pulak. Ada lagi 2 orang perempuan lah. Kitorang buat study group kat situ." Aku menafikan segala tuduhan yang cuba untuk mengatakan aku dan Lina adalah pasangan kekasih.

My Sweaty PalmsWhere stories live. Discover now