"Abang Ian. Kenapa termenung jauh ni? dah sampai mana dah termenung ni?" soal Firdaus melawak. Aku tersenyum melihat Firdaus. Aku rasa bahagia melihat Firdaus bersama-sama dengan Ijie. Sekarang aku rasa aku jadi third wheel dalam rumah ni. aku minta keluar dari rumah ini tetapi Ijie tak izinkan. Dia memang ingin aku tinggal bersamanya. Firdaus pun memahami aku. syukur.
"Kalau kau ada masalah, ceritalah kat kami." Ujar Ijie prihatin. Aku hanya mampu mengeluh dan mengeluh. Mereka pun aku tidak pandang sama sekali. Ralit melihat pemandangan yang ada di luar jendela sambil melihat awan berwarna jingga.
Lantas, air mataku mengalir. Mengalir setitis demi setitis tanpa aku sedari. Aku mengesat air mataku dengan tisu yang Firdaus berikan. Mereka berdua ni memang setia menunggu aku di sini. Aku begitu terharu dengan dorang ni. sangat memahami.
"To be honest, I still cannot accept the fact that Shaqeer is her husband. I cannot accept that they married at all!" sembur aku kecewa.
"Shaqeer sayang aku kot. Shaqeer faham aku, tahu aku, sayang aku. tapi! Tapi kenapa dia mesti dia ada hubungan dengan perempuan tu di belakang aku?! aku tak boleh brain situasi ni!" tambah aku lagi dan mengalir lagi. Terus, Ijie bangun duduk di sebelah aku. merangkul bahuku dengan erat.
"Weyh. Relax Ian. Aku ingat kau okay je bila pergi wedding dorang haritu. Kau nampak happy bila pergi dengan abang Sabri kau tu."
"Aku tahan je peraaan aku waktu tu. Sebab aku tak nak tunjuk perasaan aku sebenar pada abang Sabri. Nanti apa pula dia kata."
"Baru dua minggu dorang menikah. Ada Shaqeer telefon kau ke mesej ke?" tanya Ijie.
"Mana dia ingat aku weyh! Malam-malam sibuk buat anak lah tu!"
"Abang Ian. Sabar banyak-banyak. Biarlah mereka tu. Abang carilah yang lain." Pujuk Firdaus.
"Haritu dia telefon aku pun sebab ajak jumpa. Tapi aku tak jumpa pun dia. Aku tak hingin!" aku berkeras.
"Apa kata, kita bertiga keluar pergi jalan-jalan nak? Makan angin!" ajak Ijie tapi malangnya aku menolak mentah kerana aku malas. Apa-apa pun aku tak nak buat. Makan pun aku tak lalu, tidur pun tak nyenyak, badan rasa lemah dan perasaan aku pun sedih je.
Aku tak tahulah nak buat apa. Pergi ke kelas pun tak masuk ilmu dalam kepala. Asyik memikirkan keadaan ini semua.
Shaqeer POV
Telefon aku berdering. Lalu aku terus angkat tanpa melihat nama pemanggil.
Weyh bro! Ijie ni.
Oh Ijie. Ada apa hal?
Kau tolong bekas kekasih kau tu boleh? Aku tengok macam depress je.
Kenapa dengan Ian? Aku nak jumpa dia tapi dia menolak.
Okay. Macam ni. aku nak korang berdua selesai masalah korang. Esok Ian kat rumah seorang diri. Aku akan keluar dalam tengahari. Kau datang jumpa dia time tu.
Tapi aku ada hal esok dengan orang rumah aku.
Haish. No wonder la Ian ni merana sebab kau. kau nak aku datang tumbuk kau ke? kau datang jugak esok tengahari!
Panggilan dimatikan. Kenapa dengan Ian ni?
Keesokannya aku pergi ke rumah Ijie dan aku hadiah yang Ian berikan pada aku sewaktu aku menikah tempoh hari. Aku ketuk pintu rumah Ijie ni tapi tidak berjawab dan aku cuba telefon Ian terus dan malangnya dia tutup telefonnya. Aku cuba tanya pada Ijie untuk dia buka pintu rumahnya.
Nasib baik dia belum lagi keluar dari kawasan rumahnya. Dia patah balik untuk berikan kunci rumahnya pada aku. dapatlah aku masuk ke rumah Ijie ni dengan bantuannya. Aku masuk perlahan-lahan dan gelap rumah Ijie ni apabila langsir di tutup. Aku terus menuju ke ruang tamu dan aku nampak bahawa Ian sedang tidur nyenyak di atas sofa.
Tak berdengkur pulak si Ian ni. selalu kalau tidur dengan aku mesti berdengkur. Senyap-senyap aku membuka langsir di ruang tamu ni agar cahaya sinar mentari dapat memasuki ke dalam rumah ni. aku pun duduk di sofa sebelah Ian tidur.
Aku mengusap lembut rambutnya kerana aku tak nak perbuatan aku buatkan dia terjaga dari tidur nyenyaknya. Aku terpandang akan ubat yang terletak di atas meja. Aku terus ambil dan tengok, aku terkejut! Ini ubat midazolam.
Ian telan banyak ke ubat ni? aku tengok kosong paket ubat ni.
"Ian! Bangun Ian!" aku mulai cemas.
"Ian! Bangun! Ian!" aku mula menampar-nampar pipinya agar dia terjaga. Tapi tidak berjaya. Lalu aku ke dapur mengambil air dan aku curahkan pada wajahnya.
"Ish... apa... basah... ni?" mamai Ian membuka mata. Lega aku. sangat lega.
"Ian! Apa yang kau dah buat ni? Kau nak bunuh diri ke? kenapa kau makan Mida ni sampai habis?!" tengking aku.
Dush! Satu penumbuk telah dilayangkan ke pipi aku sehinggakan aku rebah dan jatuh ke lantai bumi.
"Fak you Shaqeer! Aku bukan nak bunuh diri sial! Aku makan ubat tu sebab aku nak tidur! Dah banyak hari aku tak boleh tidur!" tengking Ian marah. pertama kali aku melihat Ian sebegini marah.
To be continued into MSP FINAL II...
p/s: hi korang sume. sorry sgt sbb delay lama sgt. this is final chapter. so, ada 5 parts sumenya. aku akan release part by part every other day camtulah. i hope u guys enjoy all of the parts. and ada reason jugak sbb buat 5 parts. i will let u know at the end. thanks guys!
YOU ARE READING
My Sweaty Palms
عاطفيةSemanis gula sepahit peria dalam perjalanan menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang Doktor. Sukar bagi Shaqeer ingin meluahkan rasa cintanya pada Ian (Sufian). Dia sangat sayangkan Ian tapi dirinya tidak sempurnya untuk hidup bersama-sama deng...