[ 1 ]

4.2K 63 6
                                    

United Kingdom

"Cath betul-betul yakin ke dengan apa yang Cath nak buat ni?" soal Aunty Mary untuk kesekian kalinya.

"Ye Cath yakin, kematian mummy dengan daddy mesti mendapat pembelaan. Tak kira walau apa cara sekalipun, Cath nak jugak cari sapa dalang disebalik semua ni"

"Tapi keadaan Cath ni macam mana? Cath kan baru je lepas sembuh lepas setahun koma. Aunty cuma risaukan keselamatan Cath je"

"No need to worry Aunty Mary, I know how to take care of myself. I'm totally fine right now lagipun dah 7 bulan kan Cath sedar dari koma. Sekarang Cath dah okey"

"Macam mana aunty tak risau, you're my one and only niece that I have sayang. Kalau Uncle James tahu mesti dia pun kurang setuju. Apa kata kita upah je personal investigator?" cadang Aunty Mary

"Aunty please, just let me handle this. Nanti aunty pujuklah Uncle James. Cath tahu dia setuju punya sebab dia jenis yang easy going. Pasal nak upah PI tu biar je dulu, kalau Cath betul-betul perlukan pertolongan PI tu baru Cath upah. For now, let me handle this by myself"

"Okay now tell me, apa plan Cath after balik Malaysia? Macam mana nak tahu sapa dalangnya semua?"

"Cath akan menyamar untuk cari maklumat. When the right time, then barulah Cath akan bertindak"

"Nak menyamar jadi siapa Cath? Kan aunty kan dah tukar segala maklumat pasal diri Cath. No more Qayla Adrianna. Now you're Cathryn! Cathryn Helena. Better kita lupakan jela benda ni Cath. Aunty tak nak tanggung risiko. Aunty tak nak kehilangan Cath"

"I have my own plan aunty. No, benda ni kita tak boleh lupakan macam tu je. Kalau aunty tak nak tanggung risiko takpe, Cath sanggup tanggung semua tu. Trust me aunty, Cath takkan biarkan mereka apa apakan Cath"

"Aunty tak ingat ke apa yang orang tu dah buat kat family kita? Syarikat oil and gas daddy kat Malaysia tiba tiba bankrupt padahal masatu kita menang banyak tender. Lepastu mansion kami terbakar hangus jadi abu, nasib baik Daddy ada villa lain. Mummy pulak hampir setahun menderita sebab kena santau sampai meninggal. Daddy tak payah cerita lah kena ugutan bunuh lah, kena rompak lah and macam-macam lagi"

"Tak cukup dengan tu, mereka buat daddy kemalangan tragik sampai meninggal jugak and last Cath kene langgar lari, setahun koma terlantar atas katil macam mayat hidup. It's not that easy to forget this aunty! It hurts me a lot. I can't stand anymore!" lirih Cathryn sebak bersama linangan air mata.

"I'm so sorry Cath. Bukan aunty tak ingat, aunty ingat even tak akan boleh lupakan pun. This is the reason why Aunty still tak nak amik tindakan sampai sekarang. Sebab aunty yakin dalang semua ni bukan calang calang orang. Aunty ada Cath dengan uncle je sekarang. Kami bawak Cath jauh sampai sini, tukar maklumat diri Cath semua bukan sebab apa, it's for your good sake. Cukuplah aunty dah kehilangan abang dengan kakak ipar and now I dont wont to lose you" ucap Aunty Mary yang turut sebak.

"Tapi kalau itu dah memang keputusan Cath, aunty izinkan dan Cath janji kena jaga diri elok elok kat sana" putus Aunty Mary memeluk Cathryn.

"Thank you for your understanding aunty. Cath janji akan jaga diri elok elok. Tapi aunty kena lah percayakan Cath, lagipun I am 25 already"

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now