Dari tadi Cathryn bermundar mandir di dalam biliknya. Apa yang dibuat serasa serba tak kena. Fikirannya sarat memikirkan apa yang perlu dibuat untuk menyelesaikan segala permasalahan ini.
Terlalu banyak perkara yang terjadi secara tiba tiba belakangan ini menyebabkan Cathryn resah gelisah. Pahit untuk dia telan namun itulah realitinya.
Satu persatu mulai terungkai, mula mula kemunculan nenda pada hari majlis tahlil, selepas itu dia mendapat tahu bahawa Tengku Edriz Ayden dan Tengku Ezrakil Aryan adalah adik beradik kembar.
Kemudian luahan hati secara tiba tiba dari Tengku Edriz supaya memberinya peluang dan yang terkini, rupanya Dato' Majid dalang disebalik kejadian yang menimpa ahli keluarganya selama ini.
Cathryn mengerling jam didinding, jam hampir menginjak ke angka 10.50 malam, namun Tengku Edriz masih belum juga pulang. Cathryn perasan, Tengku Edriz kerap kali keluar pada waktu malam. Bila dah lewat malam baru pulang.
Namun itu semua tidak menjadi masalah bagi Cathryn, kerana dia lebih selesa bila Tengku Edriz tiada bersamanya. Ditambah lagi buat masa sekarang Cathryn sebolehnya ingin bersendirian.
Cathryn bergerak ke arah laci mejanya, satu papan ubat tidur diambil.
Awalnya dia rasa teragak agak, namun rasanya itulah satu cara untuk dia cuba melelapkan mata seketika bagi mengurangkan rasa stress yang bertandang di hati.
✨✨✨
Tengku Edriz menguap sebaik sahaja melangkah masuk ke penthouse, sedar tak sedar dah pukul 11.30 malam.
Perlahan Tengku Edriz bergerak ke bilik tidur untuk menukar pakaian sebelum tidur.
Namun tiada pula jasad Cathryn di atas katil. Kebiasannya sewaktu begini isterinya itu sudah lena diulit mimpi.
"Helena, awak kat mana?" Panggil Tengku Edriz namun tiada jawapan dari Cathryn.
"Aik? Takkan Helena keluar malam malam macam ni?"
Dia kemudiannya bergerak ke arah bilik air untuk mencari Cathryn, namun tiada.
Baru sahaja memalingkan muka ke arah katil, Tengku Edriz terkejut melihat sekujur tubuh yang sudah terbaring longlai di atas lantai.
"Ya Allah! Helena, awak kenapa ni?!"
Tengku Edriz mulai cemas melihat keadaan Cathryn yang sudah pucat lesi, mulutnya berbuih. Jantungnya berdetak kencang mengalahkan orang yang berlari 200 meter. Risau kalau ada perkara buruk yang bakalan terjadi terhadap Cathryn.
Melihatkan keadaan Cathryn yang masih kaku dan langsung tiada tindak balas, Tengku Edriz terus mencempung Cathryn untuk dibawa ke hospital.
✨✨✨
Tengku Edriz terduduk lemah di ruangan menunggu. Kalau sampai ke pengetahuan bonda dengan walid memang nahas dia nak menjawab.
"Kalau saya tahu benda macam ni nak jadi memang saya takkan tinggalkan awak sorang sorang Helena"
Hampir setengah jam di rawat, akhirnya Dr. Lia yang merawat Cathryn keluar dari wad kecemasan.
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...