Tengku Edriz sempat menolak Cathryn daripada terkena tembakan namun sebaliknya Cathryn memusingkan badannya untuk melindungi Tengku Edriz.
Tengku Edriz tersentak sebaik bunyi das kedua dilepaskan. Dapat dilihat jelas wajah Cathryn berkerut menahan kesakitan yang maha dahsyat. Akal Tengku Edriz tidak mampu berfikir seketika, semua yang terjadi terlalu pantas.
Cathryn sudah rebah dipelukannya.
Matanya sempat menangkap kelibat susuk badan wanita yang menembak Cathryn sebelum wanita itu menghilang.
"Arghhhh..,sa...sakit ab..abang"
"Sa..sayang... tolong bertahan. Sayang kena kuat"
"Tolong! Tolong call ambulans!" Jerit Tengku Edriz bagai nak gila. Dia tak mahu apa apa hal buruk terjadi kepada Cathryn.
"Sa..sayang da..dah ta..tak ku..kuat"
"Ka..kalau apa..apa ja..jadi de..dekat sa..sayang.. abang tolong jaga anak anak kita. Ka..alau ke..kena buat pi..pilihan ab..abang kena pilih anak kita" ucap Cathryn tersekat sekat. Suaranya semakin tenggelam timbul.
"No..please sayang jangan cakap macam ni. You'll be alright" suara Tengku Edriz bergetar. Bila bila masa sahaja air mata lelakinya boleh tumpas.
Perlahan lahan Cathryn mengangkat tangannya untuk menyentuh pipi Tengku Edriz.
"Sa..sayang sa..sayangkan a..abang sampai syu..syurga" ucap Cathryn sambil tersenyum paksa. Perlahan lahan Cathryn mulai menutup matanya. Tangannya yang menyentuh pipi Tengku Edriz turut perlahan jatuh seperti jasad yang sudah tidak bernadi. Dunianya bertukar kelam dan gelap.
"Ya Allah sayang, wake up jangan buat abang risau! Tolong sayang abang merayu sangat, tolong bertahan untuk anak anak kita"
Tengku Edriz mengangkat tangan dari menampung badan Cathryn supaya kedudukan Cathryn lebih selesa. Namun tangannya mengeletar sebaik melihat darah yang membasahi tapak tangannya. Dia yakin isterinya itu akan kehilangan banyak darah.
Hati Tengku Edriz berdetak kencang separuh mati apabila melihat wajah Cathryn semakin pucat lesi. Perasaan Tengku Edriz berkecamuk, dia risau kalau kalau Cathryn... Ahhh dia tak nak fikir semua itu.
"Tolong lah suruh ambulans cepat sikit! Nyawa isteri saya lagi penting buat masa sekarang ni!"
"Pihak ambulans dah on the way Tengku"
Tengku Edriz buntu, kalau ikutkan hati mahu sahaja dia mengangkat Cathryn sendiri ke hospital diketika ini. Namun akal warasnya menghalang, bimbang akan membahayakan lagi keadaan Cathryn.
Soal siapa yang menembak isterinya sudah tidak dihiraukan lagi. Sekarang nyawa isterinya lebih penting dari segala macam hal. Andai sahaja nyawanya boleh menjadi galang ganti dia sanggup asalkan isterinya itu tidak kenapa napa.
✨✨✨
Setibanya di The Royale Healthcare Tengku Edriz turut sama menolak Cathryn ke bilik bedah. Kalau boleh dia nak masuk menenemani Cathryn di bilik bedah. Namun awal awal lagi dia dihalang.
Tak sesaat detik berlalu pun, Tengku Edriz tak merisaukan keadaan Cathryn. Segala macam benda bukan bukan yang bermain dikepalanya sekarang. Tiada ayat dan kata kata pun yang boleh menenangkan dirinya saat ini.
Dari kejauhan kelihatan Aunty Mary dan Uncle James yang tergopoh gapah menghampiri Tengku Edriz.
"Ed, macam mana dengan Cath? Macam mana dengan twins? Mereka semua okay kan? Tolong bagitahu aunty yang merek semua baik baik kan?" Soal Aunty Mary penuh gusar. Suaranya parau seperti baru lepas menangis.
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...