Bertubi tubi soalan yang ditanyakan oleh Aunty Mary sebaik melihat gambar persandingan Cathryn dan Tengku Edriz.
"Cath, betul ke Cath pilih Edriz ni sebab nak cari someone yang boleh lindungi Cath kat sana? Bukan sebab muka dia macam arwah Ryan? Ke Cath terima dia sebab sama dengan muka Ryan?"
"Tak pernah terlintas dekat fikiran Cath pun sampai macam tu aunty. Kan Cath dah bagitahu kenapa. Betul, Cath tak tipu"
"Sorry babygirl, aunty dah salah faham. Aunty bukan apa, aunty takut Cath terima Edriz sebab wajah dia je. Aunty tak nak Cath hidup dalam bayangan lepas. Cath faham kan maksud aunty sayang? Aunty cuma nak yang terbaik untuk Cath"
Masih terngiang-ngiang perbualan telefon bersama Aunty Mary 2 hari lepas.
Sesekali, Cathryn mengeluh. Tipulah kalau dia cakap semudah itu untuk dia melupakan arwah Ryan. Tambahan pula, wajah Edriz yang sangat mirip sekali dengan arwah Ryan.
Namun, berdosakah dia kerana masih mengingati lelaki lain walaupun dia sudah mempunyai suami?
"Helena, awak buat apa kat luar tu, dah lewat malam ni. Masuk meh nanti sakit pulak" tegur Tengku Edriz yang baru memasuki bilik tidur mereka.
Kerana terlebih asyik melayan perasaan, Cathryn tidak mendengar kata-kata dari Tengku Edriz.
"Eh budak ni, apa yang dimenungnya tu sampai aku bercakap pun dia tak dengar" omel Tengku Edriz sambil mendekati Cathryn yang berada di balkoni bilik.
"Cathryn Helena awak dengar tak apa yang saya cakap?"
"Eh Ayden, bila awak masuk?"
"Tulah, mengelamun lagi. Apa yang awak fikirkan sangat ni Helena, cuba share dengan saya"
"Eh takde fikirkan pape pun lah"
"Ke awak terfikir awak dah buat keputusan yang salah sebab terpaksa jadi isteri saya?"
"Eh kesitu pulak awak ni. Saya saja je amik angin malam kat sini"
"I'm so sorry Helena kalau saya tak boleh jadi suami terbaik untuk awak. Tapi saya janji akan cuba protect awak sebaik mungkin sebab awak dah jadi sebahagian dari tanggugjawab saya sekarang"
"Takpe Ayden, saya faham"
"Honestly, saya pun tak tahu macam mana kesudahan kita nanti"
"Kita go with the flow je sebab saya pun tak berharap lebih. Saya dah bersedia nak hadap segala kemungkinan yang akan terjadi"
"Actually what makes you change your mind untuk kahwin dengan saya? Kenapa awak sanggup gadaikan masa muda awak untuk kahwin dengan orang yang awak tak cinta?"
Cathryn cuak mendengar soalan Tengku Edriz. Wajah Tengku Edriz yang sedang menanti jawpan dipandangnya sekilas
"Saya cuma...
Belum sempat untuk mencipta alasan, deringan telefon Tengku Edriz yang nyaring menyentakkan mereka berdua.
"Fuh nasib baik" desis Cathryn dan terus meloloskan diri masuk ke bilik tidur.
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...