[ 5 ]

1.2K 46 0
                                    

Tengku Edriz menapak naik ke pejabat untuk menemui Tengku Adlan setelah menghantar Cathryn pulang. Dia yakin sekejap lagi dia bakal teruk dimarahi dan dibebel. Nak tak nak kena tadahkan telinga juga.

"Wa-"

"APA LAGI KALI NI EDRIZ?!" marah Tengku Adlan belum sempat Tengku Edriz menyapa nya.

"I'm sorry walid, semua yang jadi tadi out of control"

"Tahu pun out of control. Dah berapa kali walid pesan, jaga atitude Ed! Dekat luar sana ramai yang dah standby nak tulis macam macam pasal Ed. Boleh tak jangan tambahkan pening kepala walid?!"

"Ed tahu Ed salah, Ed janji lepasni Ed tak akan biarkan benda ni berulang"

"Walid dah muak lah nak dengar janji Ed ni. Esok lusa nanti ada lagi news yang bukan bukan keluar pasal Ed. Sekarang Cath dekat mana? Tak pasal pasal budak tu kena tampar"

"Mulut orang memang kita tak boleh nak tutup walid, nanti lama lama mereka diam lah. Cath dah balik tadi, Ed bagi dia balik awal hari ni"

"Senang nya Ed cakap kan? Masalahnya bila orang dah mula mengata nanti benda ni akan bagi impak dengan syarikat! Tengok tak pasal pasal Cath yang tak tahu apa apa jadi mangsa keadaan"

Tengku Edriz terdiam seketika, dia tahu kalau sekali Tengku Adlan bersuara memang tiada lagi ruang untuk dia membela diri.

"Ye Ed tahu, Ed sedar semua tu--"

"Dah walid tak nak dengar apa apa alasan lagi. Berubah lah Ed, takkan sekarang Cathryn pulak sampai kena tempias sebab perangai Ed. Tak kesian ke dekat budak tu?"

"Ed dah mula tinggalkan perangai lama Ed, apa yang jadi hari ni cuma..."

"Cuma apa? Kenapa tergantung ayat tu? Nak cipta alasan apa lagi? Ed suka ke tengok orang sekeliling Ed terluka sebab perbuatan Ed? Suka?"

Tengku Edriz menggeleng.

Tengku Adlan menghela nafasnya kasar. Sakit kepala memikirkan anak terunanya yang sorang ini.

"Cakap dengan Ed ni bukan berubah apa apa pun. Lagi buat walid susah hati adalah"

✨✨✨

Hadif Ilham bersiul gembira melewati meja kerja Hanania.

"Morning Hana" ucap Hadif Ilham mesra.

"Morning Encik Hadif" balas Hanania.

"Tengku Ed dah masuk?"

"Dah tadi"

Dia kemudian mengatur langkah ke office Tengku Edriz kerana sudah dua hari dia tidak menemui sahabat baiknya itu. Maklumla dah dua hari dia bekerja di luar kawasan.

Namun langkahnya terhenti apabila melihat seorang wanita berambut brunette sedang tekun menaip di meja kerja berhadapan bilik Tengku Edriz.

"Hai you staff baru kat sini ke?" soal Hadif mendekati meja kerja Cathryn. Hadif ni memang jenis yang mesra alam, kalau boleh semua orang dia nak tegur.

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now