Dari tadi tak senang duduk Cathryn dibuat nya, Tengku Edriz sikit pun tak memberinya ruang untuk bersendirian. Ke situ dia pergi, ke situ jugaklah Tengku Edriz melangkah membuntutinya.
"Awak ni kenapa Ayden? Kenapa awak tak pergi kerja?"
"Tak kenapa napa pun, dah Walid bagi saya cuti untuk jaga awak jadi saya ikut jelah"
"Tapi saya tak selesa lah awak duk ikut saya kesana kemari, awak buat saya macam budak umur 2tahun"
"Eh yeke 2tahun? Saya rasa macam belum cukup umur setahun"
"Ishhh! Ayden! Awak ingat saya ni budak kecik ke!" Cathryn membuat muka tak puas hati.
"Bukan macam tu, saya cuma tak nak awak buat benda bukan bukan belakang saya. Cuba awak bagitahu saya kenapa awak perlu buat sampai macam tu? Awak tahu tak benda ni boleh buat awak hilang nyawa?"
"Saya cuma nak cari ketenangan je sebab tu saya amik pil tu"
"Ketenangan yang macam mana awak nak sampai amik pil tu banyak sangat dalam satu masa? Ke awak ada sembunyikan sesuatu dari saya?" Soal Tengku Edriz beriak tenang supaya tidak ternampak terlalu mendesak Cathryn. Walhal ingin saja dia memaksa Cathryn menceritakan hal sebenar.
"Mana ada sembunyikan apa apa" Dalih Cathryn cepat cepat.
"Kenapa awak susah sangat nak bercerita dekat saya Helena? Besar sangat ke masalah awak sampaikan awak tak nak bagitahu saya? Ubat yang awak amik haritu high dose, saya yakin mesti ada punca yang buat awak tekad nak telan hampir sepapan ubat tu"
"Kalau saya cerita pun awak takkan faham. Mungkin awak akan salahkan saya ada lah" ucap Cathryn separuh berbisik dan tidak begitu jelas di pendengaran Tengku Edriz.
"Apa awak cakap? Tak jelas lah, cuba kuatkan sikit suara tu" soal Tengku Edriz memohon kepastian.
"Tak saya cakap, saya tengah bosan ni, awak tak nak bawak saya pergi mana-mana ke?"
"Ada je kan ayat nak ubah topik"
"Bukan ubah topik tapi saya cuma nak cari fresh air. Kalau awak taknak bawak saya keluar takpelah, saya boleh call grab"
"Takpayah nak mengada nak naik grab, kejap lagi kita keluar"
✨✨✨
"Ayden awak nak bawak saya pergi mana ni? Rasa macam dah sejam kat atas kereta tapi tak sampai sampai lagi"
Tapi Tengku Edriz hanya diam tidak menjawab soalan Cathryn.
Cathryn menghela nafasnya pendek.
"Dah mula lah tu nak buat muka serius, orang tanya tak nak jawab" omel Cathryn sendirian. Kepalanya dipalingkan ke arah tingkap.
Hampir sejam lebih perjalanan akhirnya mereka tiba di sebuah kawasan pantai.
"Dah sampai, jom turun"
"Eleh cakap jelah nak bawak aku pergu pantai, ni tak orang tanya bukan nak jawab" desis Cathryn.
"Haa, mengutuk saya dalam hati lah tu. Berdosa tau mengata suami" tebak Tengku Edriz.
Cathryn menayang muka polos. "Mana ada, pandai pandai je cakap saya macam tu"
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...