[ 43 ]

1.2K 36 3
                                    

"Bukkkk" hampir terjatuh Cathryn terlanggar badan sasa Tengku Edriz.

"Sayang, what's wrong?"

Sebaik terdengar suara itu, Cathryn terus mendongak memandang Tengku Edriz. Lega rasa dihati sebaik melihat wajah suaminya.

"Sa..sa..saya ta...takut" ujar Cathryn terketar ketar dengan air mata yang membasahi pipi. Dapat dilihat dengan jelas wajah Cathryn yang ketakutan.

"Shhhh, don't cry I'm here for you babygirl"

Tashriq memandang ke arah Tengku Edriz tidak puas hati. Kenapa Tengku Edriz perlu muncul ketika ini.

Wajah bengis Tengku Edriz mencerlung tajam ke arah Tashriq yang tidak jauh dari mereka.

"Bangsat! Kau memang nak tempah maut ke sial?! Apa yang kau cuba buat dekat bini aku hah!"

Tashriq tersenyum sinis. Hatinya puas melihat wajah tak puas hati Tengku Edriz.

"Jantan dayus macam kau ni bukannya layak untuk Cath. She deserves better"

Hadif cuba menahan Tengku Edriz apabila melihat Tengku Edriz mula menyisingkan lengan kemejanya.

"Hadif kau jangan halang aku. Bawak Helena pergi villa. Aku nak bagi pelajaran sikit dekat budak baru nak belajar ni"

Hadif akur dengan arahan Tengku Edriz. Rasanya lebih baik dia tak mencampuri urusan Tengku Edriz dan Tashriq.

"Jom Cath, kita balik villa"

"Kenapa mesti kau yang selalu dapat lebih? Kau berperangai buruk mainkan perasaan orang tapi kenapa kau selalu jadi kebanggaan family? Fxck you Edriz! Apa yang lebihnya kau sampai Cath pilih kau sebagai suami? Kau tak layak"

Tashriq bertindak agressif, dia cuba menumbuk ke arah muka Tengku Edriz akan tapi Tengku Edriz sempat mengelak.

Tangan Tashriq disanggah oleh Tengku Edriz kemudian dipaut ke belakang badan Tashriq. Tashriq mendesis kesakitan. Serasa bagai nak patah. Serentak itu Tengku Edriz menolak kasar belakang badan Tashriq sehingga tersungkur diatas pasir pantai.

"Kenapa kau nak marah sangat, aku baru pegang isteri kau. Bukannya aku 'rasa' dia lagi. Kau ingat aku takut ke dekat kau? Setakat kau pukul aku macam ni takkan mengubah perasaan aku dekat Cathryn" Tashriq tak mahu kalah sengaja untuk menambah bara dalam api.

"Berani betul kau cakap macam ni depan aku? Kau ingat bini aku tu perempuan takda maruah ke bangang? Celaka betul perangai kau!"

Berang dengan jawapan bodoh Tashriq, Tengku Edriz melayangkan tumbukan padu ke perut Tashriq berberapa kali sebelum dia mengenggam kolar baju memaksa Tashriq berdiri dan menumbuk muka Tashriq semahunya.

"Ni sebab kau dah berani kacau dan apa apakan isteri aku. Dari awal lagi aku memang tak patut bagi muka dekat kau lah setan! Kalau tak fikir sepupu dah lama kau aku jerut sampai mati. Orang macam kau ni elok rejam sampai mati"

Tashriq sudah terbatuk batuk bersama darah yang keluar dari mulutnya. Dia kini terbaring longlai diatas pasir pantai.

"Kau tak akan bahagia Edriz. Aku akan musnahkan hidup kau hahaha" ucap Tashriq lemah diakhiri dengan gelakan jahat di akhir ayatnya. Sepertinya Tashriq tak serik.

"Kau siapa sial nak tentukan aku akan bahagia ke tak?! Nyawa dah hujung tanduk pun masih bercakap macam orang takda otak! Kenapalah orang macam kau perlu hidup dekat dunia ni!" Tengku Edriz menundukkan dirinya dan mencengkam kolar baju Tashriq kesekian kalinya. Tangannya naik ke udara untuk menumbuk muka bangsat si Tashriq.

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now